Friday, April 18, 2014

Lawatan Sambil Belajar Murid-Murid Tahun 4 dan 5

Program lawatan sambil belajar ini dianjurkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling SKST. Program ini telah dilaksanakan pada hari Selasa yang lalu iaitu 15hb. April 2014. Seramai 47 orang murid yang terlibat dalam program ini iaitu 26 orang murid lelaki dan 21 orang murid perempuan manakala guru pengiring yang terlibat ialah En. Ismail Ibrahim, En. Mohd Sofi Ahmad, Ustazah Amuzaida Ahmad dan Ustazah Ku Asma Ku Ahmad.

Lawatan ini mula bergerak dari sekolah pada jam 8.00 pagi menuju ke Pusat Pemulihan Pemasyarakatan Kem Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah Jitra Kedah. Setibanya di sana jam 8.30 pagi para peserta lawatan diberi taklimat oleh pegawai penjara dan para peserta dibawa menikmati sarapan pagi. Sambil menikmati sarapan para peserta lawatan dapat melihat pekerja-pekerja (tahanan) berkebun. Selesai sarapan jam 9.30 pagi peserta lawatan bertolak ke Kolej Tentera Udara.










Di sini merupakan tempat yang paling seronok oleh para peserta. Peserta diberi taklimat oleh pelajar-pelajar KTU yang merupakan pelatih juru terbang PILATUS. Taklimat disampaikan di dalam dewan yang agak selesa untuk peserta lawatan ini. Selesai taklimat peserta lawatan dibahagikan kepada dua kumpulan. Kumpulan lelaki bergerak ke bangunan simulator kapat terbang PILATUS manakala peserta perempuan terus ke pesawat PILATUS. Lebih kurang 30 minit peserta diberi penjelasan sebelum bertukar stesen berikutnya. Semoga pengalaman ini akan memberi dorongan kepada murid-murid ini untuk belajar dengan lebih tekun lagi bagi membolehkan mereka menjadi juru terbang yang hebat. Sebaik sahaja selesai sesi ini, semua peserta lawatan ke dewan makan. Menu bihun dan kiuh menjadi santapan peserta pada hari tersebut.











Tepat jam 12.00 tengah hari peserta lawatan bertolak ke Taman Rimba Alor Setar untuk menikmati makan tengah hari. Di sini peserta dapat bermain dengan perlbagai permainan yang telah tersedia. Makanan yang dibekalkan sudah tidak diendahkan kerana masih kekenyangan dengan menu yang disediakan oleh pihak KTU.



Pada jam 1.20 petang peserta lawatan bertolak ke Pusat Dakwah untuk menunaikan solat Zohor. Sebaik sahaja selesai sembahyang semua peserta berjalankan kaki menuju ke Perpustakaan Awam Negeri Kedah. Peserta diberi taklimat oleh pegawai yang bertugas. Jam 4.00 petang peserta lawatan bertolak pulang ke sekolah. Peserta lawatan tiba di sekolah pada jam 4.30 petang.



Semoga program yang dianjurkan ini dapat memberi manfaat kepada semua murid yang terlibat. Terima kasih kepada pihak penganjur lawatan ini. Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pegawai dan peserta Pusat Pemulihan Pemasyarakan Kem Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, Pihak KTU dan Perpustakaan Awam Negeri Kedah yang sudi menerima kedatangan perserta lawatan daripada SKST dengan memberi layanan yang begitu baik sekali. Semoga Allah sahaja yang dapat membalas kebaikan itu.


Perlawanan Bola Baling Peringkat Daerah Kota Setar

Perlawanan Bola Baling Peringkat Daerah Kota Setar telah berlansung pada 12, 13 dan 14 April yang lalu bertempat di SMK Wan Dato' Mohd Saman. Perlawanan bermula pada jam 8.30 pagi dan berakhir jam 5.00 petang.

Pasukan PKG Alor Janggus telah menghantar 2 pasukan iaitu lelaki bawah 12 tahun dan perempuan bawah 12 tahun. Kedua-dua pasukan PKG Alor Janggus hanya mendapat tempat ketiga bagi kedua-dua kategori. Walau bagaimanapun diucapkan tahniah kepada 2 orang pemain SKST yang mewakili kategori lelaki iaitu adik Mohd Naim b. Zaini dan Muhamad Akmal Rizal b. Mohd Fisol.





