Tuesday, February 17, 2015

MAJLIS UKHWATUL HASANAH SKST

Tarikh : 22 Januari 2015
Tempat : Royal Kedah Club Restaurant
Masa : 3.30 petang
Anjuran : Kelab Guru dan Staf Sekolah

Majlis pada hari tersebut dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Azmir Helmi. Kemudian semua yang hadir dijemput untuk menikmati hidangan yang disediakan. Kemudian majlis diteruskan dengan ucapan En. Md Daud b. Md Nor selaku mantan Guru Besar yang lalu. Beliau menceritakan banyak pengalaman yang pernah beliau tempuhi sehinggalah pengalaman berada selama seminggu di sekolah baharu. Begitu juga dengan ucapan Cikgu Ismail. Beliau mengucapkan terima kasih kepada semua guru dan memohon kemaafan atas silap dan salah sepanjang beliau berkhidmat di SKST. Bagi beliau, di mana kita ditempatkan tugas yang dipertanggungjawabkan dan diamanahkan tetap sama dan perlu dilaksanakan dengan penuh berintegriti.

Ucapan terakhir disampaikan oleh Encik Kholib b. Abd Hamid selaku Guru Besar Baharu SKST bagi menggantikan En. Md Daud b. Md Nor. Beliau memaklumkan akan meneruskan program yang telah dirancang dan akan membuat penambahbaikan bagi meneruskan kesinambungan yang lebih cemerlang.

Tuan Pengurusi Kelab Guru dan Staf merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada En. Md Daud b. Md Nor selaku mantan Guru Besar SKST dan Cikgu Ismail b. Ibrahim atas sepanjang perkhidmatan di SKST dan memohon kemaafan bagi warga SKST sekiranya berlaku kekurangan dan keterlanjuran kata sepanjang berkhidmat di SKST. Ucapan selamat bertugas juga diucapkan kepada Guru Besar Baharu iaitu Encik Kholib b. Abd Hamid yang baru memulakan khidmat di SKST. Semoga dengan kehadiran beliau dapat meningkatkan dan melonjakkan lagi prestasi SKST.















Acara Akhir Kejohanan Balapan dan Padang SKST Kali Ke-40

Acara akhir bagi acara padang Kejohanan Balapan dan Padang SKST telah diadakan pada 11 Februari 2015. Acara yang sepatutnya bermula lebih awal sehari terpaksa ditunda kerana ramai murid yang terlibat dengan Kejohanan Balapan dan Padang Peringkat PKG Alor Janggus yang bermula pada 9 dan 10 Februari 2015. 

Acara bermula pada jam 5.30 petang. Antara acara yang dipertandingan pada hari tersebut ialah:

Kategori 5L & 5P:
  • Lompat Jauh
  • Lontar Peluru
Kategori 4L & 4P:
  • Lompat Jauh
  • Lontar Peluru
  • Lompat Tinggi
Setiap rumah dikehendaki menghantar 2 orang wakil bagi setiap kategori yang dipertandingkan. Pada hari tersebut sebanyak 10 pingat emas, perak dan gangsa dipertandingkan.

Rumah Kuning telah mendahuli rumah lain dengan menggondol 5 pingat emas diikuti oleh rumah kuning 3 pingat emas dan rumah biru 2 pingat emas.

Acara saringan balapan tidak dapat disudahkan pada hari tersebut dan diteruskan pada keesokkannya.















Majlis Pelancaran Waves Of English

Majlis pelancaran program ini telah diadakan pada 10 Februari 2015 yang lalu. Program bermula pada jam 7.30 pagi. Cikgu Abdul Rani b. Ahmad yang mengendalikan majlis pada hari tersebut. Majlis dimulakan dengan bacaan doa yang dipimpin oleh Ustaz Azmir Helmi b. Abdul Halim. Kemudian murid menyanyikan lagu "Negaraku", "Sentiasa Mendahului" dan "Pendidikan Cemerlang Kedah Gemilang". Kemudian majlis diteruskan dengan ucapan awal tentang program oleh adik Nur Shukirah bt. Ghani dan ucapan penyelaras program iaitu Pn. Norlaili bt. Ali serta diikuti oleh ucapan Perasmian Tuan Guru Besar iaitu En. Kholib bin Abd Hamid.

