Wednesday, April 8, 2015

LATIHAN KEBAKARAN

Tarikh : 09 April 2015
Masa : 8.00 pagi
Tempat : Padang Sekolah



















Gotong - Royong Unit Berniform

Tarikh : 08 April 2015
Masa : 7.45 pagi
Sasaran : Semua murid tahap 2







Perjumpaan Waris Tahun 6



Tarikh : 07 April 2015
Masa : 12.00 Tengah hari
Tempat : Dewan Seri Bayu SKST

Kehadiran : 
Murid : 27 / 27 Orang
Waris : 25/27 Orang

Agenda Perjumpaan:
1. Ucapan Guru Besar
2. Analisis Peperiksaan Modul Aspirasi Juara 1
3. Perancangan masalah murid gagal 1 subjek














Ujian SEGAK (PAJSK)


Tarikh : 07 April 2015
Masa : 7.45 pagi
Tempat : Dewan SKST
Tahun : 5 Sentosa

Guru Penilai: 
1. Mohamad Ehsan b. Saad
2. Adibah bt. Ismail











Tuesday, April 7, 2015

Majlis Perpisahan Encik Aminuddin dan Cikgu Rohaizam

Tarikh : 31 Mac 2015
Masa : 3.30 petang
Tempat : Hotel Tabung Haji














 

 




PENYAMPAIAN SIJIL PENYERTAAN MTQ PKG ALOR JANGGUS

Tarikh : 29 Mac 2015
Masa : 7.45 pagi
Tempat: Dewan Seri Bayu SKST


Tahniah diucapkan kepada pasukan nasyid sekolah yang berjaya mendapat tempat ketiga dalam pertandingan tersebut. Kepada peserta yang kurang berjaya diharap tidak berputus-asa  dan sentiasa meningkatkan lagi usaha untuk mencapaikan kejaya yang lebih cemerlang pada masa hadapan.












Antara foto pertandingan MTQ PKG Alor Janggus yang berlangsung pada 22 Mac 2015 di SK Alor Janggus.






HARI TERAKHIR ENCIK AMINUDDIN (PK1) BERSAMA WARGA SKST

Tarikh : 25 Mac2015
Masa : 12.45 Tengah hari
Hari : Rabu
Tempat : Dewan Seri Bayu SKST


Pada hari Ahad, jam seawal pagi lagi Encik Aminuddin b. Hj. Abidin dan Cikgu Rohaizam telah mendapat panggilan telefon daripda PPD. Mereka berdua bergegas ke PPDKS untuk mendapatkan berita berita yang masih berlegar-legar di dalam fikiran. Apa yang mengejutkan, berita yang diperoleh adalah surat pertukaran ke SK Alor Setar (En. Aminuddin b. Abidin) dan PPDKS bahagian AADK (Cikgu Rohaizam b. Othman). Memo pertukaran tersebut berkuatkuasa pada 16 Mac 2015.

Oleh kerana masa yang begitu singkat, sempat juga pihak sekolah mengatur majlis perpisahan yang agak ringkas tetapi penuh bermakna bersama murid-murid dan warga SKST. Majlis ini bermula pada jam 12.45 tengah hari di Dewan SKST. YDP PIBG juga turut serta dalam majlis yang diadakan ini, Majlis dimulakan dengan bacaan doa yang dipimpin oleh Ustaz Azmir Helmi b. Abd Halim. Majlis diteruskan dengan ucapan Guru Besar.

Ucapan yang dinanti-nanti dalam majlis tersebut iaitu ucapan Encik Aminuddin b. Hj. Abidin. Ucapan yang penuh bermakna dan tersekat-sekat kerana kesedihan untuk meninggalkan SKST itu menyebabkan semua warga SKST berasa agak terharu. Banyak pesanan yang disampaikan oleh beliau kepada murid-murid SKST terutamanya berkaitan solat, mentaati ibu dan guru-guru serta rajin dalam pelajaran. Sebelum berakhir majlis ini, semua murid berbaris dan bersalaman dengan Encik Aminuddin.

Pihak sekolah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas sumbangan dan khidmat yang diberikan sepanjang berkhidmat selama setahun di SKST.