Saturday, April 5, 2014

AKTIVITI PERCAMBAHAN MINDA BAHASA MELAYU

Tarikh : 03 April 2014
Tempat : Dewan Seri Bayu
Masa : 07.40 pagi


Aktiviti Percambahan Minda pada minggu ke-13 ini dikendalikan oleh Panitia Bahasa Melayu. Murid-murid Tahun 3 Sentosa telah mengambil bahagian pada kali ini. Adik Intan Nur Fatin Alia bt. Ramli dan adik Nurul Izzah bt. Mohd Subri telah menyampaikan beberapa rangkap pantun nasihat. Pantun yang disampaikan banyak memberi fokus kepada semangat bekerjasama.

Adik Intan Nur Alia bt. Ramli

Adik Nurul Izzah bt. Mohd Subri

Friday, April 4, 2014

SKST Naib Johan Perlawanan Akhir Pertandingan Bola Baling PKGAJ

Hari yang mendebarkan untuk menentukan layak ke pusingan separuh akhir. Pada peringkat suku akhir, sebanyak 6 pasukan yang terlibat. Pasukan ini telah dipecahkan kepada 2 kumpulan iaitu kumpulan X dan Y. Berikut adalah kumpulan yang dimaksudkan:

Kumpulan X:
  • SKSG (Johan Kumpulan C)
  • SK Alor Janggus (Johan Kumpulan A)
  • SK Seri Perdana (N.Johan Kumpulan B)

Kumpulan Y:
  • SK Seri Amar Diraja (Johan Kumpulan B)
  • SK Taman Aman (N.Johan Kumpulan A)
  • SK Simpang Tiga (N.Johan Kumpulan C)

Perlawanan pertama yang melibatkan SKSAD vs SKTA berkesudahan seri 2 - 2. Keadaan ini memberi kekuatan kepada SKST untuk mendapatkan kemenangan pertama. Sekirannya SKST berjaya memenangi perlawanan pertama dengan SKTA bermakna SKST akan layak ke peringkat separuh akhir.

Perlawanan pertama bertemu dengan SKTA agak mendebarkan. Seperti pada pusingan pertama, sekali lagi SKST ketinggalan 2 gol pada separuh masa pertama. Walau bagaimanapun, keadaan sekali lagi memihak kepada SKST. SKST berjaya mengikat kedudukan dengan keputusan 2 -2. 

Perlawanan berikutnya, SKST bertemu dengan SKSAD. SKST dikejutkan dengan gol awal daripada pihak lawan. Walau bagaimanapun, SKST berjaya menyamakan kedudukan dan mengalahkan SKSAD dengan agreget 3 - 1. Ini membolehkan SKST berjaya melayakkan diri ke pusingan separuh akhir bertemu dengan SK Alor Janggus.

Pertemuan menentang SKAJ juga begitu mencabar pada peringkat awalnya. SKST dikejutkan dengan jaringan awal daripada pihak lawan. Kedudukan berjaya disamakan kembali oleh pasukan SKST. Kedua-dua pasukan saling berbalas serangan. Sekali lagi SKST ketinggalan 2-1 kepada SKAJ. Tidak lama kemudian SKST menyamakan kedudukan.

Jaringan kedua ini berjaya membangkitkan semangat pasukan SKST dan memberi tekanan kepada SKAJ. SKST berjaya menguasai perlawan sepenuhnya dan berjaya menambah gol. SKST berjaya mengalahkan SKAJ dengan agreget 6 - 2. Akhirnya, SKST berjaya ke perlawanan akhir yang akan menentang pasukan tuan rumah iaitu SK Seri Gunung.

PERLAWANAN AKHIR SKST vs SKSG



Perlawanan akhir bertemu SKSG agak mengecewakan apabila pasukan SKST dikejutkan dengan gol awal pada minit pertama. Semangat pemain mula merudum dan sekali lagi pasukan SKST dikejutkan dengan gol kedua, Sehingga tamat separuh masa pertama pasukan SKST ketinggalan 0 - 7.  Keadaan ini agak sukar bagi pasukan untuk memintas pasukan lawan. Keletihan pemain jelas kelihatan . Separuh masa kedua SKST mula merancang strategi dengan menyusun perlawanan secara perlahan. Walau bagaimanapun, pasukan lawan lebih bertenaga dan berjaya menambah 3 gol lagi pada separuh masa kedua menjadi kedudukan 10 - 0. Walaupun SKST tewas dengan jaringan besar, SKST tetap dinobatkan sebagai Naib Johan Pertandingan Bola Baling Peringkat PKG Alor Janggus pada tahun ini. 


Pemain SKST menerima hadiah tempak ke-2


GB SK Sg Baru selaku pengerusi PKG menyampaikan hadiah kepada pemain.


