Pelancaran Program Mentor Mentee ini telah diaadakan pada 09 Februari 2015 yang lalu pada jam 7.30 pagi. Program ini dirasmikan oleh Tuan Guru Besar iaitu En. Kholib bin Abd Hamid.Majlis seperti biasa dimulakan dengan bacaan doa yang dipimpin oleh Tn. Hj. Zolkefali b. Hj. Hanafi. Kemudian diikuti dengan ikrar murid dan nyanyian lagu "Negaraku", "Pendidikan Cemerlang Kedah Gemilang" dan "Sentiasa Mendahului".
Program yang dianjurkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling serta Jawatankuasa Tahun 6 kali ini dilaksanakan lebih awal berbanding tahun lalu. Pn. Amuzaida bt. Ahmad selaku guru Kaunseling telah membuat perubahan dalam pembentukan kumpulan mentor dan mentee pada kali ini. Bilangan guru telah ditambah dalam satu kumpulan iaitu 2 orang guru bersamaan 6 orang murid.
Bilangan murid Tahun 6 kali ini berkurangan daripada 51 orang pada tahun 2014 kepada 27 orang pada tahun ini. Bilangan yang sedikit ini boleh memberi impak yang besar jika murid gagal dalam subjek tertentu. Oleh itu, perancangan yang rapi telah disusun bagi membolehkan para murid tahun ini mencapai sasaran yang ditetapkan.
Pada hari tersebut juga telah diadakan juga ikrar mentor yang berjanji akan menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab dan dapat menyimpan kerahsian mentee serta berintegriti. Bacaan ikrar ini diketuai oleh Cikgu Samsuddin bin Mustaffa. Selepas bacaan ikrar guru, Adik Afnan bin Omar mengetuai bacaan ikrar murid di hadapan semua guru dan murid-murid di tahun yang lain.
Kemudian majlis diteruskan dengan penyerahan mentee kepada mentor yang disempurnakan oleh Tuan Guru Besar. Setiap mentor diberi fail maklumat berkaitan prestasi murid untuk dianalisis oleh guru berkaitan.
No comments:
Post a Comment