Thursday, March 20, 2014

Budaya Tutup Sekolah

Sebelum sekolah bercuti Pertengahan Penggal Pertama (21 Mac 2014 - 29 Mac 2014), Encik Aminudin b. Abidin (PK1) telah menyampaikan pesanan kepada semua warga sekolah. Beliau mengingatkan murid-murid supaya sentiasa mencari ilmu agar ilmu yang diterima tidak terputus sepanjang satu minggu cuti persekolahan.

Murid-murid diminta mengulangkaji pelajaran dan membaca buku serta menyiapkan kerja sekolah yang telah diberikan oleh guru sepanjang cuti sekolah bermula. Selain itu, beliau mengingatkan murid-murid agar sentiasa mendekati kepada Allah dengan mendirikan solat berjemaah di masjid. Kesihatan dan keselamatan diri murid juga diberi penekanan dalam ucapan pada hari tersebut.

Akhir sekali, beliau mengingatkan murid-murid membersihkan kelas dan memastikan semua suiz elektrik di dalam kelas ditutup dengan sempurna sebelum keluar dari kelas pada waktu terakhir.








Ceramah Motivasi Kepimpinan Pelajar


Ceramah Motivasi Kepimpinan Pelajar Sesi 2014 telah dilaksanakan dengan jayanya pada 18hb. Mac 2014 yang lalu. Program ini dianjurkan oleh Unit Bimbingan Kaunseling & Disiplin dan Pusat Sumber Sekolah. Ceramah bermula pada jam 11.00 pagi bertempat di Bilik Tayangan SKST. Penceramah Bebas iaitu Ustaz Sabudin b. Jaafar telah dijemput oleh Jawatankuasa Program unruk menyampaikan ceramah kepada murid-murid. Semua pengawas sekolah, pengawas pusat sumber, ketua darjah dan penolong ketua darjah terlibat dalam ceramah yang disampaikan ini.

Ceramah yang disampaikan berjalan dengan lancar. Beberapa aktiviti telah dijalankan. Melalui aktiviti yang dijalankan sikap dan sifat kepimpinan murid dapat dilihat dengan jelas. Pengajaran daripada aktiviti yang dijalankan juga telah diperjelaskan dengan baik oleh penceramah kepada murid-murid. Murid-murid yang berjaya dalam aktiviti yang dijalankan diberi hadiah oleh penceramah. 

Sebelum berakhirnya program ini, Penolong Kanan Pentadbiran iaitu Encik Aminudin b. Abidin telah menyampaikan ucapan penutup bagi pihak guru besar. Pihak sekolah dan Ahli Jawatankuasa Ceramah Motivasi Kepimpinan Pelajar serta guru-guru merakamkan berbanyak-banyak terima kasih kepada penceramah jemputan iaitu Ustaz Mohd Sabudin b. Jaafar atas kesudian menyampaikan ceramah pada hari tersebut.


Cikgu Mohamad Ehsan sebagai pengerusi majlis

Bacaan Doa yang diimpin oleh Ustaz Azmir Helmi

Penceramah Jemputan (Mohd Sabudin b. Jaafar - Penceramah Bebas)

Antara peserta yang hadir

Peserta mendengar ceramah dengan penuh perhatia

Peserta membuat catatan

Perserta ceramah memberi fokus terhadap ceramah yang disampaikan

Aktiviti membentuk kumpulan melalui kaedah wang (kaedah penyelesaian) 
Masih mencari ahli kumpulan

Berbincang untuk mencari ahli bagi mencukupi jumlah wang yang ditetapkan (RM3.00 - 5 orang)

Antara kumpulan terawal berjaya membentuk kumpulan (5 orang)


Nasyid "Perpisahan"

Ustazah Amuzaida turut membantu para peserta bernasyid

Ucapan Penutup oleh En. Amirudin b. Abidin (PK1)

Penyampaian cenderahati pihak sekolah kepada penceramah

Menandatangani Buku Pelawat Sekolah dan Penggunaan PSS


Berikut adalah ahli jawatankuasa Ceramah Motivasi Kepimpinan Pelajar:



Ahli Jawatankuasa program mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau pun tidak dalam menjayakan program ini. Terima kasih juga diucapkan kepada semua murid yang telah memberi komitmen yang baik sepanjang ceramah ini berlangsung. 

Semoga dengan ilmu yang diperoleh ini akan dapat diamalkan oleh semua murid untuk menjalani kehidupan seharian sebagai seorang pemimbin kecil di sekolah. Jadilah seorang pemimpin yang bertanggungjawab dan berdedikasi dalam menjalankan tugas yang telah diamanahkan. Insyaallah...








Sunday, March 16, 2014

Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-34

Tarikh : 16 Mac 2014
Tempat : Dewan Seri Bayu SKST
Masa : 2.00 Petang




Pendaftaran Waris/Penjaga

Setiap penjaga yang hadir diberi makanan dan minuman berbungkus


Majlis dimulakan dengan nyanyian 'Negaraku' dan bacaan doa

Loparan Guru Besar


Ucapan Perasmian oleh Tarmizi b. Abd Aziz (Penghulu Mukim Padang Hang)

Mesyuar Dimulakan

Para waris yang hadir mendengar pembentangan laporan kewangan

Antara usul dan cadangan yang dikemukakan

Friday, March 14, 2014

Kem Bestari Solat Siri 1 Tahun 2014

Program Kem Bestari Solat Siri 1 Tahun 2014 ini dianjurkan oleh Guru j-QAF bersama Panitia Pendidikan Islam dan KAFA. Program ini telah dilaksankan seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 14 Mac 2014
Masa : 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari

Semoga dengan adanya kem seperti ini dapat meningkatkan lagi ilmu pengetahuan dalam kalangan murid untuk mendirikan solat dengan lebih sempurna.

