Sunday, May 18, 2014

Program Qiyamullail 2014

Bersyukur kepada Allah swt dengan keizinanNya dapat juga dilaksanakan satu lagi progam yang sangat bermakna untuk murid-murid tahun 6. Program yang dimaksudkan ialah program qiyamullail. Program ini merupakan program anjuran bersama Panitia Pendidikan Islam, Bimbangan & Kaunseling dan Jawatankuasa Peningkatan UPSR. Program telah dilaksanakan pada 15 dan 16 Mei 2014 iaitu pada hari Khamis dan Isnin.

Pada jam 10.00 pagi lagi persediaan sudah mula dijalankan dengan membersihkan surau dan tempat penginapan iaitu bilik SALC dan Bilik j-QAF. Botol air juga mula dibawa oleh para pelajar tahfiz pada jam 10.30 pagi. Botol-botol tersebut diletakkan di dewan sekolah.

Program bermula pada jam 3.30 petang dengan pendaftaran para peserta. Semua murid daripada Tahun 6 telah menghadirkan diri ke program ini (51 orang). Selepas pendaftaran murid-murid diberi taklimat program. Pada jam 4.30 petang, murid-murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan seterusnya membuat persiapan diri dan menunaikan solat asar bersama pelajar tahfiz dan pelajaran INSANIAH.

Sebaik sahaja selesai solat asar, murid-murid menikmati minuman petang pada jam 5.30 petang di Bilik Kemahiran Hidup. Pada jam 6.30 petang murid-murid bergerak dalam kumpulan untuk menjalankan Latihan Dalam Kumpulan (LDK 1). Sesi permulaan ini, murid-murid didedahkan dengan pengenalan solat. Banyak input yang diperoleh. Lebih kurang 30 minit mendengar dan membuat aktiviti kumpulan, murid-murid membuat persiapan diri sebelum makan malam pada jam 7.15 malam.

Sebelum menunaikan solat maghrib murid-murid membacakan zikir munajat. Solat maghrib diimamkan oleh Ustaz Adham Al-Hafiz dari Maahad Tahfiz Al-Hikmah, Padang Siding, Pauh Perlis. Seterusnya murid-murid dan guru menunaikan solat insya dan solat sunat hajat.

Pada jam 9.30 malam murid-murid telah diberi ceramah oleh Ustaz Adham Al-Hafiz di dalam Bilik Kemahiran Hidup. Dalam sesi ceramah yang disampaikan ini pelbagai perkara telah disentuh dan dijelaskan dengan baik. Semoga semua murid dapat memperoleh dan mengamalkan ilmu yang disampaikan. Selama 1 jam 30 minit barulah ceramah ditamatkan dan memberi peluang kepada murid-murid membasahkan tekak untuk minum malam dan bergerak ke bilik penginapan bersama fasilitator dari  Maahad Tahfiz Al-Hikmah, Padang Siding dan Kolej INSANIAH.

JUMAAT 16 MEI 2014

Jam 4.30 pagi murid-murid sudah dikejutkan dan membuat persiapan diri untuk meneruskan Qiyamullail yang dipimpin oleh Ustaz Adham Al-Hafiz sehinggalah jam 6.00 pagi. Sebaik sahaja solat subuh, murid-murid tidak lagi diberi kuliah subuh tetapi mereka terus diarahkan ke padang untuk bersenam dan bermain bola sepak. Kemudian, murid-murid diminta membuat refleksi sepanjang program berlangsung.

Selepas refleksi kendiri ini, barulah murid-murid menikmati sarapan pagi. Mereka berkumpul di dewan dan meminta keizinan daripada pengarah program (Ustaz Azmir Helmi) untuk menikmati sarapan pagi. Murid membaca doa makan sebelum membuka selera.

Majlis penutup program diadakan pada jam 8.30 pagi di dewan sekolah. Doa dibacaan ole pelajar tahfiz dan ucapan Ustaz Adham Al-Hafiz. Beliau sangat-sangat berharap agar semua pelajar dapat mengamalkan amalan-amalan yang telah diterapkan dan tidak akan serik untuk mengikuti program seperti ini pada cuti- persekolahan. Majlis berakhir dengan ucapan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid iaitu Pn. Rosadah bt. Hashim.

