Sunday, July 19, 2015

Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah

Tarikh : 18 Mei 2015
Masa : 8.00 Pagi
Tempat : Dewan SKST

Bulan Mei merupakan bulan yang penuh bermakna bagi warga pendidik yang bergelar guru. Murid-murid juga ternanti-nanti hari yang dimaksudkan. "Hari Guru" sudah menjadi sinonim. Bertanya sahaja kepada murid pasti mereka sudah mengetahui tarikh keramat tersebut iaitu 16 Mei yang bertema "Membina Ilmu Menyempurnakan Akhlak".

Pada tahun ini, sambutan "Hari Guru" peringkat sekolah telah diadakan pada 18 Mei 2015 yang lalu. sambutan agak sederhana tetapi tetap meriah. Beberapa aktiviti telah diadakan untuk menghidupkan kemeriahan pada hari tersebut.

Sambutan Hari Guru peringkat sekolah ini bermula pada jam 8.00 pagi. Guru-guru diarak ke Dewan Seri Bayu Sekolah dengan paluan kompang yang dimainkan oleh murid-murid Tahun 6 Sentosa. Pada hari tersebut Ustaz Azmir yang mengacarakan majlis. Majlis dimulakan dengan bacaan doa, dan nyanyian lagu "Negaraku". Majlis diteruskan lagi dengan bacaan ikrar guru yang diketuai oleh Tuan Guru Besar dan nyanyian Lagu Guru Malaysia. Lagu Guru Malaysia dinyanyikan dengan penuh bersemangat oleh semua guru pada hari tersebut.

Adik Nurul Huda bt. Ismail (Ketua Pengawas Sekolah) menyampaikan ucapan wakil murid sebaik sahaja selesai nynyian lagu Guru Malaysia. Ucapan Perutusan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia pula disampaikan oleh Encik Abdul Kadir bin Mat (PK1) dan diikuti dengan Ucapan Perutusan Menteri Pendidikan Malaysia yang disampaikan oleh Tuan Guru Besar iaitu Encik Kholib bin Abd. Hamid. 

Sebaik sahaja tamat ucapan tersebut, Guru Besar diminta untuk memecahkan belon sebagai gimik perasmian Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah. Selesai sahaja gimik perasmian, murid-murid diberi taklimat dan makluman tentang aktiviti yang akan diadakan pada hari tersebut. Murid-murid dibahagikan mengikut kumpulan.

Antara aktivti yang berlangsung pada hari tersebut ialah:

1. Bola Baling (Perempuan Tahap 2)
2. Futsall (Lelaki Tahap 2)
3. Bowling (Tahap 1)
4. Pertandingan Mewarna Tahap 1)
5. Kuiz Pendidikan Islam (Tahap 2)

Murid berehat pada jam 10.00 pagi pada hari tersebut sebelum memulakan aktiviti berikutnya iaitu persembahan murid. Sambil rehat di kafeteria sekolah, guru-guru dan kakitangan sekolah serta pengusaha kantin diminta untuk membuat cabutan bertuah. Pelbagai hadiah disediakan oleh jawatankuasa yang dipertanggungjawabkan.

Majlis penyampaian hadiah kepada pemenang pertandingan diadakan pada perhimpunan mingguan bertarikh 24 Mei 2015 kerana kesuntukan masa.

Pihak sekolah merakamkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua jawatankuasa Hari Guru pada tahun ini yang telah berjaya melaksanakan tugas degan jayanya sepanjang perjalanan menjayakan Sambutan Hari Guru. Terima kasih juga kepada pengusaha kafeteria sekolah yang telah menyumbangkan makanan dan minum untuk semua staf sekolah pada hari tersebut.

























PKHEM dan Cikgu Zolkefali mendeklamasikan sebuah sajak Guru secara berduet.

































No comments:

Post a Comment