Thursday, November 14, 2013

Keputusan UPSR 2013

Tahniah kepada adik Nurul Hajaratul Aswad bt Samat dan adik Nur Aniza bt Azizan yang telah berjaya memperoleh keputusan cemerlang 5A dalam UPSR 2013 yang lalu. Pihak sekolah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan di atas pencapaian cemerlang tersebut. Semoga, keputusan ini dapat meransang kejayaan anda berdua pada masa akan datang.

Tahniah juga diucapkan kepada semua murid yang berjaya lulus semua mata pelajaran. Kepada yang kurang bernasib baik, diharap tidak berputus-asa dan akan terus berusaha pada masa hadapan. Jadikanlah, kegagalan pada kali ini sebagai tonik kejayaan anda pada masa akan datang.

Terima kasih kepada semua guru, ibu bapa dan semua warga sekolah yang lain yang turut sama membantu memperoleh kejayaan ini.


Cemerlang 5A. Tahniah..!!!

Wednesday, November 13, 2013

Jamuan Akhir Tahun dan Perpisahan Tahun 6

Minggu ini merupakan minggu terakhir persekolahan dan juga hari terakhir bagi murid-murid Tahun 6 setelah enam tahun bersekolah di SKST. Majlis yang disambut kali ini, agak suram kerana ramai guru yang tiada pada hari ini disebabkan terpaksa menghadiri taklimat dan menjadi pengawas peperiksaan. PK1 dan PK HEM tidak dapat bersama pada hari ini. Jawatan Guru Besar yang masih lagi kekosongan menyebabkan hilangnya keceriaan tersebut.

Walaubagaimanapun, kehadiran PK Kokurikulum (En. Mohd Navawi b. Abd Hamid) dapat menenggelamkan kesuraman tersebut. Cikgu Ehsan selaku guru tahun 6 mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang telah banyak membantu murid-murid tahun 6 sebelum ini. Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada semua murid tahun 6 yang turut sama menyediakan peruntukan untuk menjayakan jamuan pada hari ini.

Cikgu Mohd Navawi selaku PK Kokurikulum memaklumkan kepada semua murid tentang ketidakhadiran PK1 dan PK HEM pada hari ini kerana terpaksa menghadiri taklimat setelah menerima surat secara tiba-tiba. Beliau dan semua guru, sentiasa mendoakan kejayaan semua murid agar mendapat keputusan yang cemerlang dalam UPSR dan berharap semuanya akan lulus. Semoga harapan murid-murid untuk mengikuti ke sekolah yang dipohon akan menjadi kenyataan. Akhir sekali, beliau mendoakan agar semuanya akan menjadi orang yang berjaya.

Sebelum makan, Ustaz Azmir Helmi diminta menbacakan doa. Kebetulan, pada hari ini merupakan hari lahir beliau (Ustaz Azmir Helmi) pihak sekolah mengucapkan selamat hari lahir. Semoga dipanjangkan umur dan dilimpahkan kerahmatan Allah. Insyaallah..... Selain itu, diucapkan juga selamat menyambut hari ulang tahun kepada murid-murid yang lahir pada bulan September, Oktober, November dan Disember.



Ucapan Cikgu Ehsan selaku wakil Guru Tahun 6.
Ucapan PKKK (Cikgu Mohd Navawi b. Abd Hamid).

Ustaz Azmir Helmi membacakan doa sebelum menikmati hidangan yang disediakan.

Ustaz Amir Helmi memotong Kek Hari Ulang Tahun dan Perpisahan Murid Tahun 6.


Mendengar ucapan.



Mengambil Makanan untuk Menikmati Hidangan.

Sedap menu yang disediakan. 
Semua guru, mengucapkan terima kasih kepada Jawatankuasa Jamuan dan semua murid tahun 6 di atas jemputan ke majlis jamuan akhir tahun ini. Semoga, semuanya akan dirahmati Allah SWT.



Pelantikan Pengawas Sekolah dan PSS Tahun 2014

Pada pagi ini, 13 November 2013 telah diumumkan tentang pelantikan pengawas sekolah dan PSS sesi persekolahan 2014. Murid-murid yang terlibat telah diberi surat makluman untuk disampaikan kepada para waris sebagai persediaan membeli pakaian atau kelengkapan sekolah pada tahun hadapan (2014). Watikah pelantikan akan dikeluarkan pada minggu pertama persekolahan setelah para waris bersetuju dengan pelantikan ini.

