Sekali lagi kumpulan Action Song SKST berjaya mendapat tempat ke-3 dalam pertandingan Ko-Akademik Bahasa Inggeris yang berlansung pada hari ini (29 April 2014). Pertandingan ini bertempat di SKST kerana SKST menjadi tuan rumah dalam pertandingan yang di adakan ini.
Majlis yang diadakan ini bermula dengan pendaftaran peserta pada jam 8.00 pagi. Jam 9.00 pagi, pegawai atau hakim pertandingan diberi taklimat di Bilik Mesyuarat SKST. Pada jam 9.20 pagi, para peserta dibawa ke tempat pertandingan masing-masing oleh murid yang diberi menjalankan tugas ini.
Hanya tiga acara yang dipertandingkan iaitu 'Action Song', 'Story Telling' dan Public Speaking'.Sebanyak 6 pasukan menyertai pertandingan 'Action Song'. Sebanyak 6 pasukan menyertai 'Action Song' manakala acara Public Speaking ( ) dan 'Story Telling ' seramai 20 peserta.
Encik Koshim bin Lebai Ahmad iaitu Pengerusi PKG Alor Janggus yang merasmikan majlis penutup dan menyempurnakan penyampaian hadiah kepada para pemenang. Malis berakhir pada jam 12.20 tengahari.
Terima kasih kepada para peserta dan guru yang membentuk pasukan sekolah iaitu:
Guru:
1. Pn. Norlaili bt. Ali (Action Song)
2. Pn. Vasuntha a/p Balakrishnan (Story Telling)
Murid:
1. Murid tahun 2 dan 3 (Action Song)
2. Nur Amni Athirah bt. Azmir Helmi (Story Telling)
Tidak lupa juga diucapkan terima kasih kepada semua guru dan murid yang terlibat dalam menjayakan pertandingan Ko-Akademik Bahasa Inggeris.