Saturday, August 2, 2014

Kejohanan Balapan dan Padang SKST 2014


 Kejohanan Balapan Dan Padang SKST telah dijalankan pada 26 Jun 2014 (Khamis) yang lalu. Pada tahun ini kejohanan dimulakan pada jam 8.00 pagi bertempat di padang sekolah. Sebenar beberapa acara padang telah pun diadakan pada hari Rabu bersamaan 25 Jun 2014. Acara dimulakan pada jam 8.30 pagi setelah para peserta mendengar taklimat daripada guru yang dipertanggungjawabkan. Antara cara akhir yang dijalankan pada hari tersebut ialah acara lompat tinggi lelaki dan perempuan kelas 5P dan 5L serta 4P dan 4L.



Acara lompat jauh bagi kelas yang sama turut diadakan pada hari itu. Semua acara dimulakan secara serentak secara stesen.




Acara lontar peluru hanya melibatkan kelas 4L dan 4P sahaja. Semua acara berakhir pada jam 10.15 pagi. Murid-murid tahun 1 dan 2 yang tidak terlibat dalam acara yang dipertandingkan belajar di dalam kelas seperti biasa.



Selepas waktu rehat, murid-murid yang terlibat dengan perbarian membuat raptai penuh. Cikgu Ismail bin Ibrahim membantu melicinkan perjalan raptai pada hari tersebut dengan dibantu oleh guru-guru lain.

Bacaan Ikrar Sukan

Kontijen Rumah Hijau

Kontijen Rumah Kuning

Kontijen Rumah Biru

Kontijen Rumah Merah
Hari berikutnya pada 26 Jun 2014 kejohanan sebenar bermula. Kejohanan Balapan dan Padang pada kali ini dirasmikan oleh Tuan Hj. Rodhi b. Ahmad iaitu YDP PIBG SKST. Kejohanan pada hari itu dimulakan dengan upacara perbarisan kontijen dari setiap rumah. Kemudian, majlis diteruskan dengan bacaan doa oleh Ustaz Azmir Helmi dan bacaan ikrar Kejohanan Balapan dan Padang oleh adik Mohamad Naim b. Zaini.

Acara sukan bermula pada jam 9.30 pagi. Antara acara yang dipertandingkan pada hari kejohanan ialah 100 meter kelas 4L, 4P, 5L dan 5P. Acara 200 meter hanya melibatkan kelas 4L dan 4P. Bagi kelas 5L dan 5P pula acara 80 meter turut dipertandingakan.

Acara yang paling meriah pada hari tersebut ialah acara 4 x 100 meter kelas 5L, 5P, 4L dan 4P. Bagi acara 4 x 200 meter hanya kelas 4L dan 4P sahaja yang dipertandingakan. Para peserta yang mengambil bahagian pada hari tersebut menunjukkan kesungguhan yang begitu tinggi untuk memenangi setiap acara yang dipertandingkan.

PK1 sedang berbincang sesuatu dengan YDP PIBG



Kontijen Rumah Hijau



Kontijen Rumah Kuning



Kontijen Rumah Biru


Kontijen Rumah Merah

Bacaan doa oleh Ustaz Azmir Helmi b. Abd Halim

Bacaan ikrar oleh Mohamad Naim b. Zaini

Ucapan Perasmian Oleh Tn Hj Rodzi b. Ahmad (YDP PIBG SKST)

En. Mohd Navawi b. Hamid (PKKK) menyampaikan cenderahati kepada YDP PIBG

Acara 80 m kelas 5L

Pegawai kejohanan merekodkan keputusan pertandingan

Acara 80 m kelas 5P

Acara 4 x 100 m kelas 4P

Para peserta mendengar taklimat daripada pegawai kejohanan

Acara 4 x 100 m kelas 5P


Acara 4 x 200 m kelas 4L
MOSKOT KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG 2014










Saturday, June 21, 2014

Sukantara SKST 2014

Tarikh : 21 Jun 2014
Hari : Sabtu
Masa : 8.00 pagi
Tempat : Padang Sekolah

Seperti hari biasa, seawal jam 7.30 pagi murid mula berkumpul di dewan sekolah untuk menyanyikan lagu kebangsaan disamping bernasyid alma ul-husna. Sebelum itu, murid membacakan doa dan ikrar murid. Sebelum mendengar taklimat sukantara, guru bertugas mengambil kehadiran murid untuk direkodkan.

Pada jam 8.15 pagi, murid berkumpulan di kawasan lapang perhimpunan sekolah (pavilion). Murid-murid melakukan aktiviti senamrobik. Cikgu Ismail dan dibantu oleh beberapa orang murid perempuan menjadi instruktor. Selama 15 minit murid-murid melakukan senamrobik bersama Cikgu Ismail. Selepas aktiviti senamrobik murid-murid diberi penerangan tentang sukantara dan acara-acara yang akan disertai oleh semua murid tahun 3,4,5 dan 6. Kemudian, murid-murid dibentuk mengikut kumpulan rumah sukan masing-masing dan bergerak ke stesen yang ditetapkan iaitu lompat jauh, lompat tinggi, lontar peluru dan larian 100 meter. Acara sukantara tersebut berakhir pada jam 12.30 tengahari. Murid-murid mengikuti aktiviti PdP seperti biasa.

Instraktor Senamrobik

Murid-murid melakukan aktiviti senamrobik

Lompat Jauh

Peserta rumah kuning melompat dengan aksi yang bersemangat

Lompat Tinggi

Lontar Peluru

Ustazah Ku Asma mencatat markah rumah yang berjaya dikutip

Sebelum masuk ke kelas Cikgu Ismail memberi taklimat tentang acara perbarisan.

