Wednesday, September 17, 2014

Penyampaian Hadiah Sempena Bulan Kemerdekaan

Majlis penyampaian hadiah ini disempurnakan oleh Encik Aminuddin bin Abidin iaitu PK1 bagi menggantikan Tuan Guru Besar yang tidak dapat hadir dalam majlis pada hari tersebut kerana terlibat dengan urusan UPSR di Bilik Kebal PPDKS. Majlis tersebut diadakan dalam perhimpunan mingguan ke-34 pada 07 September 2014 yang lalu. 

Kelas yang terpilih sebagai pemenang dinilai berdasarkan kebersihan, disiplin murid dan tatahias yang bertemakan bulan kemerdekaan. Setiap kelas yang dinobatkan sebagai pemenang menerima sebuah hemper.


Pengacara Majlis


Ucapan Guru Bertugas



Johan : Tahun 3 Sentosa

Naib Johan : Tahun 6 Sentosa


Ketiga : Tahun 5

Ucapan Guru Penolong Kanan Pentadbiran








Program Bacaan Yasin Perdana dan Solat Hajat UPSR 2014

Tarikh : 07 September 2014
Masa : 03.00 Petang
Tempat : Masjid Kampung Hutan, Simpang Tiga Padang Hang

Anjuran :
Panitia Pendidikan Islam, Unit Bimbingan dan Kaunseling, Jawatankuasa Penungkatan UPSR


Tanggal 07 September 2014, telah diadakan Program Bacaan Yasin Perdana dan Solat Hajat UPSR 2014 bersama waris SKST. Program yang dijalankan di Masjid Kampung Hutan telah berjalan dengan lancar. Imam masjid tersebut yang mengetuai perjalan majlis. Semua murid tahun 6 dan para waris hadir pada hari tersebut. Majlis dimulakan dengan aluan ucapan pengerusi majlis dan diikuti dengan bacaan Yasin, Solat Hajat dan Solat Asar yang dipimpin oleh Tuan Imam Masjid Kampung Hutan. Setelah selesai solat Asar, para jemputan menikmati jamuan yang disediakan.

Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah S.W.T. kerana telah mempermudahkan perjalan majlis pada hari tersebut. Semoga doa yang dihajati akan diberkati oleh Allah S.W.T.

Pihak sekolah merakamkan setinggi penghargaan kepada Tuan Imam Masjid Kampung Hutan, Jawatankuasa Masjid, para guru dan para waris dan semua murid yang hadir dapam menjayakan majlis pada hari tersebut. Diharapkan para calon UPSR SKST dapat menduduki peperiksaan dengan tenang dan tabah serta mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan tersebut. Insyaallah, Allah sentiasa mendengari doa umatNYA.












Kem Bestari Solat Tahap 1 Fasa Ke-3

Tarikh : 05 September 2014
Masa : 7.45 pagi - 12.15 tengah hari
Tempat : Dewan Sri Bayu SKST

Anjuran : Panitia Pendidikan Islam, Bahasa Arab dan j-QAF
Sasaran: Semua Murid Tahun 1, 2 dan 3


Alhamdulillah, syukur kepada Allah swt kerana dengan kezinanNYA dapat juga dilaksanakan program kem Bestari Solat Fasa 3 ini dengan jayanya. Program yang bermula seawal jam 7.45 pagi dimulakan dengan sesi pendaftaran peserta. Para peserta yang hadir diberi sebuah fail. Kemudian murid dibahagikan mengikut kumpulan. Sesi pendaftaran peserta tamat pada jam 8.30 pagi.

Sesi kedua bermula pada jam 8.30 pagi. Sesi yang dimaksudkan ialah Taklimat Kem Bestari Solat dan Kem Komanden yang dikendalikan oleh Puan Rufaidah bt. Ahmad iaitu Guru j-QAF SKST. Pada masa ini, murid-murid telah ditempatkan mengikut kumpulan masing-masing. Kemudian, murid-murid melihat tayangan cd tentang cara-cara mengambil wuduk dan bersolat. Tayangan berlangsung selama sejam. Murid diberi rehat pada jam 10.00 pagi.









 Sesi seterusnya terbahagi kepada 3 bahagian iaitu LDK 1 (niat dan doa wuduk), LDK 2 (bacaan dalam solat) dan LDK 3 (amali solat). Setiap sesi LDK ini dikendalikan oleh guru yang ditetapkan. Aktiviti dijalankan di kelas, dewan dan surau.




Foto di atas merupakan antara aktiviti LDK yang dijalankan. Sesi ini dijalankan sehingga murid bersurai pada jam 12.15 tengah hari.


AJK Kem Bestari Solat Fasa 3 (Tahap 1)


Pihak sekolah merakamkan setingg-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua guru dan juga jawatankuasa yang terlibat dalam menjayakan program tersebut.

Taklimat Praperlaksanaan Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan

Tarikh : 04 September 2014
Masa : 12.45 Tengah hari hingga 2.45 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat SKST

Pengerusi/Penceramah : Encik Aminuddin b. Hj. Abidin (PK1)







Saturday, September 6, 2014

Sambutan Hari Kemerdekaan Ke-57

Tarikh : 28 Ogos 2014
Masa : 11.15 pagi
Tempat : Dewan Seri Bayu SKST









Persembahan Koir Tahun 2S



Persembahan Koir 3 Sentosa


Persembahan Koir 3 Tekun

Persembahan Koir Tahun 4 Sentosa




Persembahan Koir Tahun 4 Tekun


Persembahan Koir Tahun 5Sentosa