Thursday, November 27, 2014

EKSPOLARASI MAAL HIJRAH 1436H

TARIKH : 30 OKTOBER 2014
MASA : 11.00 PAGI
TEMPAT : DEWAN SEKOLAH
ANJURAN : PANITIA PENDIDIKAN ISLAM
SASARAN : SEMUA MURID SKST


Ceramah awal yang disampaikan oleh Ustaz Azmir Helmi bin Abd Halim. Beliau menceritakan sejarah awal tentang penghijrahan awal Nabi Muhammad s.w.a. Selain daripada itu, murid-murid juga disajikan dengan persembahan nasyid dan mendeklamasikan sajak oleh adik Nur Asma Haniza bt. Rusli (Tahun 2S) dan adik Nur Khaisatul Anis bt. Khasim (Tahun 5S).

Sebaik sahaja selesai ceramah dan persembahan, Cikgu Ismail menyampaikan taklimat tentang eksplorasi yang akan disertai oleh semua murid Tahap 2. Murid-murid Tahap 1 diarahkan untuk ke kelas masing-masing untuk menyertai pertandingan mewarna. Murid-murid Tahap 2 dibahagikan kepada 12 kumpulan. Mereka diberi taklimat tentang beberapa acara yang perlu dilaksanakan mengikut stesen yang ditetapkan.

Stesen 1: Dewan Sekolah (Cikgu Nizar) - menyenaraikan nama ahli kumpulan
Stesen 2: Bilik j_QAF (Ustazah Ku Asma) - Rukun Solat
Stesen 3: Bilik Kemahiran Hidup (Cikgu Ruzita) - Menyenarai Nama Nabi
Stesen 4: Bilik Mesyuarat (Cikgu Samsudin) - Menyusun Tema Hari Maulidur Rasul
Stesen 5: Surau  (Ustaza Faathirah) - Menyenarai Nama Malaikat

Murid-murid diberimasa selamat 5 minit untuk menyiapkan tugasan. Pemenang dikira melalui masa terpantas bagi setiap tugasan yang berjaya diselesaikan di stesten yang dilalui. 










Stesen 1



Stesen 2




Stesen 3



Stesen 4




Stesen 5



Pertandingan Mewarna Tahap 1 












No comments:

Post a Comment