Cikgu Ehsan yang mengendalikan majlis tersebut. Surat pelantikan disampaikan oleh Pn. Rosadah bt. Hashim (PK HEM). Pihak sekolah, mengucapkan tahniah kepada murid-murid yang terpilih dan berharap agar semuanya dapat menjalankan tugas dengan penuh berdedikasi dan bertanggungjawab.



Antara Pengawas Sekolah 2014

Antara Pengawas PSS yang terpilih.



Tuesday, November 12, 2013

Cabaran Petronas Streetsmart UPSR 2013

Tahniah kepada pasukan sekolah iaitu:


  • Nadhirah bt. Abu Hassan
  • Nur Ayuni bt. Kamaruzan
  • Muhammad Aiman b. Ahmad Tarmizi dan
  • Cikgu Mohamad Ehsan b. Saad (Guru Pengiring)

kerana telah berjaya mendapat tempat ke-3 dalam Cabaran Petronas Streetsmart UPSR 2013 yang diadakan di Muzium Padi pada 12 November 2013 (hari ini). Semoga, hasil ciptaan kereta anda semua akan menjadi model kepada pihak petronas dalam membangunan teknologi pada masa akan datang.

Warga sekolah berbangga dengan kejayaan anda..... Tahniah !



Pasukan Sekolah:
Dari kiri: Nur Ayuni, Nadhirah, Muhammad Aiman


Antara hadiah yang diterima.


Kuiz Sempena Sambutan Maal Hijrah

Panitia Pendidikan Islam telah mengadakan Program Sambutan Maal Hijrah pada 12 November 2013. Program yang dirancang yang akan diadakan pada hari Rabu (13 November 2013) terpaksa dipercepatkan untuk mengelakkan daripada  pertindidihan program yang lain yang akan berlangsung pada hari tersebut.

Program yang dianjurkan ini diadakan di Dewan Sekolah. Program ini melibatkan semua murid Tahap 1 dan 2. Sebagai permulaan program, Ustaz Azmir Helmi menceritakan tentang sirah nabi dan pengertian hijrah kepada semua murid. Kemudian beliau mengajukan soalan berdasarkan pilihan nombor soalan yang diminta oleh murid berdasarkan pada slide yang ditayangkan. Program yang bermula pada jam 8.45 pagi ini berakhir pada jam 10.15 pagi. Terima kasih kepada semua murid yang memberi perhatian dan respon menjawab soalan yang dikemukakan. Syabas ! kepada yang berjaya menjawab soalan dengan baik.



Ustaz Amir menyampaikan dan menceritakan tentang
sirah Nabi Muhammad S.A.W dan pengertian hijrah.

Murid-murid mendengar ceramah yang disampaikan
oleh Ustaz Azmir.

Murid memilih soalan dan menjawab soalan yang dikemukakan.
Peserta pertama (Nurshukirah -3S) yang berjaya menjawab soalan.


Peseta kedua (Azam -3T) gagal menjawab soalan. Walaubagaimanapun
tetap diberi hadiah sebagai galakan.

Peserta Tahun 1 (adik Nur Asma) turut berani  tampil
ke hadapan dewan untuk menjawab soalan.

Pn Rosadah (PK HEM) turut membantu mengawal murid
yang begitu teruja untuk menjawab soalan kuiz.


Antara peserta Tahun 1S yang berjaya mendapat hadiah
setelah berjawa menjawab soalan.

Ustazah Amuzaida menyampaikan hadiah kepada murid
Tahun 4S (Muhd Amzar) yang berjaya menjawab soalan.

Peserta Tahun 6 (Muhd Firdaus) yang menerima hadiah daripada
Ustazah setelah berjaya menjawab soalan.

