Sunday, November 3, 2013

Hari Anugerah Bintang HEM & Kokurikulum 2013

Hari ini, 3 November 2013, berlangsungnya satu lagi program bersejarah sekolah iaitu Hari Anugerah Bintang HEM & Kokurikulum 2013. Majlis berlangsung pada jam 3.00 petang bertempat di Dewan Seri Bayu SKS3. Tn. Hj. Rodzi b. Ahmad iaitu YDP PIBG sekolah yang merasmikan majlis pada kali ini. Pada tahun ini, majlis disambut secara dalaman sahaja dan tiada jemputan para waris serta tetamu dari luar.
     
       Walaupun majlis dijalankan secara dalaman tetapi suasana dan keadaannya tetap ceria dengan santapan persembahan daripada murid-murid atas bimbingan Cikgu Ismail dan Ustazah Amuzaida. Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Azmir Helmi dan diikuti dengan nyanyian lagu kebangsaan iaitu lagu "Negaraku".

      Majlis diteruskan dengan ucapan Pn. Che Gayah bt. Rejab (PK1) bagi menggantikan Guru Besar yang masih belum berpengganti. Beliau menyampaikan laporan tentang kejayaan murid dalam HEM dan Kokurikulum. Selain itu, beliau juga mengucapkan terima kasih kepada murid-murid yang telah berjaya dalam acara yang disertai sepanjang tahun ini.

   Tn. Hj. Rodzi b. Ahmad selaku YDP PIBG menyampaikan ucapannya sebelum merasmikan Hari Anugerah Bintang HEM & Kokurikulum 2013. Beliau turut merakamkan penghargaan kepada murid-murid yang telah banyak memberi sumbangan dan berbakti kepada sekolah dalam mengharumkan nama sekolah. Beliau berharap, kejayaan yang lebih cemerlang akan dicipta pada tahun hadapan.

    Majlis bersurai jam 4.30 petang. Semoga program seperti ini dapat meransang murid-murid untuk meningkatkan penyertaan dalam HEM dan Kokurikum agar dapat melonjakkan lagi kemahiran mereka dalam aspek kepimpinan dan keyakinan diri.


Cikgu Mohamad Ehsan dan Pn Norlaili yang mengacarakan majlis.
Pn. Che Gayah bt. Rejab (PK1) menyampaikan ucapan.
Ucapan YDP PIBG dan perasmian Hari Anugerah  Bintang HEM & Kokurikulum 2013.


 Antara penerima Anugerah  Bintang HEM & Kokurikulum 2013.




Murid-murid yang menerima anugerah berasa teruja dan tersenyum gembira.

Sebahagian murid-murid yang akan membuat persembahan "Kalam Jama'i"
Persembahan nasyid daripda murid-murid Tahun 4,5 dan 6. 

Persembahan kalam "Jama'i"


Persembahan tarian majmuk daripda murid-murid tahun 2.



No comments:

Post a Comment