Hari Keusahawan SKST telah diadakan pada 13 November 2014. Pada hari ini juga telah diadakan Kem 1 Murid 1 Sukan. Beberapa gerai telah dibuka pada hari tersebut iaitu gerai telah dibuka pada hari tersebut iaitu gerai minuman dan airkrim yang dikendalikan oleh Unit Beruniform, Gerai Rojak yang dikendalikan oleh persatuan, kedai bundle yang dikendalikan oleh staf bukan guru, game komputer yang dikendalikan oleh Unit ICT Sekolah, Tuju Lagu (Sir Abd Rani dan Cikgu Jasli) dan Wayang Gambar yang diadakan di Bilik Tayangan di kendalikan oleh Cikgu Mohamad Sofi dan memancing ikan yang diketuai oleh Cikgu Mohd Nizar bertempat di Kampung Kubang Raja iaitu kampung yang berdekatan dengan sekolah.
Pada tahun ini suasana hari keusahawan ini agak meriah jika dibandungkan dengan tahun sebelumnya kerana pada awal-awal pagi lagi telah diadakan beberapa perlawanan bola sepak untuk murid-murid lelaki dan perlawanan bola baling untuk murid-murid perempuan. Format perlawanan adalah kalah mati. Ahli kumpulan dipilih dalam kalangan rumah sukan masing-masing. Pada masa perlawanan berlangsung aktiviti jualan mula rancak dengan kehadiran para waris dan pelajar-pelajar sekolah berdekatan.
Sebelum berakhir hari keusahawanan pada hari tersebut telah diadakan cabutan bertuah yang dikendalikan oleh Cikgu Ismail. Cenderahati disampaikan oleh YDP PIBG iaitu Tn. Hj. Rodzi bin Ahmad dan Pn. Rosadah Hashim iaitu PH HEM SKST. Pelbagai cenderahati disediakan oleh pihak sekolah. Jumlah kupon yang tertinggi dibeli oleh murid juga diberikan hemper oleh pihak sekolah. Hari kesusahawanan pada hari tersebut berakhir pada jam 1.15 petang.
No comments:
Post a Comment