Tuesday, March 17, 2015

MAJLIS PERPISAHAN PEMBANTU TADBIR

TARIKH : 11 MAC 2015
TEMPAT : THE PUTERI RESTAURANT GUNUNG KERIANG
MASA : 3.30 PETANG

Pada tahun ini sehingga bulan Mac sudah tiga orang warga SKST telah berpindah tempat bertugas yang baharu. Mereka yang dimaksudkan ialan En. Md Daud bin Md Nor (GB), En. Ismail b. Ibrahim dan terkini En. Mohd Hafizuddin b. Yusuf iaitu Pembantu Tadbir Sekolah. Beliau diarahkan untuk bertugas di JPN Kedah pada awal Mac 2015. Pihak sekolah sekali lagi berasa kehilangan besar atas pertukaran ini terutamanya bagi pihak pentadbiran. Namun begitu, pihak sekolah terpaksa akur dengan apa yang berlaku demi memikul tanggungjawab yang diamanahkan.Walau bagaimanapun, semua warga SKST berasa bertuah dan beryukur kerana telah mendapat Guru Besar baharu dan seorang guru j-QAF bagi menggantikan guru yang bertukar keluar. 

Warga sekolah SKST merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada En. Mohd Hafizuddin bin Yusuf atas sepanjang perkhidmatan beliau di SKST selamanya. Sesungguhnya, pegala pengorbanan dan sumbangan tanaga dan masa anda di sini amat-amat dihargai. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas segala kebaikan yang anda taburkan. Kami warga SKST mendoakan agar anda akan terus berkhidmat dengan penuh dedikasi dan berintegriti walau di manapun anda di tempatkan. 


Aluan Pengerusi Kelab Guru dan Staf SKST


Bacaan Doa yang dipimpin oleh Ustaz Azmir Helmi bin Abd Halim


Ucapan yang diraikan iaitu En. Hafizuddin bin Yusuf


Ucapan Guru Besar 






Penyampaian Cenderahati daripada Pihak Sekolah 



KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG MAJLIS SUKAN SEKOLAH DAERAH KOTA SETAR

TARIKH : 2 - 6 MAC 2015
TEMPAT : STADIUM DARUL AMAN
MASA : 8.00 PAGI - 5.30 PETANG

Taniah diucapkan kepada adik Mohamad Arif bin Ahmad Tarmizi dan adik Hauna Hanis bt. Ahmad yang telah berjaya memenangi pingat dalam kejohanan tersebut. Mohamad Arif bin Ahmad Tarmizi telah memenangi 1 pingat emas dalam acara lompat jauh kelas 5L (jarak lompatan 3.93 m) dan peingat perak dalam acara 4 x 100 meter kelas 5L manakala adik Hauna Hanis bt. Ahmad telah memenangi pingat gangsa dalam cara lontar peluru (jarak 6.78 meter) kelas 4P.



Lompat Jauh Kelas 5L

Para peserta Lontar Peluru Kelas 4P menunggu keputusan diumumkan 
oleh pegawai pertandingan
















Wednesday, March 4, 2015

Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-35

Tarikh : 02 Mac 2015
Masa : 2.30 Petang
Tempat : Dewan Seri Bayu SKST
Perasmian Oleh :
Dato' Othman bin Hj. Aziz, DSDK., BKM.,
Ahli Parlimen Jerlun Merangkap Pengerusi MADA













Motivasi Waris Penjana Murid Cemerlang Tahun 6

Tarikh : 25 Februari 2015
Hari : Rabu
Masa : 11.00 pagi hingga 12.30 Tengah hari
Tempat : Bilik Tayangan SKST

Anjuran Bersama : Unit Bimbingan & Kaunseling dan JK Peningkatan UPSR

Penceramah : En. Hamdan bin Abdullah (Penceramah Bebas)


