Tuesday, November 5, 2013

Ceramah Agensi Antidadah Kebangsaan (Alor Setar)

Tarikh : 6 November 2013
Tempat : Dewan SKST
Masa : 8.00 pagi - 11.45 pagi
Penceramah : En. Mozaini (AADK Alor Setar)

Banyak maklumat dan pengetahuan yang telah disampaikan oleh En Mohzaini kepada semua murid Tahun 3,4,5 dan 6 dan guru-guru di sekolah ini. Semoga, dengan maklumat yang diterima ini dapat membantu murid-murid lebih bersedia dan berhati-hati dengan pengaruh dan pujukan daripada pihak luar untuk mempengaruhi diri mereka.

Selain daripada ceramah yang disampaikan, beberapa aktiviti lain telah dijalankan. Aktiviti yang dikendalikan oleh beberapa orang warga AADK ini dapat meningkatkan lagi semangat berpasukan dan bekerjasama dalam kalangan murid-murid kerana semua aktiviti yang dijalankan melibatkan aktiviti berkumpulan. Diharapkan agar ceramah yang disampaikan ini akan melahirkan murid-murid dan beliau yang benci dadah dan membantu pihak kerajaan ke arah "SIFAR DADAH".




Taklimat dizampaikan oleh En. Mozaini
Sukaneka (Bola sepak Kon)

Sukaneka (Bawa Bola Berpasangan


Permainan "puzzle" (3 Orang Sepasukan)
Guru-guru juga mendengar ceramah yang disampaikan.
Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah

Antara murid-murid yang menerima hadiah



Pn Rosadah (PK HEM) menyampaikan cenderahati kepada pegawai-pegawai AADK yang hadir.

No comments:

Post a Comment