Saturday, August 16, 2014

KEM BESTARI SOLAT FASA 2

Tarikh : 11 Ogos 2014
Hari : Jumaat
Masa : 7.40 pagi - 12.30 tengah hari
Tempat : Dewan Seri Bayu SKST
Anjuran : Panitia Pendidikan Islam, Bahasa Arab & j-QAF 

Fasilitator : 
1.Ustaz Azmir Helmi b. Abd. Halim (K) 
2.Ustazah Amuzaida bt. Ahmad
3.Pn. Ku Asma bt. Ku Ahmad 
4.Pn. Munirah bt. Ab Rahim
5. Pn. Norazlina bt. Aziz
6.Cik Faatirah bt. Ibrahim
7.Pn. Rufaidah bt. Ahmad
8.Pn. Wan Marian bt Ab Rahmad 
9. Guru-guru KAFA SKST


Alhamdulillah, selesai sudah Kem Bestari Solat Fasa 2. Program yang telah berlangsung seperti tarikh yang dinyatakan di atas dapat dilaksanakan dengan jayanya. Program ini melibatkan murid-murid Tahun 1, 2, 3, 4 dan 5. Murid-murid tahun 6 tidak dapat mengikuti bersama kerana terlibat dengan program teknik menjawab soalan. Program Kem Bestari Solat Fasa 2 untuk murid-murid tahun 6 akan dilaksanakan selepas peperiksaan UPSR nanti.

Pendaftaran murid bermula pada jam 7.45 pagi. Murid-murid diagihkan mengikut kumpulan yang ditetapkan. Pada jam 8.30 pagi barulah taklimat disampaikan kepada para peserta. Taklimat disampaikan oleh Ustazah Amuzaida bt. Ahmad.

Slot pertama pada jam 9.00 pagi, para peserta ditayangkan dengan tayangan CD cara-cara berwuduk dan dan solat. Tayangan CD ini sehinggalah jam 10.00 pagi. Pada jam 10.00 pagi barulah para peserta diberi rehat dan minum pagi.

Selepas rehat, para peserta bergerak mengikut kumpulan yang ditetapkan ke stesen-stesen yang ditetapkan. 

10.30 pagi - 11.00 pagi : Stesen 1 : Niat dan doa wuduk
11.00 pagi - 11.30 pagi : Stesen 2 : Bacaan dalam solat
11.30 pagi - 12.30 tgh   : Stesen 3 : Amali Solat 



















TEKNIK MENJAWAB SOALAN MATEMATIK TAHUN 6

Tarikh: : 10 Ogos 2014
Hari : Khamis
Masa: 2.00 petang - 4.00 petang
Tempat : Bilik Tayagan
Penceramah : En. Norazilan bin Nordin ( SK Seberang Perak)





Tuesday, August 12, 2014

Program Motivasi Waris Tahun 6 Sesi 2014

Tarikh : 12 Ogos 2014 (Selasa)
Masa : 11.00 - 1.00 Tengah hari
Tempat : Bilik Tayangan SKST
Anjuran Bersama : Unit Bimbingan & Kaunseling dan JK Peningkatan UPSR
Penceramah : En. Hamdan bin Abdullah (Penceramah Bebas)

Kehadiran Waris : 40 / 51


















Teknik Menjawab Soalan Sains Tahun 6

Tarikh : 11 Ogos 2014
Masa : 8.00 -10.45 pagi
Tempat : Bilik Tayang SKST
Penceramah : En. Rosnizan bin Yaakop (SK Hosba, Jitra)

Anjuran Bersama : Unit Bimbingan & Kaunseling dan JK Peningkatan UPSR
Kehadiran Peserta : 43 / 51 orang









Friday, August 8, 2014

SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI 2014

Majlis sambutan Hari Raya Adilfitri yang dinanti-nanti oleh anak-anak SKST telah diadakan pada 07 Ogos 2014 (Khamis) baru-baru ini. Majlis berlangsung pada jam 11.00 pagi bertempat di Dewan Seri Bayu SKST.  Majlis Sambutan Hari Raya pada tahun ini disambut dengan meriah sekali. Majlis tersebut diadakan Turut hadir dalam majlis ini ialah YDP PIBG iaitu Tn. Hj. Rodhi b. Ahmad.

Cikgu Munirah ditugaskan untuk mengacarakan majlis pada hari tersebut. Majlis pada tahun ini mempunyai sidikit pebezaan berbanding pada tahun-tahun lepas kerana pada tahun ini, murid-murid berentap menyanyikan lagu raya mengikut kelas masing-masing untuk mendapatkan hemper yang disediakan oleh pihak sekolah.

Persembahan dimulakan dengan nyanyian daripada murid-murid Tahun 2 diikuti Tahun 3, Tahun 4 Lelaki, Tahun 4 Perempuan dan Tahun 6. Murid-murid Tahun 5 S tidak menyertai pertandingan ini kerena beberapa orang murid tahun lima terlibat dengan majlis khatam Al-Quran di Sekolah Kebangsaan Hutan Kampung. Sebenarnya, murid-murid membuat latihan pada hari Isnin lagi dengan dibantu oleh guru-guru praktikum dan juga murid-murid itu sendiri.








Pada hari tersebut pihak sekolah menyediakan menu bihun, lemang dan rendang serta sirap. Murid-murid serta guru turut membawa kuih muih dari rumah masing-masing. Pelbagai jenih kuih penuh dihidang di atas meja yang disediakan.








Sebelum majlis berakhir, murid-murid berkumpul semula mengikut kelas di dalam dewan. Cikgu Munirah mengumumkan pemenang pertandingan lagu raya. Tun Guru iaitu Encik Md Daud b. Md Nor diminta menyampaikan hemper kepada para pemenang pertandingan. Majlis pada hari itu berakhir pada jam 1.15 petang.

Tahniah kepada murid-murid Tahun 3 S/T yang berjaya menjadi johan. Tidak lupa juga ucapan tahniah kepada murid-murid Tahun 6 dan 4 Perempuan yang berjaya mendapat tempat ke-2 dan ke-3 dalam pertandingan nyanyian lagu raya tersebut

Pihak sekolah merakamkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua jawatankuasa yang dilantik dan kepada semua murid yang memberi kerjasama yang baik sepanjang majlis berlangsung. Terima kasih juga diucapkan kepada semua pekerja sekolah yang turut membantu menjayakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri.


Monday, August 4, 2014

LAWATAN PEMANTAUAN PERTAMA BAGI PERLAKSANAAN NBOS-PPG

TARIKH : 04 OGOS 2014
MASA : 8.20 PAGI
TEMPAT : BILIK MESYUARAT SKST


En. Hasnol b. Ibrahim (BTPN Melaka)
En. Kosim bin Ahmad (PenPPD PPDKS))
En. Salihuddin b. Lahamin (PenPPD Bimbingan & Kaunseling PPDKS)
En. Izuan b. Mat Isa (P.P JPN Kedah)










Sunday, August 3, 2014

Majlis Khatam Al-Quran & Penyampaian Duit Raya

Tarikh : 24 Julai 2014
Masa : 10.40 pagi
Tempat : Dewan Sekolah
Anjuran : Panitia Pendidikan Islam












MAJLIS PENYAMPAIAN DUIT RAYA