Tarikh : 21 Jun 2014
Hari : Sabtu
Masa : 8.00 pagi
Tempat : Padang Sekolah
Seperti hari biasa, seawal jam 7.30 pagi murid mula berkumpul di dewan sekolah untuk menyanyikan lagu kebangsaan disamping bernasyid alma ul-husna. Sebelum itu, murid membacakan doa dan ikrar murid. Sebelum mendengar taklimat sukantara, guru bertugas mengambil kehadiran murid untuk direkodkan.
Pada jam 8.15 pagi, murid berkumpulan di kawasan lapang perhimpunan sekolah (pavilion). Murid-murid melakukan aktiviti senamrobik. Cikgu Ismail dan dibantu oleh beberapa orang murid perempuan menjadi instruktor. Selama 15 minit murid-murid melakukan senamrobik bersama Cikgu Ismail. Selepas aktiviti senamrobik murid-murid diberi penerangan tentang sukantara dan acara-acara yang akan disertai oleh semua murid tahun 3,4,5 dan 6. Kemudian, murid-murid dibentuk mengikut kumpulan rumah sukan masing-masing dan bergerak ke stesen yang ditetapkan iaitu lompat jauh, lompat tinggi, lontar peluru dan larian 100 meter. Acara sukantara tersebut berakhir pada jam 12.30 tengahari. Murid-murid mengikuti aktiviti PdP seperti biasa.
|
Instraktor Senamrobik |
|
Murid-murid melakukan aktiviti senamrobik |
|
Lompat Jauh |
|
Peserta rumah kuning melompat dengan aksi yang bersemangat |
|
Lompat Tinggi |
|
Lontar Peluru |
|
Ustazah Ku Asma mencatat markah rumah yang berjaya dikutip |
|
Sebelum masuk ke kelas Cikgu Ismail memberi taklimat tentang acara perbarisan. |
No comments:
Post a Comment