Taklimat awal oleh Ustaz Azmir Helmi pada hari Ahad (Perhimpunan Mingguan)



Minum petang pada hari Khamis (5.30 petang)



Minum pagi

Persiapan sarapan pagi

Murid-murid bersarapan pagi




Bersiap sedia untuk pulang

Murid bergerak ke dewan sekolah untuk majlis penutup
Bacaan doa

Ucapan penutup oleh PK HEM

Barisan Fasilitator

Majlis bersalaman dengan fasilitor

Murid-murid bersalaman dengan fasilitator sebelum pulang.

Saturday, May 17, 2014

Perhimpunan Minggu 19

Tarikh : 11 Mei 2014
Tempat : Dewan Seri Bayu
Masa  : 7.45 pagi

Perhimpunan minggu ke-19 pada kali ini dikendalikan oleh Unit Beruniform Pengakap. Adik Muhd Amirul Alif b. Azizan telah dipertanggungjawabkan untuk menjadi komanden pada hari tersebut. Tugas-tugas lain dikendalikan oleh :


  • Pengacara Majlis : Muhammad Asraf b. Mohd Yusof
  • Bacaan Doa : Muhammad Amsyar b. Azizi
  • Bacaan Ikrar : Muhammad Naim b. Zaini
  • Laporan Minggu 18 : Muhammad Zubeer b. Ismail
  • Ucapan Minggu 19 : Muhammad Syamsul Akmal b. Yusof

Tema pada minggu 18 ialah "Kasih Sayang"

Guru Bertugas Minggu 18:
  • Nur Azlina bt. Aziz (Ketua)
  • Nora'ini bt. Zainun
  • Cik Ruzita bt. Mustaffa
  • Rohaizam b. Othman
Ucapan Pentadbiran oleh: Encik Aminuddin b. Hj. Abidin

Aturcara lain semasa perhimpunan:

Sijil Penyertaan Perkhemahan TKRS.

Penyampaian sijil penyertaan Kursus dan Perkhemahan TKRS Peringkat Negeri Kedah anjuran Unit Kokurikulum IPG Kampus Darulaman dan Unit Kokurikulum JPN Kedah yang telah diadakan pada 8 - 10 Mei 2014 bertempat di Kem Seri Banai IPG Kampus Darulaman. Seramai 4 orang murid SKST yang terlibat dengan kursus ini. Semua murid yang terlibat ini terdiri daripda murid-murid tahun 4. Penyampaian sijil disempurnakan oleh Encik Md Daud b. Md Nor iaitu Guru Besar SKST.
 
Muhammad Arhakimi b. Azman

Muhammad Bisrun Wafi b. Zulkifli

Muhammad Nuraiman Farhan b. Mohd Nasir

Muhammad Syahmi Alif b. Md Harun


Penyampaian Sijil Kehadiran Penuh (Jan - Mac)

Antara penerima Sijil Kehadiran Penuh.










Tahniah diucapkan kepada semua murid yang berjaya memperoleh Sijil Kehadiran Penuh untuk bulan Januari hingga Mac 2014. Semoga, anda menjadi murid yang terbaik pada masa hadapan.

Mesyuarat Kewangan Kali Ke-2

Tarikh : 11 Mei 2014
Masa  : 1.15 petang
Tempat : Bilik Gerakan SKST




Pembentangan sumber kewangan sekolah yang boleh dibelanjakan. PT berharap sebarang pembelian barangan hendaklah direkodkan dalam stok.

Tuesday, May 13, 2014

Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah

Seperti biasa, bulan Mei merupakan bulan yang ditunggu oleh semua warga pendidik dan para pelajar. Pada tahun ini, pihak sekolah akan mengadakan majlis sambutan tersebut pada 19 Mei 2014 iaitu pada hari Ahad. Para guru, staf dan murid-murid yang ingin membuat persembahan pada hari tersebut boleh berhubung terus dengan Ustazah Amuzaida Ahmad. Semoga sambutan hari guru tahun ini lebih bermakna.