Sunday, November 10, 2013

Laporan Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP)

Tarikh   : 10 November 2013
Masa    : 08.30 pagi
Tempat : SK Sungai Baru

Guru Pengiring:
1. Cikgu Mohamad Ehsan b. Saad
2. Cikgu Zaihiroh bt. Zainol
3. Cikgu Norazlina bt. Aziz
4. Cikgu Mohamad Sofi b. Ahmad
5. Ustaz Azmir Helmi b. Abd. Halim


Seramai 41 orang murid telah menyertai program ini. Antara acara yang disertai ialah 'Musical Chair', 'Theme Word', congkak, mewarna dan koir lagu patriotik. Beberapa acara yang disertai berjaya dimenangi dengan cemerlang. Antaranya:

1. Musical Chair (Perempuan)

  • Johan (Nur Awatif bt. Ismail)
  • Naib Johan (Dinie Suraya bt. Hazman)
2. Musical Chair (Lelaki)
  • Jaib Johan (Hamizan b. Abdul Rahman)

3. Theme Word
  • Tempat Ketiga (Nadhirah, Hajaratul Aswad, Nur Liyana Haifa, Nur Damia dan Amirul Akmal)

4. Mewarna Berpasangan
  • Johan (Nadhirah bt. Abu Hasan dan Che Nabila bt. Johari)
  • Ketiga (Nur Aniza bt. Azizan dan Nur Ayuni bt. Kamaruzaman)
5. Pertandingan Congkak Lelaki
  • Johan (Muhammad Amirul Amin b. Abdul Wahab)

6. Pertandingan Congkak Perempuan
  • Naib Johan (Suzana bt. Abd Razak)

7. Koir Lagu Patriotik
  • Tempat ke-3
Peserta Koir:
  • Nur Ayuni
  • Aisya Ayunie
  • Siti Aisyah
  • Harliana
  • Nur Zulaikha
  • Nurin Nabilah
  • Siti Amira Najwa
  • Nur Nadia
  • Nur Jannah
  • Nur Jannatul Hanim
  • Khairul Nuri Akmal
  • Muhammad Aiman
  • Muhammad Firdaus
  • Muhammad Amirul
  • Muhammad Rafiuddin
Pihak sekolah mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua peserta RIMUP tahun 6 yang menyertai aktiviti ini dengan jayanya.

Antara aktiviti RIMUP yang dirakamkan:


Cikgu Ehsan membuat pendaftaran penyertaan.

Musical Chair Kategori Lelaki


Musical Chair Kategori Perempuan

Theme Word (Murid perlu melihat barang-barang yang disediakan
kemudian menulisnya dalam Bahasa Inggeris)

Nur Ayuni dan Nur Aniza sedang berusaha mewarna.

Sentiasa ceria walaupun sedang bertanding.

Rehat seketika di kantin sebelum menyambung pertandingan congkak.

Peserta pertandingan congkak yang berjaya ke peringkat akhir kategori lelaki.
(Mohd Amirul Amin b. Abd Wahab)


Peserta pertandingan congkak yang berjaya ke peringkat akhir kategori perempuan.
(Suzana bt. Abd Razak)


Pasukan Koir SK HJ Abdullah Sadun

Pasukan Koir SK Simpang Tiga

Pasukan Koir SK Sg Baru

Pasukan Koir SJKC Cheng Yu

Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh GB SK Sungai Baru.








Antara Jawatankuasa (RIMUP) dan Hakim Pertandingan


Majlis Penyampaian Hadiah Merentas Desa dan Perlawanan Bola Sepak serta Bola Baling

Tarikh    : 10 November 2013
Masa     : 7.45 pagi
Tempat  : Dewan Seri Bayu SKST

Perhimpunan Mingguan Ke-42 ini, merupakan perhimpunan terakhir pada minggu ini. Kesempatan ini diambil dengan menyempurnakan Majlis Penyampaian Hadiah Merentas Desa dan Majlis Penyampaian Hadiah Perlawanan Bola Baling dan Bola Sepak yang terpaksa ditangguhkan pada hari Khamis (7.11.2013) yang lalu kerana kesuntukan masa.

