Thursday, September 1, 2016

Majlis Bacaan Yasin Perdana dan Solat Hajat Sempena UPSR 2016

Tarikh : 01 September 2016
Masa : 8.00 pagi
Tempat : Dewan Seri Bayu SKST
Sasaran : Semua murid tahun 6 dan semua waris tahun serta guru.

Imam : Mohd Asri (YDP PIBG SKST)

Atur cara Majlis:
08.00 pagi
- Para jemputan, guru, staf dan murid berkumpul di dewan sekolah
- Sesi pendaftaran

08.30 pagi
- Ucapan aluan pengerusi majlis
- Solat Dhuha, Solat Hajat dan Bacaan Yaasin dipimpin oleh Tuan Imam Masjid Kg. Huma
- Mohon restu murid-murid UPSR bersama waris dan guru
- Waris menandatangani slip / label meja anak-anak.
- Jamuan ringan waris, guru dan staf
- Majlis bersurai


Alhamdulillah, bersyukur kehadrat Allah s.w.t. kerana dengan izinanNya dapat disempurnakan satu lagi program yang dianggap sebagai kemuncak untuk murid-murid yang akan menduduki peperiksaan UPSR pada 5 September nanti.

Semoga apa yang telah diusahakan ini akan memberi ganjaran yang stimpal daripada yang Maha Berkuasa. Guru-guru sentiasa mendoakan akan kejayaan yang cemerlang dan kesihatan yang baik terhadap semua murid tahun 6 dan juga semua murid yang lain.

Diharap agar semua murid yang akan menduduki peperiksaan UPSR nanti akan dapat menjawab soalan peperiksaan dengan baik dan sentiasa menjaga kesihatan supaya sentiasa kekal sihat sepanjang peperiksaan itu nanti.