Monday, October 12, 2015

Hari Sukan Negara Peringkat Sekolah

Tarikh : 10 Oktober 2015
Masa : 7.45 pagi
Tempat : Dataran Perhimpunan Sekolah

Aktiviti :
1. Bacaan Doa
2. Ucapan Perasmian
3. Senamrobik
4. Permainan Softball
5. Permainan Tradisional "Taling Kayu"
6. 'Music Chair'
7. Rehat
8. Majlis Penutup





Bacaan Doa dipimpin oleh Ustaz Azmir Helmi



Ucapan Perasmian Oleh PKKK






Aktiviti senamrobik yang diketuai oleh Adik Muhammad Nuraiman Farhan (5 Sentosa) dan 
dibantu oleh Mohamad Aiman, Muhammad Adam Fahmi (4 Sentosa) 
Muhammad Absyar, Muhammad Amirul Aiman (4Tekun) 








Ustaz Azmir Helmi b. Abd Halim mengacarakan majlis penutup



Ulasan En. Mohd Navawi b. Hamid (PKKK) sepanjang program berlansung


Ucapan Perasmian Penutup Oleh En. Kholib b. Abd Hamid (Guru Besar)



Tuesday, October 6, 2015

Perhimpunan Mingguan Ke-36

Guru Bertugas
1. Pn. Norlida bt. Ahmad Khozan
2. Ustaz Azmir Helmi b. Abd. Halim
3. En. Samsuddin b. Mustaffa
4. En. Mohamad Sofi b. Ahmad

Murid Bertugas:
Pengacara: Mohammad Khairie bin Ismail
Doa: Mohammad Arif bin Ahmad Tarmizi
Ikrar Murid : Nurul Izzah bt. Ahmad Subri

Penaik Bendera:
Jalur Gemilang :Muhammad Nuraiman Farhan bin Mohd Nasir
Negeri Kedah : Muhammad Hafizuddin bin Hasbiyallah
Sekolah : Muhammad Amirul Aiman bin Mohd Yusof

Tema : Sayangi Alam Sekitar

Aktiviti Lain Semasa Perhimpunan:
1. Penyampaian Hadiah Hari Merentas Desa
2. PLC
a. Mohd Sofi - Senarai Semak Modul Offline PBS -  PPPM
b. PKKK - Penerangan Tentang Hari Anugerah
c. PK1 - Perubahan Jadual Waktu (Pertukaran 2 Orang Guru)






Antara Penerima Hadiah Merentas Desa 2015









Program PLC





Ujian SEGAK Kali Ke-2

Tarikh : 01 Oktober 2015
Masa : 7.45 pagi
Tempat : Dewan Seri Bayu SKST

Guru Terlibat :
1. En. Mohamad Ehsan bin Saad
2. En. Iswardi bin Ahmad Aswira
3. En. Mohd Nizar bin Hj. Said

Pemantau:
En. Mohd. Navawi bin Hamid (PKKK)

Murid Terlibat:
Semua Murid Tahun 4, 5 dan 6








Taklimat Program Jawi

Pada 29 September 2015, murid-murid terlibat telah dimaklumkan oleh Ustaz Azmir Helmi tentang program jawi yang akan dijalankan di Dewan Seri Bayu pada jam 7.45 pagi. Murid-murid telah diberi surat dan jadual program untuk dimaklumkan kepada waris atau penjaga supaya dapat menghantar anak jagaan masing-masing pada tarikh dan masa yang ditetapkan. Murid-murid yang terpilih melalu saringan sebelum ini wajib menghadiri kelas yang dijalankan.

Pada hari berikutnya 30 September 2015, semua murid yang terlibat diarahkan untuk menjalankan kelas jawi bermula jam 2.00 petang. Sebelum itu, semua murid yang terlibat diberi makan secara percuma oleh guru-guru yang memberi sumbangan. Program ini bersambung pada hari Sabtu (03 Oktober 2015).










Pgrogram Jawi Bermula Pada Hari Berikutnya Pada Jam 2.00 petang



Program Kemasyarakan SKST

Pada tahun ini, pasukan kompang sekolah telah mendapat undangan untuk memeriahkan majlis walimatulurus di rumah Encik Rusli bin Ibrahim yang juga merupakan suami kepada Puan Rosadah bt. Hashim iaitu PKHEK SKST. Majlis tersebut telah berlangsung pada 29 September 2015 yang lalu bertempat di Kampung Kubang Siam, Alor Janggus. Seawal jam 12.40 tengah hari lagi seramai 14 orang ahli kumpulan kompang sekolah ini mula bergerak dari sekolah dan tiba di rumah kenduri pada jam 1.00 tengah hari.

Para peserta menikmati jamuan terlebih dahulu sementara menunggu ketibaan rombongan pihak pengantin. Sebaik sahaja selesai menikmati makanan yang disediakan barulah kumpulan kompang ini di bawa menunggu rombongan pengantin di salah sebuah rumah jiran yang jaraknya dalam 100 meter dari rumah kenduri. Di rumah jiran, pasukan kompang ini sempat beramah mesra dengan tuan rumah tersebut sementara menunggu rombongan pengantin tiba.

Pada jam 1.40 tengah hari rombongan pengantin mula tiba dengan beberapa buah kenderaan. Pasukan kompang bersiap sedia untuk mengiringi pengantin. Adik Asma Hazirah dan Nurul Eira Eliyanie daripada Tahun 3 Sentosa yang memegang bunga manggar mengiring pengantin dan pasukan kompang beserta robongan pengantin.




Pasukan Kompang SKST bersiap-sedia menunggu ketibaan rombongan pengantin


Rombongan pengantin tiba pada jam 1.30 Tengah hari


Pasukan Kompang mula mengiringi pengantin ke rumah kenduri


Pengantin diiringi dengan bunga manggar


Pengantin bersalaman dengan ahli keluarga.



Pasukan kompang bertolak pulang ke sekolah pada jam 2.40 petang

Sambutan Hari Malaysia

Tarikh : 15 September 2015
Masa : 7.45 pagi
Tempat : Dewan Seri Bayu SKST

Perasmian oleh :
En. Kholib b. Abd. Hamid (Guru Besar)

Turut diadakan pada hari tersebut ialah majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang dalam pertandingan Sambutan Hari Kemerdekaan yang diadakan pada 27 Ogos 2015 yang lalu.

Keputusan Pertandingan Sempena Bulan Kemerdekaan:

1. Koir:

Johan Tahap 1: Tahun 3 Sentosa
Johan Tahap 2: Tahun 5 Sentosa

2. Pertandingan Menghias Kelas
Johan Tahap 1: Tahun 1 Sentosa
Johan Tahap 2: Tahun 5 Sentosa