Tuesday, February 24, 2015

KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG SKST KALI KE-40

Alhamdulillah dan syukur kehadrat Illahi kerana dipermudahkan segala usaha dalam melaksanakan Kejohanan Balapan dan Padang Peringkat Sekolah dengan jayanya. Kejohanan Balapan dan Padang SKST kali ini diadakan pada 17 Februari 2015 yang lalu. Atur cara kejohanan bermula pada jam 2.30 petang. Pada kali ini, perasmian Kejohanan Balapan dan Padang SKST telah dirasmikan oleh Encik Rozairi bin Abd. Rahman (AJK UMNO Bahagian Kuala Kedah / Pegawai JASA DUN Kubang Rotan). Beliau telah menggantikan Y.Bhg. Encik Shahron Nizan b. Mohamad Zain (Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kuala Kedah) yang tidak dapat hadir pada hari kejohanan kerana menghadapi masalah kesihatan. YDP PIBG iaitu Tuan Hj. Rodzi bin Ahmad turut hadir pada hari tersebut.




Acara dimulakan dengan perarakan masuk peserta perbarisan yang dimulakan dengan Pasukan pengakap diikuti oleh rumah Merah, Biru, Hijau dan Kuning. Peserta pebarisan diserikan lagi dengan beberapa maskot dan pembawa pelekat yang  berpakaian yang berwarna warni pada hari itu. Muzik berentak march yang dimainkan dapat menaikkan semangat peserta perbarisan dan memeriahkan suasa perarakan masuk para peserta perbarisan.







Kemudian acara diteruskan dengan bacaan doa yang dipimpin oleh Ustaz Azmir Helmi bin Abd Halim. Kemudian, Encik Rozairi bin Abd. Rahman (AJK UMNO Bahagian Kuala Kedah / Pegawai JASA DUN Kubang Rotan) merasmikan Kejohanan Balapan dan Padang SKST Kali Ke-40. Guru Besar menyampaikan cendehati kepada Encik Rozairi bin Abd. Rahman sebagai tanda penghargaan kerana sudi menghadirkan diri untuk merasmikan kejohanan sukan pada kali ini.




Seterusnya, Adik Muhammad Afnan bin Omar membacakan Ikrar Kejohanan sebagai tanda bermulanya Kejohanan Balapan dan Padang pada tahun ini. Beliau diiringi oleh pembawa bendera rumah Merah, Biru, Hijau dan Kuning. Sebaik sajaha tamat bacaan ikrar, peserta perbarisan bergerak keluar menuju ke khemah rumah sukan masing-masing.






Para peserta pertandingan acara padang menerima hadiah sebelum bermulanya acara 80m bagi kategori 5P dan 5L. Hadiah disampaikan oleh Encik Rozaimi bin Abd. Rahman dengan diiringi oleh Tuan Guru Besar dan YDP PIBG SKST.










Tuesday, February 17, 2015

Raptai Kejohanan Balapan dan Padang Kali Ke-40

Tarikh : 15 Februari 2015
Tempat : Padang Sekolah
Masa : 8.15 pagi - 9.45 pagi


Taklimat awal oleh En. Mohd Navawi b. Hamid (PKKK) tentang tugasan dan perjalanan Raptai Kejohanan Balapan dan Padang Kali Ke-40.




Raptai Kejohanan Balapan dan Padang bermula pada jam 8.30 pagi. Semua peserta perbarisan berkumpul di padang sekolah.


Ustaz Azmir Helmi membacakan doa dan menjadi perasmi kejohanan.



 Pergerakan perbarisan dimulakan dengan Pasukan Pengakap yang terdiri daripada 7 orang ahli. Kemudian diikuti oleh rumah Merah, Biru, Hijau dan Kuning. Pembaca Ikrar Kejohanan diketuai oleh Adik Muhammad Afnan bin Omar.













Sebelum rehat, Cikgu Ehsan menyampaikan taklimat dan pesanan kepada para peserta perbarisan dan juga peserta pertandingan yang terlibat dalam acara larian peringkat akhir.





