Tahniah....!
Seramai 19 daripada 27 orang murid Tahun 6 telah lulus dalam Peperiksaan Pertengahan Tahun yang diduduki baru-baru ini. Seramai 2 orang murid mencapai keputusan 4A1B. Keputusan yang diperoleh ini telah berjaya mengatasi keputusan peperiksaan UPSR yang lalu. Walaupun Peperiksaan Pertengahan Tahun ini tidak ada calon yang mendapat keputusan 5A tetapi pihak sekolah menaruh kepercayaan dan yakin akan kemampuan murid untuk menggapai keputusan tersebut. Keptutusan terbaik dalam peperiksaan percubaan ini ialah 4A1B (2 Orang).
Bagi menyuntik semangat dan memberi dorongan serta sokongan kepada murid-murid tahun 6 maka pihak sekolah telah memberi cenderahati kepada semua murid yang lulus dalam peperiksaan tersebut. Cenderahati tersebut disampaikan oleh Ustaz Abdul Kadir bin Mat iaitu Penolong Kanan Pentadbiran SKST. Majlis penyampaian cenderahati tersebut disempurnakan pada 25 Jun 2015 yang lalu.
Diharap kepada murid-murid yang tidak mencapai keputusan cemerlang dan lulus akan sentiasa meningkatkan lagi pencapaian dalam masa yang berbaki ini sebelum peperiksaan sebenar menjelma. Semua guru-guru SKST sentiasa berdoa agar anak-didik SKST akan sentiasa diberkati Allah s.w.t. dan berjaya dengan cemerlang.
No comments:
Post a Comment