Alhamdulillah....
Bersyukur kehadrat Illahi kerana dengan izinNya, acara merentas desa pada kali ini dapat dijalankan dengan jayanya. Acara merentas desa kali ini diadakan pada 18 April 2016 yang lalu. Pada jam 7.30 pagi lagi semua warga sekolah telah berkumpul di Dataran SKST untuk memulakan acara senamrobik yang dikendalikan oleh instruktor daripada murid-murid tahun 6 dan 5.
Majlis dimulakan dengan bacaan doa yang dipimpin oleh Ustaz Azmir Helmi bin Abd Halim dan diteruskan dengan ucapan perasmian oleh Tuan Guru Besar. Sebaik sahaja upacara perasmian dilaksanakan maka bermulalah aktiviti senamrobik bagi membolehkan murid lebih bersedia sebelum memulakan larian (merentas desa). Adik Muhammad Nuraiman Farhan bin Mohd Nasir bertindak sebagai Instruktor. Adik Aiman dibantu oleh rakan-rakannya yang terdiri daripada, Muhammad Amirul Aiman bin Muhd Yusuf, Muhammad Adam Harith bin Nor Azman, Muhammad Absyar bin Abu Bakar dan Muhammad Arif bin Ahmad Tarmizi.
Selepas aktiviti senamrobik, murid diberi rehat selama sepuluh minit. Pada ketika ini murid telah diberi minum minuman milo yang ditaja oleh Syarikat Milo. Pada tahun ini, sudah dua kali Syarikat Milo telah memberi minuman percuma kepada warga SKST. Terima kasih diucapkan atas sumbangan tersebut.
Sebelum bermulanya acara, Cikgu Mohd Nizar telah memberi taklimat tentang laluan-laun dan stesen yang perlu dilalui mengiku kategori yang ditetapkan. Acara merentas desa bermula pada jam 8.40 pagi. Murid-murid Tahun 3 dan 4 (Kelas 5P) telah dilepaskan terlebih dahulu. Mereka berlari mengikut laluan lama iaitu melalui Kampung Besar yang melibatkan jarak sejauh 0.8 km untuk satu haluan. Pada jam 8.50 pagi murid-murid lelaki tahun 3 dan 4 (Kelas 5L) pula dilepaskan. Jarak larian juga melalui Kampung Besar tetapi jarak lariannya lebih jauh iaitu 1.2 km yang menyamai jarak larian murid-murid perempuan kelas 4 P yang dilepaskan oleh Tuan Guru pada jam 9.00 pagi. Murid-murid lelaki kelas 4L dilepaskan pada jam 9,05 pagi.