Terima kasih kepada jawatankuasa dan guru yang terlibat dalam menjayakan program ini.


Pendaftaran Peserta


Para Peserta Mendapat Fail Selepas Pendaftaran

Taklimat Awal oleh Ustazah Wan Marian
Sempat berbincang dan menajamkan alat tulis

Ustaz Azmir Helmi menyampaikan slot pertama sebelum murid dibahagikan mengikut kumpulan
  
Murid-murid mendengar maklumat yang disampaikan oleh Ustaz Azmir Helmi

Murid-murid lelalki turut sama mendengar maklumat yang disampaikan

Ahli Jawatankuasa Kem Bestari Solat Siri 1 Tahun 2014


Selamat Berkhidmat Di SKST

Warga sekolah mengalu-alukan kehadiran Encik Aminudin b. Abidin iaitu PK Kurikulum baharu daripada SK Hj Ismail Kuala Kedah untuk menjalankan tugas dan memberi khidmat di sini. Hampir 3 bulan jawatan Penolong Kanan Kurikulum ini kosong tanpa pengganti. Semoga dengan kehadiran PK1 ini akan dapat memberi sumbangan dan meningkatkan lagi pencapaian dan prestasi sekolah.


Tempat Ke-3 Nasyid PKG Alor Janggus

Pada 8 Mac 2014 yang lalu, telah diadakan Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat PKG Alor Janggus. Seramai 14 orang murid terlibat dalam majlis tersebut. Berikut adalah murid-murid yang dimaksudkan:

1. Hafazan Lelaki :  Muhammad Amsyar b. Muhd Azizi (6S)

2. Hafazan Perempuan :  Nurshukirah bt. Abd Ghani (4S)

3. Bercerita :   Nurul Khaisatul Anis bt. Kassim (5S)

4. Tilawah Lelaki :  Muhammad Syamsul Akmal b. Md Yusof (6S)

5. Tilawah Perempuan : Nur Amni Athirah bt. Azmir Helmi (6S)

6. Nasyid:

  • Nur Aina Izzatul bt. Abdul Basir (6S)
  • Samihah bt. Muhamad Salleh (6S)
  • Siti Izzah bt. Maturidi (6S)
  • Nur Izzatul Alisya bt. Ahmad Yani (5S)
  • Nurul Huda bt. Ismail (5S)
  • Nur Zarifah bt. Muhd Zamri (5S)
  • Siti Nur Shahira bt. Shahrozi (4S)
  • Aina Sofiya bt. Rosmadi (4S)
  • Nurul Izzati bt. Osman (4S)


Guru Pengiring yang baru tiba


Ustaz Azmir membuat pendaftaran penyertaan

Kumpulan Nasyid Sekolah

Tempat Ke-3 pertandingan nasyid

Hanya pertandingan nasyid sahaja yang dapat memberi sumbangan hadiah kepada pihak sekolah manakala acara lain yang disertai agak mendukacitakan. Walau bagaimanapun diucapkan taniah dan terima kasih kepada semua guru yang telah berusaha melatih para peserta sekolah. Insyaallah, mungkin pada tahun hadapan kita akan berjaya.






Latihan dan Raptai untuk Penyertaan MTQ PKG Alor Janggus

Sebagai usaha untuk meningkatkan keyakinan murid-murid yang akan menyertai MTQ Peringkat PKG Alor Janggus pada 8 Mac 2014 guru-guru yang terlibat menjalankan raptai pada 7 Mac 2014 bertempat di Dewan Sekolah pada jam 7.45 pagi. Beberapa perserta seperti bercerita, hafazan, tilawah serta nasyid memperdengar bahagian masing-masing. Raptai ini mengambil masa 50 minit (7.45 pagi hingga 8.35 pagi).

Hafazan Lelaki

Hafazan Perempuan

Persembahan Nasyid




Thursday, March 13, 2014

MMU PROGRAM

Tarikh : 03 Mac 2014
Masa : 7.45 pagi hingga 2.30 petang
Tempat : Dewan Sekolah

Program ini dikendalikan sepenuhnya oleh mahasiswa dan mahasiswi Universiti Multimedia Malaysia. Murid yang terlibat ialah semua murid tahun 5 dan 6. Perancangan awal hanya melibatkan semua murid tahun 6 tetapi terpaksa diubah kerana ramai murid perempuan tahun 6 terlibat dengan Perlawanan Bola Jaring Peringkat PKG Alor Janggus. Fokus utama dalam program tersebut ialah memberi penekanan kepada penguasaan dan peningkatan Bahasa Inggeris dalam kalangan murid-murid tahun 5 dan 6. Lebih 30 orang pelajar MMU yang terlibat dalam program ini. Murid-murid telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan dibantu oleh 2 hingga 3 orang pelajar MMU. Program bersama murid-murid tamat jam 1.15 petang.

Selepas tamat program bersama murid tahun 5 dan 6, program ICT untuk guru-guru juga diadakan. Program bermula pada jam 1.20 petang di Makmal ICT SKST. Semua guru terlibat dalam bengkel ini. Guru-guru telah diberi pendedahan tentang penggunaan Crome Book dan penggunaan aplikasi yang disediakan seperti Document, presentation, spreadsheet dan drawing. Selain itu, guru-guru dimaklumkan juga tentang convert fail office dalam program yang yang disediakan melalui google drive.

Bengkel ICT tamat pada jam 2.30 petang. Pihak sekolah merakamkan berbanyak terima kasih kepada para mahasiswa dan mahasisi daripada Universiti Multimedia Malaysia.


Pembahagian Kumpulan

Aktiviti bersama murid berlangsung

Bengkel ICT (Google Drive)
 
Penerangan membuat convert fail

Murid-murid bergambar kenangan bersama pelajar MMU