Tuesday, February 24, 2015

KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG SKST KALI KE-40

Alhamdulillah dan syukur kehadrat Illahi kerana dipermudahkan segala usaha dalam melaksanakan Kejohanan Balapan dan Padang Peringkat Sekolah dengan jayanya. Kejohanan Balapan dan Padang SKST kali ini diadakan pada 17 Februari 2015 yang lalu. Atur cara kejohanan bermula pada jam 2.30 petang. Pada kali ini, perasmian Kejohanan Balapan dan Padang SKST telah dirasmikan oleh Encik Rozairi bin Abd. Rahman (AJK UMNO Bahagian Kuala Kedah / Pegawai JASA DUN Kubang Rotan). Beliau telah menggantikan Y.Bhg. Encik Shahron Nizan b. Mohamad Zain (Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kuala Kedah) yang tidak dapat hadir pada hari kejohanan kerana menghadapi masalah kesihatan. YDP PIBG iaitu Tuan Hj. Rodzi bin Ahmad turut hadir pada hari tersebut.




Acara dimulakan dengan perarakan masuk peserta perbarisan yang dimulakan dengan Pasukan pengakap diikuti oleh rumah Merah, Biru, Hijau dan Kuning. Peserta pebarisan diserikan lagi dengan beberapa maskot dan pembawa pelekat yang  berpakaian yang berwarna warni pada hari itu. Muzik berentak march yang dimainkan dapat menaikkan semangat peserta perbarisan dan memeriahkan suasa perarakan masuk para peserta perbarisan.







Kemudian acara diteruskan dengan bacaan doa yang dipimpin oleh Ustaz Azmir Helmi bin Abd Halim. Kemudian, Encik Rozairi bin Abd. Rahman (AJK UMNO Bahagian Kuala Kedah / Pegawai JASA DUN Kubang Rotan) merasmikan Kejohanan Balapan dan Padang SKST Kali Ke-40. Guru Besar menyampaikan cendehati kepada Encik Rozairi bin Abd. Rahman sebagai tanda penghargaan kerana sudi menghadirkan diri untuk merasmikan kejohanan sukan pada kali ini.




Seterusnya, Adik Muhammad Afnan bin Omar membacakan Ikrar Kejohanan sebagai tanda bermulanya Kejohanan Balapan dan Padang pada tahun ini. Beliau diiringi oleh pembawa bendera rumah Merah, Biru, Hijau dan Kuning. Sebaik sajaha tamat bacaan ikrar, peserta perbarisan bergerak keluar menuju ke khemah rumah sukan masing-masing.






Para peserta pertandingan acara padang menerima hadiah sebelum bermulanya acara 80m bagi kategori 5P dan 5L. Hadiah disampaikan oleh Encik Rozaimi bin Abd. Rahman dengan diiringi oleh Tuan Guru Besar dan YDP PIBG SKST.










Tuesday, February 17, 2015

Raptai Kejohanan Balapan dan Padang Kali Ke-40

Tarikh : 15 Februari 2015
Tempat : Padang Sekolah
Masa : 8.15 pagi - 9.45 pagi


Taklimat awal oleh En. Mohd Navawi b. Hamid (PKKK) tentang tugasan dan perjalanan Raptai Kejohanan Balapan dan Padang Kali Ke-40.




Raptai Kejohanan Balapan dan Padang bermula pada jam 8.30 pagi. Semua peserta perbarisan berkumpul di padang sekolah.


Ustaz Azmir Helmi membacakan doa dan menjadi perasmi kejohanan.



 Pergerakan perbarisan dimulakan dengan Pasukan Pengakap yang terdiri daripada 7 orang ahli. Kemudian diikuti oleh rumah Merah, Biru, Hijau dan Kuning. Pembaca Ikrar Kejohanan diketuai oleh Adik Muhammad Afnan bin Omar.













Sebelum rehat, Cikgu Ehsan menyampaikan taklimat dan pesanan kepada para peserta perbarisan dan juga peserta pertandingan yang terlibat dalam acara larian peringkat akhir.