Sebaik sahaja tamat ucapan perasmian Guru Besar dijemput oleh Penyelaras Program dengan diiringi oleh Guru Penolong Kanan Kokurikulum dan Hal Ehwal Murid untuk meletupakan belon sebagai gimik pelancaran dan menurunkan tandantangan pada banner program. Kemudian majlis diteruskan dengan persembahan murid Tahun 2 Sentosa dan coral speaking daripada murid-murid Tahun 5 Sentosa. Program berakhir pada jam 8.20 pagi.

















Kejohanan Balapan dan Padang Peringkat PKG Alor Janggus

Kejohanan balapan dan padang pada kali ini diadakan pada 8 dan 9 Februari 2015 yang lalu. Kejohanan kali ini telah diadakan di SK Seri Perdana. Pihak sekolah telah menghantar seramai 15 orang atlet dalam acara 100m Kelas 4P, 4L, 5P dan 5L. 200m Kelas 4P dan 4L. Acara lain ialah acara lompat jauh dan lontar peluru kategori kelas 4P, 4L. Satu kategori lagi ialah acara lompat tinggi yang hanya melibatkan kelas 4P dan 4L. Semua acara tersebut bermula pada jam 9.00 pagi. Pada tahun ini atlet sekolah telah merangkul 1 pingat emas dan 2 perak dalam acara lontar peluru kelas 4P (Hauna Hanis bt. Ahmad), Lompat jauh dan 80 meter (Muhammad Arif b. Ahmad Tarmizi). Acara balapan berjaya menunjukkan peningkatan.

Berikut adalah senarai atlet sekolah yang menyertai kejohanan Balapan dan Padang Peringkat PKG Alor Janggus:

Kategori 5L dan 5P
1. Muhammad Arif b. Ahmad Tarmizi
  • 80 m (perak)
  • 100 m (ke-4 : akhir)
  • Lompat Jauh (perak)
2. Muhammad Irfan b. Kamaruzaman
  • 80 m (saringan 2)
  • 100 m (ke-5 : akhir)
3. Nur Anis Syazana bt. Hanizan
  • 80 m (akhir)
  • 100 m (akhir)
Kategori 4L dan 4P
1. Muhammad b. Muhd Rashid
  • 100 m (tidak menyertai)
  • 200 m (saringan 1)
2. Muhammad Naqiyuddin b. Nasrun
  • 200 m (ke-5 : akhir)
3. Nur Aiman Hijazi b.Tajuddin
  • 100 m (tidak menyertai)
  • Lompat Jauh (penyertaan)
4. Muhammad Haikal Ikhwan b. Roslan Apandi
  • Lompat Tinggi (penyertaan)
5. Akmal Rizal b. Che Dan
  • Lompat Tinggi (Penyertaan)
6. Nurul Huda bt. Ismail
  • 100 m (ke-3: saringan 1)
  • 200 m (ganti - Rasmina)
7. Nur Fazmin Izalia bt. Roshidi
  • 100 m (ke-3 saringan 2)
  • 200 m (ke-4 separuh akhir)
8. Hauna Hanis bt. Ahmad
  • Lontar Peluru (akhir - emas)
9. Fatin Nur Aleesya bt. Rusdi
  • Lompat Jauh (penyertaan)
10.Nur Rasmini bt. Rashidi (pengganti Nurul Huda Ismail)
  • 100 m (simpanan)
  • 200 m (ke-3 saringan 1)

Tahniah kepada atlet-atlet yang berjaya merangkul pingat dalam Kejohanan Balapan dan Padang Peringkat PKG Alor Janggus. Terima kasih juga kepada atlet lain yang menyertai acara yang dipertandingkan. Walaupun kurang bernasib baik, anda semua telah menunjukkan kesungguhan yang sangat tinggi dalam memberi persaingan kepada atlet sekolah lain. Admin berasa bangga dengan sikap kesungguhan anda semua. Terima kasih.