Hari Merentas Desa SKST

Tarikh : 10 Mei 2014
Masa : 7.45 pagi
Tempat : Dewan Sekolah

Acara tahunan yang ditunggu oleh murid-murid tahun 3, 4, 5 dan 6 iaitu acara merentas desa. Alhamdullih... Besyukur kepada Allah s.w.t. kerana telah mempermudahkan perjalanan hari tersebut dan melindungi semua warga SKST dari sebarang kecelakaan.

Seperti biasa, seawal jam 7.30 pagi murid-murid berkumpul di dewan untuk mengikuti perhimpunan pagi dengan membacakan doa, nyannyian lagu negaraku, ikrar dan nasyid asma ul-husna. Cikgu Ehsan selaku guru bertugas memaklumkan kepada semua murid yang akan menyertai larian tentang perkara-perkara yang perlu diberi keutamaan:

  • murid-murid yang mempunyai masalah kesihatan tidak dibenarkan berlari
  • memakai kasut dan pakaian sukan
  • berlari disebelah bahu jalan sahaja
  • mendapatkan gula-gula bagi setiap check point
  • tidak menolak atau berebut-rebut semasa permula larian
Para peserta juga dimaklumkan tentang sistem pemarkahan. Hadiah akan diberi kepada peserta yang mendapat tempat pertama sehingga perserta ke-20 bagi setiap kategori. Peserta pertama akan mengumpul 20 markah, perserta kedua 19 markah dan seterusnya.

Sebaik sahaja selesai taklimat, para peserta diambil-alih oleh Cikgu Ismail untuk sesi memanaskan badan dan regangan otot. Selasa 20 minit para peserta membuat aktiviti memasnaskan badan sementara menunggu pegawai polis yang bertugas datang. Kelihatan para peserta teruja melakukan aktiviti ini.

Pada jam 8.43 pagi, Guru Besar melapaskan kategori pertama iaitu kategori 3L diikuti dengan kategori 3P pada jam 8.46 pagi. Kategori 4L dilepaskan pada jam 8.53 pagi diikuti dengan kategori 4P pada jam 8.56 pagi.


Taklimat awal oleh Cikgu Mohamad Ehsan

Hakim Penamat siap sedia dengan tempat dan borang keputusan

Aktiviti memanaskan badan dikendalikan oleh Cikgu Ismail Ibrahim

Cikgu Mohamad Ehsan dan Ustaz Azmir Helmi siap sedia dengan pelekad Check Point

Guru Besar En. Md Daud b. Md Nor melepaskan peserta larian

Larian yang bersemangat bagi kategori 4L


Check Point Pertama (4P,4L, 3P dan 3L)

Check Point ke-2 Kelas 4L, 3P dan 3L

Peserta larian mula terasa keletihan

Antara peserta kelas 4P yang mula sampai

Sangat-sangat letihdan tidak berdaya


Keputusan Rasmia Acara Merentas Desa 2014

Pada jam 9.10 pagi para peserta sudah mula tiba diperkarangan sekolah. Semua peserta tiba di perkarangan sekolah pada jam 9.30 pagi. Para peserta diberi rehat seketiga dan diberi minuman sirap. Selepas waktu rehat pada jam 10.45 pagi telah dirancang juga acara sukaneka untuk murid-murid tahun 1 dan 2 telah dijalankan. Murid-murid dibahagikan kepada 4 kumpulan di mana setiap kumpulan terdiri daripada 5 orang ahli. Acara boling yang menggunakan bola baling dan botol air telah memberi keceriaan dalam kalangan murid-murid sama ada yang terlibat atau pun murid-murid yang menonton. Kumpulan yang berjaya menjatuhkan botol minuman terbanyak akan dikira sebagai pemenang. Sebanyak 3 frame diberikan atau 3 kali balingan diberikan kepada setiap peserta dalam satu-satu kumpulan.