Pemilihan pemain untuk mewakili PKG AJ ke peringkat daerah Kota Setar
Tahiah kepada Mohamad Akmal Rizal b. Mohd Fisol dan Mohd Naim b. Zaini yang terpilih untuk mewakili PKG Alor Janggus ke peringakat Daerah Kota Setar.


SENARAI PEGAWAI DAN PEMAIN BOLA BALING SKST



Terima kasih kepada pegawai yang terlibat. Tidak lupa juga kepada Cikgu Azlina Abd Aziz dan Cikgu Adibah Ismail yang turut sama menjadi guru pengiring dan pegawai (keputusan / pencatat). 

Syabas dan tahniah kepada pasukan bola baling SKST yang berjaya mendapat tempat kedua dalam pertandingan bola baling pada tahun ini. Semoga kejayaan ini dapat meransang semangat rakan-rakan yang lain untuk menyertai pertandingan-pertandingan yang berikutnya.







Hari Pertama Bola Baling PKG Alor Janggus

Pada 31 Mac dan 1 April yang lalu telah berlangsung pertandingan bola baling Peringkat PKG Alor Janggus yang bertempat di SK Seri Gunong. Pertandingan bermula jam 8.30 pagi dan berakhir pada jam 2.20 petang. Pada peringkat awal, perlawanan dijalankan secara liga yang melibatkan 3 kumpulan (Kategori Lelaki).

Kumpulan A:
  • SK Alor Janggus
  • SK Gunong
  • SK Taman Aman
  • SK Hj. Mohd Shariff

Kumpulan B:
  • SK Sri Amar Diraja
  • SK Seri Perdana
  • SK Sungai Baru
  • SK Kota Rentang

Kumpulan C:
  • SK Seri Gunong
  • SK Dato' Shaari
  • SK Simpang Tiga
  • SJKT Thiruvalruval

Kumpulan C agak beruntung kerana pengurus pasukan SK Dato' Shaari telah menarik diri dari menyertai perlawanan ini. Ini bermakna, setiap pasukan hanya memerlukan satu kemenangan sahaja.


LIKU-LIKU KEJAYAAN PASUKAN SKST

Pada peringkat pusingan awal, SKST telah berjaya menewaskan SJK(T) Thiruvalruval dengan agreget 4 - 2. Perlawanan agak mendebarkan kerana pasukan lawan telah berjaya mendahului 2 gol awal. Berkat sokongan guru-guru yang hadir dan usaha pemain akhirnya pasukan SKST berjaya menjaringkan 4 gol dan sekaligus melayakan ke pusingan berikutnya walaupun tewas 5 - 2 kepada SK Seri Gunong. Berakhirnya perlawanan ini maka tamatlah pusingan pertama pada hari tersebut. Pusingan berikutnya bersambung pada keesokan harinya.


Latihan Bola Baling Fasa Akhir

Perlawanan Bola Baling Peringkat PKG Alor Janggus akan berlangsung pada 31 Mac 2014 dan 1 April 2014. Sebagai persiapan terakhir, murid-murid yang terlibat telah gunakan sepenuhnya pada waktu PJ dengan memberi fokus kepada latihan meningkatkan persefahaman antara pemain. Cikgu Zolkafeli b, Hj. Hanafi telah membantu mengadili perlawanan pada hari tersebut. 

Seramai 14 orang pemain yang terlibat pada hari tersebut. Kesemua mereka diuji untuk memerhati posisi yang paling sesuai bagi setiap pemain. Beberapa tektikal jaringan diterap dan diperaktikan. Latihan tamat pada jam 10.10 pagi. Pemain mengikuti kelas seperti biasa selepas waktu rehat. 



Thursday, March 20, 2014

Budaya Tutup Sekolah

Sebelum sekolah bercuti Pertengahan Penggal Pertama (21 Mac 2014 - 29 Mac 2014), Encik Aminudin b. Abidin (PK1) telah menyampaikan pesanan kepada semua warga sekolah. Beliau mengingatkan murid-murid supaya sentiasa mencari ilmu agar ilmu yang diterima tidak terputus sepanjang satu minggu cuti persekolahan.

Murid-murid diminta mengulangkaji pelajaran dan membaca buku serta menyiapkan kerja sekolah yang telah diberikan oleh guru sepanjang cuti sekolah bermula. Selain itu, beliau mengingatkan murid-murid agar sentiasa mendekati kepada Allah dengan mendirikan solat berjemaah di masjid. Kesihatan dan keselamatan diri murid juga diberi penekanan dalam ucapan pada hari tersebut.

Akhir sekali, beliau mengingatkan murid-murid membersihkan kelas dan memastikan semua suiz elektrik di dalam kelas ditutup dengan sempurna sebelum keluar dari kelas pada waktu terakhir.