 



Program Mentor Mentee Tahun 6



Pelancaran Program Mentor Mentee ini telah diaadakan pada 09 Februari 2015 yang lalu pada jam 7.30 pagi. Program ini dirasmikan oleh Tuan Guru Besar iaitu En. Kholib bin Abd Hamid.Majlis seperti biasa dimulakan dengan bacaan doa yang dipimpin oleh Tn. Hj. Zolkefali b. Hj. Hanafi. Kemudian diikuti dengan ikrar murid dan nyanyian lagu "Negaraku", "Pendidikan Cemerlang Kedah Gemilang" dan "Sentiasa Mendahului".

Program yang dianjurkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling serta Jawatankuasa Tahun 6 kali ini dilaksanakan lebih awal berbanding tahun lalu. Pn. Amuzaida bt. Ahmad selaku guru Kaunseling telah membuat perubahan dalam pembentukan kumpulan mentor dan mentee pada kali ini. Bilangan guru telah ditambah dalam satu kumpulan iaitu 2 orang guru bersamaan 6 orang murid.

Bilangan murid Tahun 6 kali ini berkurangan daripada 51 orang pada tahun 2014 kepada 27 orang pada tahun ini. Bilangan yang sedikit ini boleh memberi impak yang besar jika murid gagal dalam subjek tertentu. Oleh itu, perancangan yang rapi telah disusun bagi membolehkan para murid tahun ini mencapai sasaran yang ditetapkan.


Pada hari tersebut juga telah diadakan juga ikrar mentor yang berjanji akan menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab dan dapat menyimpan kerahsian mentee serta berintegriti. Bacaan ikrar ini diketuai oleh Cikgu Samsuddin bin Mustaffa. Selepas bacaan ikrar guru, Adik Afnan bin Omar mengetuai bacaan ikrar murid di hadapan semua guru dan murid-murid di tahun yang lain.

Kemudian majlis diteruskan dengan penyerahan mentee kepada mentor yang disempurnakan oleh Tuan Guru Besar. Setiap mentor diberi fail maklumat berkaitan prestasi murid untuk dianalisis oleh guru berkaitan.



























Bantuan Minuman Milo

Pada 05 Februari 2015 yang lalu, Syarikat Milo telah memberikan sumbangan minuman Milo kepada semua murid SKST serta semua warga sekolah yang lain. Sumbangan yang diberikan ini bermula pada jam 9.30 pagi bertempat di perkarangan kawasan sekolah. Sebelum itu, murid-murid yang hendak mendapatkan secawan milo diminta melompat di atas pelapik yang berbentu tayar yang ditulis dengan beberapa perkataan untuk mendorong murid melakukan aktiviti. Kemudian, murid-murid dikehendaki melalui halangan "Lenturkan Badan Anda".Permainan yang disediakan ini sangat menarik dan menyeronokan.

Pihak sekolah merakamkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Syarikat Milo yang sudi datang memberi sumbangan tersebut.
















Bantuan Persekolahan 2015

Tarikh : 22 Januari 2015
Masa : 12.00 tengah hari
Tempat :  Sekolah Kebangsaan Simpang Tiga






Taklimat awal oleh En. Mohd Navawi b. Hamid (PKKK) tentang jawatan kuasa Kejohanan Balapan dan Padang serta makluman tetang pemberian wang bantuan persekolahan oleh Tuan Guru Besar iaitu Encik Kholid b. Abd Hamid.

Pada tahun ini, pemberian wang awal bantuan persekolahan disampaikan terus oleh guru kelas kepada pada waris. Waris hanya perlu menyediakan salinan kad pengenalan dan buku bank anak jagaan masing-masing sebagai kepastian pihak pentadbir. Para waris yang hadir diberi wang tersebut bermula pada jam 12.00 tengah hari di kelas anak jagaan masing-masing