Thursday, January 16, 2014

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah

PADANG HANG, 16 Januari 2014M bersamaa 14 Rabiul Awal 1435 H - Kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. iaitu Nabi Akhir Zaman pada bulan Rabiul Awal ini membawa rahmat kepada sekalian alam sentiasa terus dikenang dan diraikan dengan mengadakan majlis-majlis keagamaan.

SK Simpang Tiga, tidak ketinggalan dalam sama-sama menjayakan majlis seumpamanya dengan mengadakan sambutan atau perayaan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah bagi tahun ini. Tema sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini sama seperti tahun yang lalu iaitu "Wasatiyyah Tonggak Perpaduan Ummah". 

Sebelum bermulanya majlis ini, murid berkumpul seperti biasa di Dewan Seri Bayu untuk menjalankan perhimpunan pagi dan mengambil kehadiran murid. Jam 8.10 pagi semua murid diberi taklimat tentang aktiviti yang akan dijalankan oleh Ustaz Azmir Helmi. Murid diedarkan lembaran kertas selawat ke atas Nabi dan bersalawat bersama-sama Ustaz Azmir Helmi. Kemudian murid dibawa berbaris di luar dewan untuk memulakan perarakan.

Pada ketika ini Cikgu Ismail mengambil alih tugas Ustaz Azmir dengan mengetuai bacaan selawat ke atas Nabi. Tugas ini dilaksanakan secara bergilir-gilir bersama Ustaz Azmir Helmi. Perarakan bergerak menuju ke Surau Kampung Besar dengan diiringi oleh paluan kompang oleh 10 orang murid yang dilatih oleh Cikgu Ismail. Jam 8.30 pagi murid-murid dan guru sampai di Surau Kampung Besar dan bergerak pulang jam 8.40 pagi. 

Setibanya di sekolah, murid berehat seketika dan diberi minuman yang disediakan oleh pihak sekolah. Majlis diteruskan dengan persembahan mendeklamasikan sajak oleh adik Hauna Hanis (4S) dan Khaisatul (5S) diiukuti dengan persembahan nasyid oleh murid-murid Tahun 3,4,5,dan 6 yang dilatih oleh Ustazah Amuzaida dan Cikgu Ismail. Selain acara ini, diadakan juga pertandingan mewarna. Pertandingan ini berlangsung di dalam kelas. Selesai sahaja pertandingan mewarna, pengajaran dan pembelajadan (PdP) dijalankan seperti biasa.

Semoga program seperti ini dapat menyemarakkan lagi semangat cinta kapada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. oleh semua warga SKST dan seluruh umat islam. Insyallah.... Terima kasih kepada Panitia Pendidikan Islam dan semua warga kerja yang menjayakan program ini.




Perhimpunan Pagi (Doa, Ikrar Murid, Negaraku)

Mengambil kehadiran murid

Siap sedia memulakan perarakan

Antara pakaian cantik

Tiba di Surau Kampung Besar

Perarakan pulang

Ustaz Azmir mengetuai bacaan ikrar

Bacaan selawat diiringi dengan paluan kompang

Hampir tiba di hadapan sekolah

Minuman pembasah tekak yang disediakan oleh pihak sekolah



Pengacara Majlis Cikgu Munirah Ab. Rahim

Mendeklamasikan sajak (Hauna Hanis 4S dan Khaisatul -5S) 

Persembahan Nasyid

Murid-murid yang menghayati persembahan nasyid

Semua guru turut serta menjayakan program

Pertandingan mewarna - 3S

Tekun mewarna

Terima kasih kepada semua murid yang bersama-sama menjayakan program ini.




Monday, January 13, 2014

Cuti Umum Sempena Maulidur Rasul

Majlis sambutan Maulidur Rasul  SAW Peringkat Kebangsaan Tahun 1435H / 2014M akan diadakan pada 14 Januari 2014 bertempat di Masjid Putra, Putrajaya manakala peringkat sekolah pula akan diadakan pada hari Khamis iaitu 16 Januari 2014. Tema sambutan pada tahun ini masih dikekalkan seperti tahun lalu iaitu "Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah".

Pada hari ini merupakan hari cuti umum bagi semua negeri untuk memperingati junjungan besar kelahiran Nabi kita iaitu Muhammad SAW. 

Pihak sekolah mengambil kesempatan ini, mengucapkan selamat menyambut Maulidur Rasul kepada semua warga SKST dan seluruh umat Islam amnya. Oleh itu, sentiasalah kita berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW.







Sunday, January 12, 2014

Perhimpunan Rasmi Minggu Kokurikulum (Minggu Ke-3)

Tema : Tanggungjawab Menjaga Buku Teks

Guru Bertugas:

  • Samsuddin b. Mustaffa (K)
  • Mohamad Sofi Bin Ahmad
  • Rafizah bt. Mokhtar
  • Ku Asma bt. Ku Ahmad
Pengerusi Majlis : Mohd Loqman Zulkifli (Unit Uniform Pengakap)
Atur Cara Perhimpunan:
  • Arahan komanden (Tn Hj. Zolkafeli b. Hj Hanafi)
  • Bacaan Doa (Mohd Amsyar - Pengakap)
  • Bacaan Ikrar Murid (Mohd Naim - Pengakap)
  • Nyanyian 
  • Negaraku
  • Sentiasa Mendahului
  • Pendidikan Cemerlang Kedah Gemilang
  • Laporan guru bertugas minggu lalu - wakil murid (Mohd Asraf)
  • Ucapan guru bertugas minggu ke-3 - wakil murid (Muhammad Samsul)
  • Ucapan Guru Penolong Kanan Kokurikulum (En. Mohd Navawi b. Hamid)
  • Nyanyian Lagu Sekolah
  • Nyanyian Lagu Negeri Kedah










Thursday, January 9, 2014

Mesyuarat Peningkatan UPSR Kali Pertama 2014

Mesyuarat berlangsung pada hari ini (9.1.2014) pada jam 1.20 petang bertempat di Bilik Guru. Mesyuarat membincangkan tentang postmoterm peperiksaan UPSR yang lalu dan keputusan Akhir Tahun Murid Tahun 5 (2013). Headcount diberi penekanan untuk mengenal pasti calon dan membuat target UPSR pada tahun ini bagi mencapai hasrat Kedah Top 5.

