Sunday, November 15, 2015

Peperiksaan Akhir Tahun

Tarikh : 1 - 4 November 2015






PLC Format Peperiksaan UPSR 2016

Tarikh : 03 November 2015
Masa : 1.15 Tengah Hari
Tempat : Makmal ICT





















Lawatan Prasekolah Bersama Waris

Tarikh : 29 Oktober 2015
Masa : 8.00 pagi
Tempat : Karnival Sungai Petani







Taklimat HRMIS

Tarikh : 28 Oktober 2015
Masa : 1.15 Tengah Hari
Tempat : Makmal ICT

Penceramah :
1. En. Kholib b. Abdul Hamid (GB)
2. En. Abd. Kadir b. Mat (PK1)




Lawatan Ke Pulau Pinang

Pada 26 Oktober 2015 yang lalu, Jawatankuasa Peningkatan UPSR telah menganjurkan program lawatan ke Pulau Mutiara. Seramai 4 orang guru pengiring dan 37 (20 lelaki, 17 perempuan) murid terlibat dalam program lawatan ini. Program lawatan ini merupakan salah satu program selepas UPSR. Oleh kerana, jumlah murid Tahun 6 yang tidak begitu ramai maka murid-murid Tahun 5 juga diberi peluang untuk bersama dalam siri lawatan pada kali ini. Seramai 15 orang murid tahun 5 terlibat dengan lawatan ini.

Sebelum bertolak, para peserta diberi taklimat oleh Cikgu Mohamad Ehsan sebagai ketua guru pengiring. Jam 7.50 pagi bas mula bertolak dari sekolah dan berhenti seketika di kawasan rehat dan rawat di Gurun. Untuk memberi pengalaman baharu kepada para peserta mereka dibawa melalui jambatan baharu iaitu Jambatan Sultan Abdul halim Mu'adzam Shah. 

Para peserta tiba di destanasi pertama iaitu Bukit Bendera pada jam 11.20 pagi. Tiket yang dikenakan terhadap murid-murid sebanyak RM10 seorang. Sistem keretapi yang telah dinaik taraf ini membolehkan semua pengunjung sampai ke puncak Bukit Bendera dalam jangkamasa 5 minit sahaja. Dianggarkan ketinggian 712 m dari aras laut. Murid-murid kelihatan begitu teruja apabila berada dipuncak bukit dengan keindahan dan kesejukan suhunya. 

Seterusnya, peserta dibawa berehat dan makan tengah hari di Taman Perbandaran pada jam 2.00 petang. Ada peserta yang sudah kelihatan keletihan pada ketika ini. Alhamdulillah semuanya kembali pulih selepas makan tengah hari di sini dan diberi masa untuk beriada seketika. Jam 3.00 petang para peserta dibawa pula ke Masjid Terapung untuk menunaikan solat.

Pada jam 4.00 petang para pesert lawatan berkesempatan melawa di Penang 3D Trick Art Muzium. Di sini, banyak tempat-tempat yang membolehkan para peserta bergambar bersama potret dan lukisan 3 Dimensi. Pelbagai aksi dan gaya murid dapat dilihat semsa berada di muzium ini. Oleh kerana, kesuntukan masa, para peserta hanya dapat berada ini sini selama 1 jam dan bertolak ke Padang Kota Lama untuk menikmati "Pasembor Padang Kota" dan seterusnya dibawa membeli Jeruk Ibu yang terletak tidak jauh dari Padang Kota Lama.

Hujan mulai turun pada ketika ini. Bas yang membawa peserta lawatan menurunkan para peserta di Jeti Pulau Pinang untuk memberi kesempatan kepada murid-murid merasai pengalaman menaiki feri. Lebih 30 minit masa menunggu feri untuk ke tanah besar. Lebih kurang jam 8.00 malam para peserta tiba di tanah besar dan para peserta menaiki bas semula memulakan perjalanan. Bas berhenti seketika di hentian untuk membolehkan para peserta menunaikan solat. Jam 8.30 malam perjalanan diteruskan dan selamat tiba di sekolah pada jam 10.00 malam.






















Monday, October 12, 2015

Hari Sukan Negara Peringkat Sekolah

Tarikh : 10 Oktober 2015
Masa : 7.45 pagi
Tempat : Dataran Perhimpunan Sekolah

Aktiviti :
1. Bacaan Doa
2. Ucapan Perasmian
3. Senamrobik
4. Permainan Softball
5. Permainan Tradisional "Taling Kayu"
6. 'Music Chair'
7. Rehat
8. Majlis Penutup





Bacaan Doa dipimpin oleh Ustaz Azmir Helmi



Ucapan Perasmian Oleh PKKK






Aktiviti senamrobik yang diketuai oleh Adik Muhammad Nuraiman Farhan (5 Sentosa) dan 
dibantu oleh Mohamad Aiman, Muhammad Adam Fahmi (4 Sentosa) 
Muhammad Absyar, Muhammad Amirul Aiman (4Tekun) 








Ustaz Azmir Helmi b. Abd Halim mengacarakan majlis penutup



Ulasan En. Mohd Navawi b. Hamid (PKKK) sepanjang program berlansung


Ucapan Perasmian Penutup Oleh En. Kholib b. Abd Hamid (Guru Besar)



Tuesday, October 6, 2015

Perhimpunan Mingguan Ke-36

Guru Bertugas
1. Pn. Norlida bt. Ahmad Khozan
2. Ustaz Azmir Helmi b. Abd. Halim
3. En. Samsuddin b. Mustaffa
4. En. Mohamad Sofi b. Ahmad

Murid Bertugas:
Pengacara: Mohammad Khairie bin Ismail
Doa: Mohammad Arif bin Ahmad Tarmizi
Ikrar Murid : Nurul Izzah bt. Ahmad Subri

Penaik Bendera:
Jalur Gemilang :Muhammad Nuraiman Farhan bin Mohd Nasir
Negeri Kedah : Muhammad Hafizuddin bin Hasbiyallah
Sekolah : Muhammad Amirul Aiman bin Mohd Yusof

Tema : Sayangi Alam Sekitar

Aktiviti Lain Semasa Perhimpunan:
1. Penyampaian Hadiah Hari Merentas Desa
2. PLC
a. Mohd Sofi - Senarai Semak Modul Offline PBS -  PPPM
b. PKKK - Penerangan Tentang Hari Anugerah
c. PK1 - Perubahan Jadual Waktu (Pertukaran 2 Orang Guru)






Antara Penerima Hadiah Merentas Desa 2015









Program PLC