MAJLIS UKHWATUL HASANAH SKST

Tarikh : 22 Januari 2015
Tempat : Royal Kedah Club Restaurant
Masa : 3.30 petang
Anjuran : Kelab Guru dan Staf Sekolah

Majlis pada hari tersebut dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Azmir Helmi. Kemudian semua yang hadir dijemput untuk menikmati hidangan yang disediakan. Kemudian majlis diteruskan dengan ucapan En. Md Daud b. Md Nor selaku mantan Guru Besar yang lalu. Beliau menceritakan banyak pengalaman yang pernah beliau tempuhi sehinggalah pengalaman berada selama seminggu di sekolah baharu. Begitu juga dengan ucapan Cikgu Ismail. Beliau mengucapkan terima kasih kepada semua guru dan memohon kemaafan atas silap dan salah sepanjang beliau berkhidmat di SKST. Bagi beliau, di mana kita ditempatkan tugas yang dipertanggungjawabkan dan diamanahkan tetap sama dan perlu dilaksanakan dengan penuh berintegriti.

Ucapan terakhir disampaikan oleh Encik Kholib b. Abd Hamid selaku Guru Besar Baharu SKST bagi menggantikan En. Md Daud b. Md Nor. Beliau memaklumkan akan meneruskan program yang telah dirancang dan akan membuat penambahbaikan bagi meneruskan kesinambungan yang lebih cemerlang.

Tuan Pengurusi Kelab Guru dan Staf merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada En. Md Daud b. Md Nor selaku mantan Guru Besar SKST dan Cikgu Ismail b. Ibrahim atas sepanjang perkhidmatan di SKST dan memohon kemaafan bagi warga SKST sekiranya berlaku kekurangan dan keterlanjuran kata sepanjang berkhidmat di SKST. Ucapan selamat bertugas juga diucapkan kepada Guru Besar Baharu iaitu Encik Kholib b. Abd Hamid yang baru memulakan khidmat di SKST. Semoga dengan kehadiran beliau dapat meningkatkan dan melonjakkan lagi prestasi SKST.















Acara Akhir Kejohanan Balapan dan Padang SKST Kali Ke-40

Acara akhir bagi acara padang Kejohanan Balapan dan Padang SKST telah diadakan pada 11 Februari 2015. Acara yang sepatutnya bermula lebih awal sehari terpaksa ditunda kerana ramai murid yang terlibat dengan Kejohanan Balapan dan Padang Peringkat PKG Alor Janggus yang bermula pada 9 dan 10 Februari 2015. 

Acara bermula pada jam 5.30 petang. Antara acara yang dipertandingan pada hari tersebut ialah:

Kategori 5L & 5P:
  • Lompat Jauh
  • Lontar Peluru
Kategori 4L & 4P:
  • Lompat Jauh
  • Lontar Peluru
  • Lompat Tinggi
Setiap rumah dikehendaki menghantar 2 orang wakil bagi setiap kategori yang dipertandingkan. Pada hari tersebut sebanyak 10 pingat emas, perak dan gangsa dipertandingkan.

Rumah Kuning telah mendahuli rumah lain dengan menggondol 5 pingat emas diikuti oleh rumah kuning 3 pingat emas dan rumah biru 2 pingat emas.

Acara saringan balapan tidak dapat disudahkan pada hari tersebut dan diteruskan pada keesokkannya.















Majlis Pelancaran Waves Of English

Majlis pelancaran program ini telah diadakan pada 10 Februari 2015 yang lalu. Program bermula pada jam 7.30 pagi. Cikgu Abdul Rani b. Ahmad yang mengendalikan majlis pada hari tersebut. Majlis dimulakan dengan bacaan doa yang dipimpin oleh Ustaz Azmir Helmi b. Abdul Halim. Kemudian murid menyanyikan lagu "Negaraku", "Sentiasa Mendahului" dan "Pendidikan Cemerlang Kedah Gemilang". Kemudian majlis diteruskan dengan ucapan awal tentang program oleh adik Nur Shukirah bt. Ghani dan ucapan penyelaras program iaitu Pn. Norlaili bt. Ali serta diikuti oleh ucapan Perasmian Tuan Guru Besar iaitu En. Kholib bin Abd Hamid.

Sebaik sahaja tamat ucapan perasmian Guru Besar dijemput oleh Penyelaras Program dengan diiringi oleh Guru Penolong Kanan Kokurikulum dan Hal Ehwal Murid untuk meletupakan belon sebagai gimik pelancaran dan menurunkan tandantangan pada banner program. Kemudian majlis diteruskan dengan persembahan murid Tahun 2 Sentosa dan coral speaking daripada murid-murid Tahun 5 Sentosa. Program berakhir pada jam 8.20 pagi.