Monday, October 13, 2014

PROGRAM BINTANG GEMILANG TAHUN 5

Tarikh : 13-14 Oktober 2014
Masa : 07.45 pagi - 01.15 petang
Tempat : Bilik Tayangan

Penceramah:
Tarikh : 13 Oktober 2014 (Isnin)
1. Pn. Rafizah bt. Mokhtar (Matematik : 07.45 pagi - 10.15 pagi)
2. Pn. Adibah bt. Ismail (Sains Rendah : 10.45 pagi - 01.15 petang)

Tarikh : 14 Oktober 2014 (Selasa)
1. Pn. Vasuntha a/p Balakrishnan (Bahasa Inggeris : 07.45 pagi - 10.15 pagi)
2. En. Mohamad Ehsan bin Saad (Bahasa Melayu : 10.45 pagi - 01.15 petang)









Wednesday, October 1, 2014

TAKLIMAT WARIS PERMOHONAN ONLINE KE SEKOLAH KAWALAN 2015 KRK KAA SMKA

Tarikh: 2 Oktober 2014
Masa: 11.30 pagi - 1.00 petang
Tempat: Bilik Tayangan SKST


Murid-murid menunggu untuk menyambut kehadiran ibu bapa / penjaga mereka






TAKLIMAT PENGURUSAN PBS

TARIKH : 01 OKTOBER 2014
MASA : 1.30 PM - 4.30 PM
TEMPAT: BILIK MESYUARAT SKST











Monday, September 29, 2014

MINUM MILO PERCUMA

Alhamdulillah, rezeki yang tidak disangka. Pada 28 September 2014 pada jam 10.50 pagi kelihatan sebuah lori menyusur masuk ke perkarangan kawasan sekolah. Murid-murid Tahun 1 yang berada di dalam kelas mula menjengguk keadaan persekitaran. Kelihatan sudah tidak senang duduk dibuatnya. Tidak lama kemudian, datang guru bertugas (Cikgu Mohamad Ehsan) meminta murid-murid berbaris. Murid-murid melompat kegembiraan apabila diberitahu akan mendapat minuman milo percuma. Murid-murid tahun 1 dan murid-murid tahun berikutnya mula berbaris untuk mendapatkan minuman. Pada jam 12.00 ptengah hari lori yang membawa bekalan minuman beredar dari kawan sekolah. 

Pihak sekolah berasa berbesar hati dan merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada syarikat milo yang memberikan minuman percuka kepada warga SKST pada hari tersebut.


 



Thursday, September 25, 2014

Hari Susu Sekolah Sedunia Peringkat Kebangsaan

Tarikh : 24 September 2014
Hari : Rabu
Masa : 10.30 pagi
Tempat : Dewan Seri Bayu SKST











Wednesday, September 17, 2014

Penjelasan Lembaga Peperiksaan Malaysia Tentang Penangguhan Ujian Mata Pelajaran Sains , B.Inggeris, Matematik dan B.Tamil UPSR



KENYATAAN AKHBAR
KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA
BERKAITAN PEMBATALAN UJIAN MATA PELAJARAN
MATHEMATICS & BAHASA TAMIL
UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH (UPSR) TAHUN 2014

1.           Pada tarikh 21.9.2014 Lembaga Peperiksaan (LP) telah mengesahkan bahawa kertas ujian Mathematics 015/1 (SK), 025/1 (SJKC), 035/1 (SJKT), Bahasa Tamil 036, 037  bagi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2014 telah didapati bocor. 

2.           Sehubungan dengan ini, pihak LP memaklumkan bahawa kertas ujian Mathematics 015/1, 025/1, 035/1, Bahasa Tamil 036, 037 bagi UPSR tahun 2014 yang berlangsung pada 10 September 2014 adalah DIBATALKAN. Tarikh baharu bagi ujian Mathematics 015/1, 025/1, 035/1, Bahasa Tamil 036, 037  adalah pada 9 Oktober 2014 setelah mengambilkira cuti umum Hari Raya Aidil Adha, dan aspek logistik (percetakan dan pengedaran). Selain itu, KPM menegaskan bahawa peperiksaan ini dilaksanakan semula bagi memastikan pengendalian peperiksaan awam mematuhi Prosedur Operasi Standard yang telah ditetapkan di samping menjamin integriti dan kredibiliti keputusan UPSR tersebut.

