Monday, February 29, 2016

Kejohanan Sepak Takraw Peringkat Daerah Kota Setar

Tarikh : 18 Februari 2016
Tempat ; Kompleks Belia dan Sukan Alor Setar
Masa : 8.30 pagi

Seramai 4 orang murid SKST telah menyertai kejohanan Sepaktakraw MSSD Kota Setar. Mereka ialah:

1. Muhammad Haikal Ikhwan bin Roslan Apandi
2. Muhammad Naqiuddin bin Mohd Nasrun
3. Muhammad Azam bin Azmi
4. Muhammad Azim bin Azmi

Sekalung tahniah diucapkan kepada semua pemain sepak takraw sekolah kerana telah berjaya sehingga ke pusingan kedua dalam pertandingaan peringkat MSSDKS pada tahun ini. Walaupun tidak berjaya menjuari pertandingan tersebut, usaha kalian dalam mengharumkan nama sekolah dan keluarga amat dihargai oleh warga sekolah. Semoga kalian akan terus berusaha pada masa hadapan untuk memperoleh kejayaan yang lebih cemerlang.




Motivasi Waris dan Murid Tahun 6

Tarikh : 18 Februari 2016
Masa : 11.00 pagi
Tempat : Makmal ICT SKST

Anjuran : Unit Bimbingan & Kaunseling dan Jawatankuasa Peningkatan Tahun 6













Bola Baling Peringkat Daerah Kota Setar

Tarikh 18 Februari 2016
Masa : 8.00 pagi
Tempat : SK Seri Perdana dan SMK Mergong















Kejohanan Balapan dan Padang PKGAJ

Tarikh : 15 & 16 Februari 2016
Tempat : SK Hj. Abdullah Sadun



Tahniah dan Syabas kepada semua atlet SKST!
Pada tahun ini, kontijen SKST telah berjaya merangkul 2 pingat emas dan 1 perak dalam Kejohanan Balapan dan Padang peringkat PKG Alor Janggus. Atlet yang dimaksudkan ialah:

1. Muhammad Ariff bin Ahmad Tarmizi (Lompat Jauh Kategori 4L)
2. Hauna Hanis binti Ahmad (Lontar Peluru Kategori 4P)
3. Muhammad Akmal Hazimi bin Mohd Fisol (Lompat Tinggi Kategori 5L)

Tahniah juga diucapkan kepada atlet-atlet lain yang dapat melayakkan diri ke peringkat akhir dalam kejohanan tersebut.


Penyampaian Sijil Merentas Desa

Tarikh : 14 Februari 2016
Masa : 7.45 pagi
Tempat : Dewan Seri Bayu SKST


Tahniah diucapkan kepada Adik Muhammad Arif bin Ahmad Tarmizi dan Adik Muhammad bin Mohd Rasid kerana telah mendapat kedudukan dalam kumpulan 20 pelari terbaik dalam Kejohanan Merentas Desa Peringkat Daerah Kota Setar yang berlangsung di SMK Tajar pada 01 Februari yang lalu.





Pemilihan Pasukan Bola Baling Sekolah

Tarikh Latihan Pemilihan : 01 - 13 Februari 2016

Jumlah Pemain : 14 Orang

Tarikh Perlawanan : 18 Februari 2016

Tempat : SMK Mergong Alor Setar

Peringkat : Daerah Kota Setar.




Pasukan Sepak Takraw SKST Johan PKG Alor Janggus

Tahniah! kepada pasukan sepak takraw sekolah yang berjaya menjadi Johan PKG Alor Janggus dalam pertandingan sepak takraw yang telah diadakan pada 01 Februari 2016 yang lalu. Pertandingan tersebut telah diadakan di Kompleks Belia dan Sukan Alor Setar.

Seramai 4 orang pemain sepak takraw sekolah terpilihn untuk mewakili PKG Alor Janggus ke Peringkat Daerah. Pemain yang dimaksudkan ialah:

1. Muhammad Haikal Ikhwan bin Roslan Apandi
2. Muhammad Naqiuddin bin Nasrol
3. Muhammad Azam bin Azmi
4. Muhammad Azim bin Azmi

Pihak sekolah juga merakamkan setinggi perhargaan dan terima kasih kepada jurulatih yang terlibat iaitu Cikgu Jasli bin Sudin dan Ustaz Iswardi bin Ahmad Ismara.