Kejohanan Balapan Dan Padang SKST telah dijalankan pada 26 Jun 2014 (Khamis) yang lalu. Pada tahun ini kejohanan dimulakan pada jam 8.00 pagi bertempat di padang sekolah. Sebenar beberapa acara padang telah pun diadakan pada hari Rabu bersamaan 25 Jun 2014. Acara dimulakan pada jam 8.30 pagi setelah para peserta mendengar taklimat daripada guru yang dipertanggungjawabkan. Antara cara akhir yang dijalankan pada hari tersebut ialah acara lompat tinggi lelaki dan perempuan kelas 5P dan 5L serta 4P dan 4L.
Acara lompat jauh bagi kelas yang sama turut diadakan pada hari itu. Semua acara dimulakan secara serentak secara stesen.
Acara lontar peluru hanya melibatkan kelas 4L dan 4P sahaja. Semua acara berakhir pada jam 10.15 pagi. Murid-murid tahun 1 dan 2 yang tidak terlibat dalam acara yang dipertandingkan belajar di dalam kelas seperti biasa.
Selepas waktu rehat, murid-murid yang terlibat dengan perbarian membuat raptai penuh. Cikgu Ismail bin Ibrahim membantu melicinkan perjalan raptai pada hari tersebut dengan dibantu oleh guru-guru lain.
 |
Bacaan Ikrar Sukan |
 |
Kontijen Rumah Hijau |
 |
Kontijen Rumah Kuning |
 |
Kontijen Rumah Biru |
 |
Kontijen Rumah Merah |
Hari berikutnya pada 26 Jun 2014 kejohanan sebenar bermula. Kejohanan Balapan dan Padang pada kali ini dirasmikan oleh Tuan Hj. Rodhi b. Ahmad iaitu YDP PIBG SKST. Kejohanan pada hari itu dimulakan dengan upacara perbarisan kontijen dari setiap rumah. Kemudian, majlis diteruskan dengan bacaan doa oleh Ustaz Azmir Helmi dan bacaan ikrar Kejohanan Balapan dan Padang oleh adik Mohamad Naim b. Zaini.
Acara sukan bermula pada jam 9.30 pagi. Antara acara yang dipertandingkan pada hari kejohanan ialah 100 meter kelas 4L, 4P, 5L dan 5P. Acara 200 meter hanya melibatkan kelas 4L dan 4P. Bagi kelas 5L dan 5P pula acara 80 meter turut dipertandingakan.
Acara yang paling meriah pada hari tersebut ialah acara 4 x 100 meter kelas 5L, 5P, 4L dan 4P. Bagi acara 4 x 200 meter hanya kelas 4L dan 4P sahaja yang dipertandingakan. Para peserta yang mengambil bahagian pada hari tersebut menunjukkan kesungguhan yang begitu tinggi untuk memenangi setiap acara yang dipertandingkan.
 |
PK1 sedang berbincang sesuatu dengan YDP PIBG |
 |
Kontijen Rumah Hijau |
 |
Kontijen Rumah Kuning |
 |
Kontijen Rumah Biru |
 |
Kontijen Rumah Merah |
 |
Bacaan doa oleh Ustaz Azmir Helmi b. Abd Halim |
 |
Bacaan ikrar oleh Mohamad Naim b. Zaini |
 |
Ucapan Perasmian Oleh Tn Hj Rodzi b. Ahmad (YDP PIBG SKST)
|
 |
En. Mohd Navawi b. Hamid (PKKK) menyampaikan cenderahati kepada YDP PIBG |
 |
Acara 80 m kelas 5L |
 |
Pegawai kejohanan merekodkan keputusan pertandingan |
 |
Acara 80 m kelas 5P |
 |
Acara 4 x 100 m kelas 4P |
 |
Para peserta mendengar taklimat daripada pegawai kejohanan |
 |
Acara 4 x 100 m kelas 5P |
 |
Acara 4 x 200 m kelas 4L
|
MOSKOT KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG 2014
No comments:
Post a Comment