Majlis penyampaian hadiah ini disempurnakan oleh Pn. Che Gayah bt. Rejab (PK1) selaku pemangku Guru Besar dengan diiringi oleh En. Mohd Navawi b. Abdul Hamid (PKKK). Peyampai hadiah dimulakan dengan pemberian hadiah kepada pemenang merentas desa bagi kategori 3L (Tahun 5 dan 6) dan 4L (Tahun 3 dan 4). Seterusnya diikuti dengan penyampaian hadiah kepada pemenang kategori 3P (Tahun 5 dan 6) dan kategori 4P (Tahun 3 dan 4).

Berikut adalah keputusan keseluruhan bagi acara merentas desa:
  
Johan          : Rumah Kuning
Naib Johan : Rumah Biru
Ketiga        : Rumah Hijau
Keempat    : Rumah Merah


Berikut adalah perjalanan Perhimpunan Rasmi Minggu Ke-42.

Pengacara Majlis       : Adik Nur Anis Athirah bt. Muhd Husaini
Bacaan Doa              : Adik Muhammad Syamsul Akmal b. Md Yusof
Bacaan Ikrar Murid   :  Adik Husna bt. Abd Ghani
Guru Bertugas           : Pn. Adibah bt. Ismail (K)
                                   Pn. Vashuntha a/p Balakrishnan
                                   En. Mohd. Nizar b. Hj. Said
                                   Pn. Munirah bt. Abd Rahim

Laporan Guru Bertugas Minggu ke-41 : En. Abdul Rani b. Ahmad
Ucapan Pihak Pentadbiran : En. Mohd Navawi b. Abdul Hamid (PKKK)


Nyanyian Lagu Negaraku, PPD dan JPN.


Bacaan Ikrar Murid oleh adik Husna bt. Abd Ghani.

Laporan Guru Bertugas Minggu Lalu
En. Abd Rani b. Ahmad.

Ucapan Guru Bertugas Minggu ke-42 Cikgu
Mohd Nizar b. Hj Said. (Tajuk Manfaat Masa Cuti)


Antara pemenang bagi acara merentas desa yang telah diadakan pada 05 Mei 2013 yang lalu.



Kelas 3L
Kelas 3L

Kelas 4L
Kelas 4L

Kelas 3P

Kelas 3P

Kelas 4P

Kelas 4P



Peyampaian hadiah bagi Perlawanan Bola Sepak dan Bola Baling antara Rumah:

Johan Bola Sepak (3L).
Rumah Biru
Naib Johan Bola Sepak (3L)
Rumah Merah.

Johan Bola Sepak (4L).
Rumah Kuning

Naib Johan Bola Sepak (4L).
Rumah Hijau


Johan Bola Baling (3P).
Rumah Kuning

Naib Johan Bola Baling (3P).
Rumah Hijau

Johan Bola Baling (4P).
Rumah Kuning

Naib Johan Bola Baling (4P).
Rumah Hijau


En. Mohd Navawi b. Abd Hamid menyampaikan ucapan bagi pihak pentadbiran. Dalam ucapan tersebut, beliau merakamkan penghargaan kepada semua guru dan murid yang bersama berganding bahu untuk menjayakan program-program anjuran sekolah khasnya aktivti yang telah berlangsung pada hari Khamis yang lalu (7 November 2013) iaitu perlawanan bola sepak dan bola baling antara rumah.

Beliau juga memaklumkan kepada murid tentang aktiviti yang akan berlangsung pada hari ini yang melibatkan murid-murid tahun 6 iaitu program Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) yang akan berlangsung di SK Sungai Baru. Program tersebut melibatkan 4 buah sekolah. Selain itu, siri lawatan murid-murid Tahun 4 dan 5 ke Karnival Sungai Petani pada 11 November 2013.

Pada minggu ini, pelbagai akan berlangsung. Antara lain ialah Sambutan Maal Hijrah, Naik Kelas dan jamuan akhir tahun (Tahun 6) serta Majlis Perpisahan (GB - En. Azizan b. Nan) pada hari Rabu (Jam 1.15 petang).

Beliau juga memaklumkan kepada murid-murid tahun 6 tentang keputusan UPSR yang akan diumumkan pada hari Khamis. Oleh itu, beliau mendoakan agar semua calon UPSR pada tahun ini akan memperoleh keputusan yang cemerlang.

Ucapan Pihak Pentadbiran
En. Mohd Navawi b. Abd Hamid (PKKK)