Selain itu, dibincangkan dengan lebih mendalam akan masalah penguasaan Bahasa Inggeris yang menyebabkan murid tidak mencapai 5A disamping menjadi penentu peratus lulus keseluruhan sekolah. Guru Besar memberikan contoh program Bahasa Inggeris yang dijalankan di SK Kuala Kedah dan SK Kubang Leret. Beberapa program yang dicadangkan telah dibentang dan dipersetujui oleh semua ahli yang hadir (13 Program). Guru Besar memohon mengeluarkan analisis perbelanjaan untuk dibentangkan kepada waris pada perjumpaan akan datang. 

Mesyuarat ditangguhkan jam 2.40 petang.

Tuesday, December 31, 2013

Selamat Kembali ke Sekolah Sesi 2014

Alhamdulillah, bersyukur kehadrat Allah SWT. dengan limpah kurnia-Nya dan keizinan-Nya dapat lagi kita bernafas dan melakukan ibadah terhadap-Nya. Esok berakhirlah tahun 2013 masihi dan bermulalah tahun 2014 masihi.
Diharapkan tahun 2014 akan membawa satu tranformasi yang besar di SKST. Perlu kita ketahui bahawa "Rome Tidak Dibangun dalam Sehari".
Ayuh! kembalilah ke sekolah untuk sesi persekolahan 2014 ini dengan penuh tekat dan keazaman untuk menempah kecemerlangan dunia dan akhirat. Insyaallah...
Diucapkan selamat kembali ke sekolah kepada semua warga guru, pentadbir, staf, murid-murid dan juga ibu bapa/penjaga. Diucapkan selamat memulakan alam persekolahan kepada murid-murid tahun 1.

Monday, December 30, 2013

Pendaftaran Prasekolah dan Tahun 1 Sesi 2014

Alhamdulillah, selesai sudah satu lagi program penting pada hari ini (31.12.2013) sebelum bermulanya tahun baharu 2014. Program pendaftaran murid prasekolah dan tahun 1 sesi persekolahan 2014 dilaksanakan secara serentak. Majlis ini bermula pada jam 8.30 pagi di Dewan SKST dengan dimulakan taklimat waris tahun 1 manakala pendaftaran prasekolah dijalankan di kelas prasekolah. Pada ketika ini, murid-murid tahun  1 yang hadir ditempatkan di dalam kelas yang dikendalikan oleh Cikgu Nora'ini bt. Zainun. Cikgu Nora'ini mengendalikan majlis suai kenal bersama mereka. Majlis bersurai pada jam 11.00 pagi.


Cikgu Munirah bt. Ab Rahim yang mengendalikan majlis.

Ucapan Guru Besar (En. Md Daud b. Md Noor)
- perkenal diri sebagai GB baharu di SKST
- pohon kerjasama waris
- program KSSR

Para waris tahun 1 mendengar taklimat yang disampaikan oleh guru besar.

Ucapan Pn Che Gayah bt. Rejab (PK1)
- Penerangan tentang program PdP di dalam kelas
- LINUS dan PROTIM
- PBS

Ucapan Pn Rashadah bt. Hashim (PK HEM)
- Semakan borang
- Rekod kesihatan
- Disiplin murid

Ucapan En Mohd Navawi  b. Hamid (PKKK)
- Taklimat dan pengisian borang SARANA.

Cikgu Nora'ini menjalankan sesi suai kenal murid tahun 1

Alhamdulillah, sangat tenteram dan berdisiplin pada hari pertama ini. Semoga berterusan.

Pendaftaran Murid Prasekolah yang dikendalikan oleh Cikgu Rohaizam dan Pn Zuraida di bilik Prasekolah.

Antara para waris yang menunggu giliran pendaftaran.







Pertukaran Guru Penolong Kanan Pentadbiran

Warga Sekolah Kebangsaan Simpang Tiga sekali lagi akan kehilangan seorang guru di bahagian pentadbiran selepas pertukaran Guru Besar (En Azizan b. Nan). Guru yang dimaksudkan ialah Pn. Che Gayah bt. Rejab iaitu Guru Penolong Kanan Pentadbiran yang akan bertukar ke PPD Kota Setar setelah dinaikkan pangkat sebagai Fasi LINUS. Tarikh pertukaran beliau berkuatkuasa pada 2 Januari 2014. 

Sudah 3 tahun 6 bulan beliau bertugas di SKST. Banyak sumbangan yang telah diberikan kepada pihak sekolah sepanjang tempoh tersebut.

Warga SKST mengucapkan syabas dan tahniah kepada Pn. Che Gayah kerana telah dinaikkan pangkat sebagai Fasi LINUS di PPD Kota Setar. Semoga beliau dapat memberi sumbangan yang bermakna kepada semua warga pendidik untuk meningkatkan lagi pencapaian anak didik kita khasnya pelajar di Daerah Kota Setar. Tahniah sekali lagi, semoga terus berjaya.... insyaallah.