Tuesday, December 31, 2013

Selamat Kembali ke Sekolah Sesi 2014

Alhamdulillah, bersyukur kehadrat Allah SWT. dengan limpah kurnia-Nya dan keizinan-Nya dapat lagi kita bernafas dan melakukan ibadah terhadap-Nya. Esok berakhirlah tahun 2013 masihi dan bermulalah tahun 2014 masihi.
Diharapkan tahun 2014 akan membawa satu tranformasi yang besar di SKST. Perlu kita ketahui bahawa "Rome Tidak Dibangun dalam Sehari".
Ayuh! kembalilah ke sekolah untuk sesi persekolahan 2014 ini dengan penuh tekat dan keazaman untuk menempah kecemerlangan dunia dan akhirat. Insyaallah...
Diucapkan selamat kembali ke sekolah kepada semua warga guru, pentadbir, staf, murid-murid dan juga ibu bapa/penjaga. Diucapkan selamat memulakan alam persekolahan kepada murid-murid tahun 1.

Monday, December 30, 2013

Pendaftaran Prasekolah dan Tahun 1 Sesi 2014

Alhamdulillah, selesai sudah satu lagi program penting pada hari ini (31.12.2013) sebelum bermulanya tahun baharu 2014. Program pendaftaran murid prasekolah dan tahun 1 sesi persekolahan 2014 dilaksanakan secara serentak. Majlis ini bermula pada jam 8.30 pagi di Dewan SKST dengan dimulakan taklimat waris tahun 1 manakala pendaftaran prasekolah dijalankan di kelas prasekolah. Pada ketika ini, murid-murid tahun  1 yang hadir ditempatkan di dalam kelas yang dikendalikan oleh Cikgu Nora'ini bt. Zainun. Cikgu Nora'ini mengendalikan majlis suai kenal bersama mereka. Majlis bersurai pada jam 11.00 pagi.


Cikgu Munirah bt. Ab Rahim yang mengendalikan majlis.

Ucapan Guru Besar (En. Md Daud b. Md Noor)
- perkenal diri sebagai GB baharu di SKST
- pohon kerjasama waris
- program KSSR

Para waris tahun 1 mendengar taklimat yang disampaikan oleh guru besar.

Ucapan Pn Che Gayah bt. Rejab (PK1)
- Penerangan tentang program PdP di dalam kelas
- LINUS dan PROTIM
- PBS

Ucapan Pn Rashadah bt. Hashim (PK HEM)
- Semakan borang
- Rekod kesihatan
- Disiplin murid

Ucapan En Mohd Navawi  b. Hamid (PKKK)
- Taklimat dan pengisian borang SARANA.

Cikgu Nora'ini menjalankan sesi suai kenal murid tahun 1

Alhamdulillah, sangat tenteram dan berdisiplin pada hari pertama ini. Semoga berterusan.

Pendaftaran Murid Prasekolah yang dikendalikan oleh Cikgu Rohaizam dan Pn Zuraida di bilik Prasekolah.

Antara para waris yang menunggu giliran pendaftaran.







Pertukaran Guru Penolong Kanan Pentadbiran

Warga Sekolah Kebangsaan Simpang Tiga sekali lagi akan kehilangan seorang guru di bahagian pentadbiran selepas pertukaran Guru Besar (En Azizan b. Nan). Guru yang dimaksudkan ialah Pn. Che Gayah bt. Rejab iaitu Guru Penolong Kanan Pentadbiran yang akan bertukar ke PPD Kota Setar setelah dinaikkan pangkat sebagai Fasi LINUS. Tarikh pertukaran beliau berkuatkuasa pada 2 Januari 2014. 

Sudah 3 tahun 6 bulan beliau bertugas di SKST. Banyak sumbangan yang telah diberikan kepada pihak sekolah sepanjang tempoh tersebut.

Warga SKST mengucapkan syabas dan tahniah kepada Pn. Che Gayah kerana telah dinaikkan pangkat sebagai Fasi LINUS di PPD Kota Setar. Semoga beliau dapat memberi sumbangan yang bermakna kepada semua warga pendidik untuk meningkatkan lagi pencapaian anak didik kita khasnya pelajar di Daerah Kota Setar. Tahniah sekali lagi, semoga terus berjaya.... insyaallah.

Sunday, December 29, 2013

Gotong-royong Membersihkan Kelas

Program gotong-royong membersihkan kelas ini diadakan pada 30hb. Disember, 2013. Objektif program ini untuk memastikan semua murid dapat belajar dengan suasana dan invironment pembelajaran yang selesa selain memastikan semua murid mempunyai kerusi dan meja untuk memulakan proses PdP pada hari pertama persekolahan. Program ini dimulakan seawal jam 8.15 pagi. Semua murid tahun 2,3,4,5 dan 6 (sesi persekolahan 2014) telah diberi taklimat tentang aktiviti tersebut oleh Cikgu Mohamad Ehsan b. Saad iaitu guru bertugas minggu pertama persekolahan sesi persekolahan 2014. Jam 8.30 pagi murid-murid memulakan aktiviti-aktiviti bergotong-royong bersama guru kelas masing-masing. Pihak sekolah mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua murid dan guru yang terlibat untuk melaksanakan program ini. Semoga amalan menjaga kebersihan ini dapat dijalankan sepanjang masa.


Taklimat Gotong-royong Disampaikan Oleh Cikgu Mohamad Ehsan




Murid-murid Diberikan Jadual Waktu Persekolahan

Mesyurat Kurikulum, HEM dan Ko-Kurikulum Kali Pertama Sesi 2014

Tarikh : 29hb. Disember, 2013
Masa  : 08.30 pagi
Tempat: Bilik Tayang

Semua guru yang terlibat dijemput hadir.

Thursday, December 26, 2013

Mesyuarat Guru Kali Pertama Sesi 2014

Tarikh: 26.12.2013
Masa : 09.00 pagi
Tempat : Bilik Tayangan

Kehadiran : Semua Hadir




Saturday, December 14, 2013

KURSUS LDP

Kursus LDP yang sepatutnya dijalankan sebelum cuti persekolahan terpaksa dilaksanakan pada minggu kedua dan ketiga cuti persekolahan (24 November 2013 hingga 01 Disember 2013) disebabkan oleh kekangan masa dan kekurangan guru untuk menyertai kursus (guru terlibat dengan kursus KSSR dan Program Pensiswazahan Guru (PPG). 

Kursus pada kali ini diberi fokus kepada kursus KSSR Tahun 4 dan PBS. Guru-guru yang terlibat dengan kursus KSSR Tahun 4 dilantik menjadi penceramah untuk menyampaikan maklumat yang telah diperoleh dalam kursus yang dihadiri. Berikut adalah antara foto perjalanan kursus yang telah dilaksanakan: