Monday, September 7, 2015

Sambutan Hari Kemerdekaan Ke-58 Peringkat Sekolah

Acara rutin yang pasti disambut pada setiap tahun oleh setiap warga sekolah dan seluruh rakyat Malaysia ialah Sambutan Hari Kemerdekaan. Pada tahun ini, sambutan Hari Sekolah diadakan pada 27 Ogos 2015. Sebenarnya sambutan tersebut dirancang untuk diadakan pada 30 Ogos 2015 tetapi terpaksa diawalkan kerana ada masalah-masalah yang tidak dapat dielakkan pada hari tersebut. Sebelum sambutan dijalankan, semua warga sekolah bersama-sama membacakan surah yaasin. Bacaan tersebut dipimpin oleh Ustaz Azmir Helmi bin Abd. Halim. 

Acara Sambutan Hari Kemerdekaan bermula pada jam 8.45 pagi dimulakan dengan nyayian lagu "Negaraku" diikuti dengan bacaan doa yang dipimpin oleh Ustaz Azmir Helmi. Kemudian Tuan Guru Besar (En. Kholib b. Abd Hamid) menyampaikan ucapan. Beliau mengingatkan kepada semua murid supaya sentiasa bersatupadu dan menghargai pemimpin-pemimpin yang terdahulu dalam memperjuangkan kemerdekaan negara. Sebelum mengakhiri ucapan beliau meminta murid-murid untuk melaungkan perkataan "Merdeka ! Merdeka ! Merdeka !.

Pada hari tersebut Tn. Hj. Zolkefali Hj. Hanafi  dan Pn. Munirah Ab. Rahim ditugaskan untuk mengacarakan majlis. Majlis diteruskan dengan menyanyikan lagu "Jalur Gemilang", Keranamu Malaysia" dan "Tanggal 31 Ogos". Semua murid menyanyi dengan penuh semangat apabila menyanyikan ketiga-tiga buah lagu tersebut.

Acara yang dinanti-nantikan ialah pertandingan nyanyian lagu-lagu patriotik. Semua kelas terlibat dalam pertandingan ini kecuali Tahun 6 S yang sibuk membuat persedian untuk peperiksaan UPSR. Majlis pada hari tersebut berakhir pada jam 10.30 pagi. Majlis penyampaian hadiah akan dimaklumkan pada hari yang akan dimaklumkan kelak.



Bacaan Yaasin




Bacaan Doa




Ucapan Guru Besar









Pertandingan Nyanyia Lagu-lagu Patriotik

Tahun 3 Tekun (Saya Anak Malaysia)




Tahun 4 Tekun (31 Ogos)






Tahun 2 (31 Ogos)

Tahun 1 Tekun (Keranamu Malaysia)

Tahun 1 Sentosa (Joget Malaysia)




Tahun 3 Sentosa (Jalur Gemilang)



Tahun 4 Sentosa K1 (Jalur Gemilang)

Tahun 5 Tekun (Saya Anak Malaysia)


Tahun 5 Sentosa (Gemuruh)

Tahun 4 Sentosa K2 (31 Ogos)


Mendeklamasikan Sajak Kemerdekaan


Nurul Izah dan Nur Amina
 (Tahun 4 Sentosa)

Nurshukirah dan Hauna Hanis
(Tahun 5 Sentosa)



No comments:

Post a Comment