Thursday, October 31, 2013

Lawatan Ke Pulau Langkawi

Bersyukur kepada Allah swt.
Satu  lagi Program Selepas UPSR berjaya dilaksanakan dengan jayanya dan selamat . Program ini dijayakan selama dua hari iaitu bermula pada 30 dan 31 Oktober 2013. Beberapa tempat menarik telah dikunjungi untuk membolehkan murid-murid memperoleh pengalaman dan manfaat daripada lawatan ini. Seramai 40 orang murid menyertai lawatan ini (22 perempuan dan 18 lelaki) dan diiringi 5 orang guru.

Guru-guru dan para waris yang menemani anak sedang menunggu feri.

Jam 8.10 pg. para peserta lawatan menaiki feri di Jeti Kuala Kedah.

Jam 9.50 pg. para peserta lawatan tiba di Jeti Kuah Langkawi.

Lawatan ke Kedai Minyak Gamat.

Singgah makan di kedai Nasi Campur. (17 km dari Pekan Kuah)

Antara hidangan yang disediakan.

Murid-murid sudah tidak sabar untuk menjamu selera.

Jam 12.00 tgh. tiba di Cable Car (Gunung Machincang)

Jam 12.30 tgh. para peserta mula menaiki 'Cable Car' selepas 30 mini berbaris.

Terasa gayat berada di dalam cab ini. Ada yang menjerit ketakutan.

Jam 1.00 ptg. para peserta lawatan bertolak dari Gunung Machincang ke Padang Mat Sirat
dan tiba jam 1.30 petang.
Melihat kawasan Beras Terbakar.

Membeli pakaian dan cenderahati di sini.

Solat Zuhur di Padang Mat Sirat. Jam 3.00 ptg. Bertolak ke Under Water World (Pantai Chenang)


Jam 3.30 ptg. melihat pelbagai spesis binatang dan ikan.




Monday, October 28, 2013

Mesyuarat Hari Anugerah Bintang HEM dan Kokurikulum 2013

Tarikh : 29 Oktober 2013
Tempat : Bilik Guru
Masa : 1.15 Petang

Mesyuarat kali ini dipegerusikan oleh Pn. Rosadah bt Hashim iaitu PK HEM SKST. Beliau menggantikan PK Kokurikulum yang tidak dapat hadir kerana terlibat dengan kursus. Mesyuarat telah memutuskan akan mengadakan Majlis Hari Anugerah Bintang HEM dan Kokurikulum secara dalaman sahaja. Keputusan ini dibuat kerana sumber kewangan sekolah yang tidak dapat dikeluarkan. Ini disebabkan oleh ketiadaan Guru Besar. 

Mesyuarat sebulat suara untuk menjalankan majlis ini seperti ketetapan berikut:
Tarikh : 1 November 2013. 
Masa : 2.30 petang: 
Tempat : Dewan SKST




Sunday, October 27, 2013

AKTIVITI SELEPAS UPSR

Hari ini, 28hb Oktober, semua murid Tahun 6 telah melaksanakan satu lagi aktiviti kemasyarakatan di rumah NYDP PIBG SKST. Murid-murid Tahun 6 menjalankan aktiviti bergotong-royong membersihkan kawasan persekitaran rumah beliau. Aktiviti ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran murid-murid untuk meningkatan kesedaran murid terhadap kebersihan dan mencintai alam sekitar. Selain itu, aktiviti ini juga dapat merapatkan hubungan antara murid, PIBG dan guru.
Taklimat dan Perasmian oleh PKHEM
Murid-murid memulakan aktiviti bergotong-royong di persekitaran rumah Pn. Rokiah bt. Ramli (NYDP PIBG).








Bacaan doa selamat oleh Ustaz Azmir Helmi.



Ketua Program (Pn Amuzaida bt Ahmad)
Hidangan makanan yang disediakan oleh Pn Rokiah (NYDP PIBG)


Peserta bergambar bersama pemilik rumah.

Terima kasih kepada En. Abdullah dan Pn Rokiah kerana sudi menerima peserta program untuk menjalankan aktiviti kemasyarakatan ini dan menyediakan makan dan minum kepada peserta.

Sunday, October 20, 2013

Motivasi Waris Cemerlang Murid Gemilang Tahun 5

Alhamdulillah....
Hari ini, 20 Oktober 2013 satu lagi program tahun 5 berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Program bermula jam 11.00 pagi bertempat di Bilik Kemahiran Hidup SKST. Ceramah disampaikan oleh Dr. Haji Shuib b Mustaffa iaitu penceramah bebas. Beliau baharu sahaja bersara pada 3 bulan yang lalu. Sebelum ini beliau pernah bertugas di IPDA dan Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Darulaman.

Banyak cerita yang beliau kongsikan kepada para waris dan murid tentang sejarah awal kehidupannya sehinggalah beliau berjaya ke universiti. Beliau juga memaklumkan telah menghasilkan beberapa buah buku. Cerita awal yang disampaikan ini, sedikit sebanyak dapat meransang murid-murid untuk meningkatkan kemajuan diri.