3.           Saya amat memahami perasaan, keresahan dan kesulitan yang dihadapi oleh semua.  Selaku Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia saya memohon maaf kepada murid-murid, ibu bapa, guru-guru dan semua yang terlibat ekoran insiden ini.  Saya telahpun mengarahkan semua Guru Besar dan guru untuk mengenalpasti dan memberi khidmat kaunseling kepada murid-murid yang memerlukan.

4.          Dengan itu, saya telah pun mengambil alih pengawasan seluruh proses pengendalian peperiksaan awam yang dilaksanakan oleh Lembaga Peperiksaan sejak insiden kebocoran pertama dilaporkan pada 12 September 2014.

5.           Sebagai langkah serta-merta, saya sedang mengambil tindakan untuk membuat pertukaran pegawai-pegawai di Lembaga Peperiksaan bagi memantapkan lagi pengurusan dan pengendalian peperiksaan awam.  Di samping itu, saya juga mengambil langkah mengetatkan lagi semua aspek keselamatan dalam pengurusan dan pengendalian kertas peperiksaan dari peringkat Lembaga Peperiksaan sehingga ke pusat peperiksaan.

6.           Saya memberi jaminan dan komitmen bahawa insiden kebocoran kertas-kertas peperiksaan awam  tidak akan berulang.
7.           Untuk mengelakkan sebarang kekeliruan dan penyebaran berita palsu, saya menyeru pihak awam untuk melayari laman web LP www.moe.gov.my/lp untuk maklumat rasmi dan terkini berhubung perkara ini. Pihak awam juga boleh menghubungi HOTLINE UPSR 2014 LP di talian 03-88893601 @ 3551 @ 3809 @ 3520 @ 3030.

Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
22 September 2014








PENJELASAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
BERKAITAN PENANGGUHAN UJIAN MATA PELAJARAN
SCIENCE & BAHASA INGGERIS
UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH (UPSR) TAHUN 2014


1. Pada tarikh 10.9.2014 pihak Lembaga Peperiksaan (LP) telah membuat kenyataan media berkaitan Peperiksaan Science 018 (SK), 028 (SJKC), 038 (SJKT) bagi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2014 yang dijadualkan pada 11 September 2014 telah didapati bocor.

2. Ekoran kebocoran tersebut, pihak LP telah menangguhkan peperiksaan kertas tersebut dan akan diadakan pada 30 September 2014.

3. Pada 11.9.2014, pihak LP juga telah menerima laporan bahawa Kertas Peperiksaan Bahasa Inggeris 014/1 dan Bahasa Inggeris 014/2, bagi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2014 yang berlangsung pada 11 September 2014 telah juga dilaporkan bocor. LP telah menjalankan siasatan dan mendapati perkara ini adalah benar. Kertas Bahasa Inggeris 014/1 dan 014/2 adalah untuk Sekolah Kebangsaan sahaja dan tidak ada kesan terhadap kertas Bahasa Inggeris yang diduduki di SJKC dan SJKT.

4. Sehubungan dengan ini, pihak LP memaklumkan bahawa kertas peperiksaan Bahasa Inggeris 014/1 dan Bahasa Inggeris 014/2 bagi UPSR tahun 2014 yang berlangsung pada 11 September 2014 adalah DIBATALKAN. Tarikh baharu bagi peperiksaan Bahasa Inggeris 014/1 dan Bahasa Inggeris 014/2 adalah pada 30 September 2014 bersekali dengan Science 018, 028 dan 038.

