Bersyukur kepada Allah swt kerana dengan keizinanNYA dapat juga semua murid SKST menduduki Peperiksaan Pertengahan Tahun yang bermula pada 19 Mei 2014 (Isnin) dan berakhir pada 25 Mei 2014 (Ahad). Semua murid tahun terlibat dengan peperiksaan ini. Walaupun murid-murid tahap 1 dan tahun 4 merupakan murid-murid yang berada dalam Sistem KSSR namun peperiksaan ini dianggap penting bagi mengukur kemampuan murid dalam menguji semua kemahiran yang telah dipelajari dari awal persekolahan.
Peperiksaan ini tidak akan mengubah keputusan dalam menentukan Band dan Tahap Penguasaan untuk murid-murid yang terlibat dalam sistem KSSR. Bagi murid-murid tahun 5 dan 6 yang masih berada dalam sistem KBSR menduduki peperiksaan ini seperti pada tahun-tahun yang sebelumnya. Ia tidak memberi satu kejutan kerana mereka telah biasa berada dalam situasi seperti ini berbanding dengan murid-murid yang terlibat dengan KSSR.
Pada minggu tersebut iaitu 21 Mei 2014, seluruh negara mendapat berita yang mengejutkan dan menyedihkan terutamanya bagi rakyat negeri Kedah dan warga SKST amnya. Berita yang dimaksudkan ialah berita kemangkatan Y.T.M Tunku Bendahara Kedah Almarhum Tan Sri Tunku Anuar Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Badlishah. Hari tersebut merupakan cuti umum bagi negeri Kedah dan peperiksaan pada hari tersebut ditangguhkan dan dibawa ke hari berikutnya.
Pihak sekolah telah menurunkan bendera separuh tiang sebagai berkabung. Majlis talil telah dijalankan pada hari tersebut yang melibatkan semua warga sekolah. Majlis tahlil tersebut dipimpin oleh Tuan Imam Kampung Simpang Tiga. Semua warga sekolah mendoakan agar Y.T.M Tunku Bendahara Kedah Almarhum Tan Sri Tunku Anuar Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Badlishah ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan soleh.
Murid-murid Tahun 3 Sentosa begitu tekun menjawab soalan Matematik Kertas 1
Majlis tahlil yang dipimpin oleh Tuan Imam Kampung Simpang Tiga. YDP PIBG turut serta
dalam majlis ini.
No comments:
Post a Comment