Murid-murid tahun 6 juga telah diberi peluang dalam acara sukaneka ini bagi menghilangkan tekanan dalam PdP. Murid-murid tahun 6 lelaki menyertai aktiviti ini secara berpasangan dengan menendang bola ke arah botol air. Botol air yang terbanyak berjaya dijatuhkan maka pasangan tersebut akan dikira sebagai pemenang. Manakala peserta perempuan pula dikehendaki menggoleh bola ke arah botol menggunakan tangan kiri dan tangan kanan bagi peserta yang menulis tangan kiri. Pemenang dikira seperti peserta lelaki. Selepas sahaja tamat permainan ini pada jam 12.45 tengah hari, semua murid dilatih latihan kawad untuk acara perhimpunan rasmi unit beruniform pada keesokan harinya. Cikgu Ismail yang mengendalikan aktiviti ini.



Sukaneka Murid-murid Tahun 6 (Lelaki)

Sukaneka Murid-murid Tahun 6 (Perempuan)

Teruja barisan penyokong

Latihan Perhimpunan Mingguan Unit Beruniform (Diketuai Unit Uniform Pengakap)

Latihan Nyanyian Lagu dan Menaikkan Bendera


Majlis bersurai pada jam 1.15 petang. Murid-murid diberi minuman susu (PSS).

Pihak sekolah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada semua murid yang mengambil bahagian dalam acara yang dipertandingan. Ucapan tahniah juga diucapkan kepada semua guru dan staf yang terlibat dalam menjayakan program pada hari tersebut.


KEPUTUSAN / SENARAI NAMA PEMENANG ACARA MERENTAS DESA






Monday, May 12, 2014

Mesyuarat Acara Merentas Desa SKST B2014

Tarikh : 08 Mei 2014
Masa  : 1.15 Petang
Tempat : Bilik Gerakan SKST


Mesyuarat JK Merentas Desa telah diadakan seperti tarikh yang dinyatakan. Tujuan mesyuarat memberikan maklumat dan senarai tugas yang perlu dilaksanakan oleh guru-guru dan warga sekolah lain yang terlibat. Dalam mesyuarat ini, GB telah mencadangkan pemberian gula-gula sebagai ganti kepada kad di stesen check point yang ditetapkan.

En. Mohd Navawi b. Hamid (PKKK) memaklumkan bahawa murid-murid yang terlibat ialah murid tahun 3 dan 4 bagi kategori 4P dan 4L manakala murid tahun 5 dan 6 pula kategori 3P dan 3L. Laluan larian sejauh 3 km untuk kategori 3L (melalui Masjid Kg. Huma) dan laluan 3P dan 4L (rumah Encik Hashim) adalah sama (2.5 km). Jarak larian  terpendek sejauh 2 km untuk kategori 4P (laluan rumah Ustazah Ruzaini).

Dalam mesyuarat ini juga dimaklumkan tentang pengurusan data sekolah oleh Encik Aminuddin b. Hj Abidin. Beliau memaklumkan tentang sistem pemarkahan SAPS. Markah tahun 5 dan 6 perlu dimasukkan melalui sistem ini. Manakala tahun 1, 2, 3 dan 4 tidak diwajidkan memakukan markah melalui sistem ini. Selain itu, beliau memohon guru-guru yang berkaitan dengan sistem online ini perlu mengambil tindakan yang proaktif iaitu dengan menyiapkan maklumat yang diperlukan lebih awal daripada tarikh tutup sistem omline yang berkaitan. Beliau sekali lagi memohon markah LINUS tahun 1, 2, dan 3 perlu dimasukkan sebelum 12 Mei 2014.

Mesyuarat pada kali ini juga membincangkan tentang Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah. Senarai tugas dan jawatankuasa diedarkan kepada semua guru dan staf. Mesyuarat memutuskan sambutan Hari Guru Perinkat Sekolah diadakan pada 18 Mei 2014 (Ahad) iaitu sehari sebelum Peperiksaan Pertengahan Tahun. Mesyuarat juga memutuskan semua guru memakai pakaian batik bertemakan warna biru.

Guru Besar memaklumkan tentang petugas POT iaitu saudara Mohd Zahid. Beliau akan membantu Guru PSS dan Guru Data. Sebelum mesyuarat ditangguhkan GB mencadangkan untuk membuat uniform batik sekolah. Mesyuarat sebulat suara bersetuju dengan cadangan ini.