5. Pihak LP menyedari bahawa tindakan selepas keputusan di atas perlu dilaksanakan secepat mungkin. Tarikh 30 September 2014 adalah tarikh yang paling sesuai bagi membolehkan pihak LP melaksanakannya kerana isu logistic (percetakan dan pengedaran) dan teknikal, termasuk keselamatan soalan dan integriti. Proses ini melibatkan seramai 473,175 calon, 51,438 petugas, 8,299 pusat, dan 382 bilik kebal di seluruh Negara.

6. Dengan perkembangan terbaharu ini, KPM akan membuat siasatan dalaman atas semua dakwaan kebocoran kertas peperiksaan. KPM memandang serius insiden ini dan akan mengambil tindakan tegas untuk memastikan perkara seperti ini tidak berlaku lagi. KPM akan bekerjasama dengan pihak berkuasa (PDRM, SKMM) untuk mengenalpasti pihak yang bertanggungjawab dan seterusnya membawa mereka ke muka pengadilan, termasuk kemungkinan pendakwaan jenayah di mahkamah terhadap mereka yang didapati bersalah. KPM berharap tindakan tegas dan semaksimum mungkin dikenakan kepada pengkhianat tersebut.

7. KPM amat berasa kesal dengan perbuatan tidak amanah dan tidak berintegriti yang dilakukan oleh pengkhianat ini. Sehubungan itu, laporan polis telah dibuat dan berharap satu siasatan dan tindakan keras dapat kita ambil tanpa mengira siapa pun yang bertanggungjawab dalam hal kebocoran ini.

8. Selain daripada kertas peperiksaan Bahasa Inggeris 014/1 dan 014/2 dan Science 018, 028 dan 038 sepertimana yang disebut di atas, TIADA PEMBATALAN untuk mana-mana kertas peperiksaan UPSR yang lain setakat ini.

9. Untuk mengelakkan sebarang kekeliruan dan penyebaran beritu palsu, pihak LP menyeru pihak awam untuk melayari laman web LP www.moe.gov.my/lp untuk maklumat rasmi dan terkini berhubung perkara ini. Pihak awam juga boleh hubungi HOTLINE UPSR 2014 LP di talian 03-88893601 @ 3551 @ 3809 @ 3520 @ 3030.

10. KPM akan menubuhkan satu Jawatankuasa Bebas bagi meneliti semula Prosedur Operasi Standard (SOP), pengendalian dan pengurusan peperiksaan awam. Ahli-ahlinya akan terdiri daripada pakar pelbagai bidang antaranya teknologi maklumat, keselamatan, dan logistik.

11. Kementerian Pendidikan Malaysia ingin meminta maaf kepada mereka yang mengalami sebarang kesulitan akibat insiden ini.

Kementerian Pendidikan Malaysia
12 September 2014





Majlis Mohon Restu UPSR 2014

Tarikh : 08 September 2014
Masa : 12.30 Tengahari
Tempat : Dewan Seri Bayu SKST

Pengacara Majlis : Cikgu Ismail bin Ibrahim (Guru Bertugas Minggu ke-34)

Pelbagai usaha dilaksanakan oleh pihak sekolah, PIBG dan guru-guru serta ibu bapa bagi memastikan kejayaan semua calon UPSR SKST pada tahun ini. Kesucian hati, keikhlasan sangat penting dalam menentukan arah tuju dan ketenangan sesorang insan yang bergelas manusia. Usaha yang terakhir ini ialah memohon restu dan kemaafan daripada para guru yang telah banyak berkorban dalam mendidik sehinggalah ke tahun 6. 

Sebagai manusia, kita tidak dapat lari daripada melakukan kesalahan sama ada dalam bentuk tutur kata mahupun perlakuan yang tidak menyenangkan terutama terhadap ibu bapa dan para guru yang telah banyak berkorban untuk memastikan kejayaan murid-murid. Oleh itu, sebelum murid-murid meduduki peperksaan UPSR pada 9 September 2014 telah diadakan majlis memohon restu daripada para guru SKST. Semua murid tahun 6 yang hadir bersalaman dan memohon kemaafan serta meminta menghalalkan segala ilmu yang pernah dicurahkan kepada mereka sepanjang menjadi murid di SKST.