Beliau juga memberi beberapa tip untuk diamalkan oleh para waris yang hadir. Antaranya :
1. Bina kasih sayang / cinta ibu bapa
2.Tidak pilih kasih terhadap anak-anak
3.Tunjukkan aura muka yang menyenangkan hati anak-anak.
4.Aura seronok dan sentiasa senang hati.
5.Memberi hadiah kepada guru contoh pada hari guru.

Tip untuk membentuk murid berjaya:
1.Amalkan had masa dan cukup rehat. (masa tidur anak-anak 10 jam)
2.Sediakan jadual harian murid (2 jam untuk belajar) dan pantau.
3.Masa menonton TV.
4.Menggalakan menyertai aktiviti sukan dan lawatan.
5.Menyertai aktiviti sukarela dan menggalakan anak ke masjid.
6.Memberi hadiah kepada anak yang berjaya.
7.Jangan terlalu mendenda anak-anak.
8.Beri kepercayaan kepada anak-anak.
9.Hormat anak-anak.
10.Beri keyakinan atau yakin kepada anak-anak.
11.Memastikan anak-anak pulang atau berada di rumah sebelum jam 7.00 petang.
12.Bagi harapan kepada anak-anak.
13.Jaga kesihatan anak-anak.
14.Kongsi masalah bersama anak-anak.
15.Mendidik anak-anak menghormati guru-guru dan orang yang lebih tua.
16.Mengenalpasti kawan-kawan anak.
17.Bercakap yang baik-baik dengan kawan-kawan.
18.Berdisiplin dan tunjukkan sikap yang baik-baik kepada anak-anak.
19.Banyak berdoa.
20.Bertawakal kepada Allah.

Majlis berakhir pada jam 1.00 Tengah hari. Terima kasih kepada penceramah, para waris, murid-murid tahun 5 dan semua guru yang terlibat dalam menjayakan program ini.
Kehadiran Penceramah

Pendaftaran Waris

Antara para waris dan murid yang hadir pada hari ini.

Para waris dan murid mendengar ceramah yang disampaikan oleh Dr. Shuib b Mustaffa.




Thursday, October 17, 2013

Persediaan Tahun 6 Sesi 2014

Program Motivasi Waris Cemerlang Anak Gemilang Tahun 5 akan diadakan pada hari Ahad bertarikh 20 Oktober 2013. Program ini dianjurkan oleh Unit Bimbingan Kaunseling dan Jawatankuasa Peningkatan Tahun 5. Motivasi ini akan disampaikan oleh Dr. Shuib bin Mustafa (Pencerama Motivasi). Oleh itu, semua waris dan penjaga murid tahun 5 dijemput hadir. Semoga majlis ilmu ini akan memberi manfaat kepada semua. Insyaallah....

Wednesday, October 16, 2013

TAKLIMAT e-PRESTASI

 Taklimat e-Prestasi telah dilaksanakan pada 13 Oktober 2013 bertempat di Bilik Tayangan SKST baru-baru ini. Taklimat bermula jam 1.15 tengah hari dan berakhir pada jam 2.15 petang. Taklimat disampaikan oleh Pn. Che Gayah bt. Rejab (PK1). Semua guru diberi bahan edaran untuk memahami taklimat yang disampaikan dengan lebih berkesan. Pada tahun ini, guru-guru perlu sertakan surat sebagai bukti penyertaan dalam NGO dan sebagainya untuk disertakan bersama borang SKT.

Kem Sukan dan Perkhemahan


Ucapan Perasmian
Disempurnakan oleh Pn. Che Gayah bt. Rejab (PK1)
Majlis Perasmian

Pada 26 - 27 September 2013 yang lalu telah dijalan Kem Sukan dan Perkhemahan Unit Beruniform. Pn. Che Gayah bt. Rejab telah merasmikan program tersebut. Semua murid mengambil bahagian yang aktif dalam setiap aktiviti yang dirancang. Tahniah kepada semua peserta dan guru.






Kawad Asas dikendalikan oleh
Cikgu Ismail Ibrahim

Aktiviti Permainan (Stesen Hoki)



Majlis Penyampaian Hadiah yang
diadakan semasa Majlis Perhimpunan
Rasmi Sekolah 6.10.2013 yang lalu.

Tuesday, October 15, 2013

Teknik Menjawab Soalan Tahun 5



Teknik menjawab soalan ini dijalankan pada 13 - 14 hb Oktober. Guru yang terlibat dalam menyampaikan teknik menjawab soalan ini terdiri daripada cikgu-cikgu tahun 5 dan 6. Mereka ialah En Mohd Ehsan (BM), En Mohd Nizar (M3), Cik Ruzita (SN) dan Pn Vasuntha (BI). Program yang dilaksakan berjalan dengan lancar. Tahniah kepada semua yang terlibat