Hari Menandatangani Rekod Profil

Hari menandatangani rekod profil murid telah pun diadakan pada 19 Jun 2014 (Rabu) yang lalu. Para waris telah dijemput hadir pada jam 11.00 pagi untuk berjumpa guru-guru yang berkenaan. Para waris boleh mendapatkan maklumat dan perkembangan anak jagaan masing-masing melalui guru kelas anak jagaan masing-masing. Perjumpaan bersama guru ini telah diadakan di kelas-kelas. Segala permasalahan dapat dibincangkan bersama guru kelas. Murid-murid dapat pulang lebih awal pada hari tersebut, bergantung kepada masa kehadiran para waris yang hadir.

Tahun 5 Sentosa

Tahun 4 Sentosa

Tahun 6 Sentosa

Tahun 1 Sentosa

Tahun 2 Tekun

Tahun 3 Sentosa
  

Friday, June 20, 2014

Karnival Ko-Akademik Bahasa Inggeris Daerah Kota Setar

Tarikh: 16 Jun 2014
Hari : Isnin
Masa : 8.30 pagi
Tempat : Dewan Seri Bayu SKST

Pada tahun ini SKST terpilih untuk dijadikan veneu pertandingan Karnival Ko-Akademik Bahasa Inggeris Peringkat Daerah Kota Setar. Perjalanan pertandingan pada hari tersebut berjalan dengan lancar. Tiga venue pertandingan berlangsung pada hari tersebut iaitu Public Speaking di Kelas Tahun 1 Sentosa, Story Telling di Kelas 3 Sentosa dan Action Song di Dewan Seri Bayu.

Pada jam 8.00 pagi guru-guru pengiring dan peserta mula tiba. Para peserta yang tiba terus ke meja pendaftaran. Para Pegawai dan Guru Pengiring yang hadir dibawa ke Bilik Kemahiran Hidup untuk menikmati sarapan pagi manakala peserta pula dibawa ke kantin sekolah untuk menikmati hidangan yang disediakan. Para hakim pula dikehendaki mengikut taklimat pertandingan di Bilik Mesyuarat pada jam 8.30 pagi. Pada jam 9.40 pagi pertandingan bermula secara serentak di tiga veneu yang berasingan.


Para peserta mula tiba
pendaftaran peserta dan pegawai

Para pegawai dan guru pengiring minum pagi di bilik Kemahiran Hidup
Pertandingan Action Song











Majlis Perpisahan dan Budaya Tutup Sekolah

Pada 26 Mei 2014 yang lalu, telah diadakan majlis perpisahan guru j-QAF iaitu Pn. Nurhabibi bt Ariffin yang tamat kursus pada hari tersebut. Beliau akan menunggu tawaran sebagari guru sandaran terlatih yang akan ditentukan oleh piahk kementerian nanti. Guru Bertugas pada minggu tersebut iaitu Pn. Ku Asma bt. Ku Ahmad yang mengendalikan majlis pada hari tersebut. Majlis seperti biasa dimulakan dengan nyanyian lagu 'Negaraku",  "Pendidikan Cemerlang Kedah Gemilang" dan lagu "Sentiasa Mendahului". Seterusnya, Ustaz Azmir Helmi b. Abd Halim mengetuai bacaan doa.

Seterusnya, majlis diteruskan dengan ucapan daripada Pn. Nurhabibi bt. Ariffin. Keadaan sebak mula terasa dalam ucapan yang disampaikan kerana terlalu sayang untuk meninggalkan sekolah ini. Dalam ucapan yang disampaikan, beliau mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua pihak terutamanya pihak pentadbiran, guru-guru dan semua murid yang telah banyak membantu dan membimbing beliau sepanjang berada di sekolah ini. Beliau juga memohon maaf kepada semua warga sekolah SKST. 

En. Aminuddin b. Abidin selaku Penolong Kanan Pentadbiran mengucapkan terima kasih kepada Pn. Nurhabibi dan berharap beliau akan menggunakan ilmu yang diperoleh untuk dikembangkan dengan sebaiknya. PK Pentadbiran mewakili pihak sekolah memohon maaf sekiranya ada kekurangan dan masalah yang timbul sepanjang beliau menjalankan praktikum di sini. Pihak sekolah mendoakan agar Pn. Nurhabibi menjadi seorang guru yang cemerlang dan berdedikasi dalam menyampaikan ilmu. 

Sebelum berakhirnya perhimpunan pada pagi tersebut, PK Pentadbiran menyampaikan beberapa pesanan kepada murid-murid yang akan mula bercuti pada 27 Mei 2014. Beliau mengingatkan murid-murid menggunakan masa cuti ini dengan sebaik-baiknya. Murid-murid tahun 6 diingatkan mengikuti kelas tambahan pada minggu pertama cuti persekolahan berpandukan jadual yang telah diedarkan.

Murid-murid diingatkan membersihkan kelas sebelum pulang dan menyusun perabot dengan baik. Beliau juga mengingatkan murid-murid mengambil kerja rumah atau latihan daripada guru-guru mata pelajaran berkaitan dan menyiapkannya pada masa cuti sekolah. Beliau mengucapkan selamat bercuti kepada semua murid dan menyampaikan pesanan salam kepada para waris masing-masing.







PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN

Alhamdulilillah....

Bersyukur kepada Allah swt kerana dengan keizinanNYA dapat juga semua murid SKST menduduki Peperiksaan Pertengahan Tahun yang bermula pada 19 Mei 2014 (Isnin) dan berakhir pada 25 Mei 2014 (Ahad). Semua murid tahun terlibat dengan peperiksaan ini. Walaupun murid-murid tahap 1 dan tahun 4 merupakan murid-murid yang berada dalam Sistem KSSR namun peperiksaan ini dianggap penting bagi mengukur kemampuan murid dalam menguji semua kemahiran yang telah dipelajari dari awal persekolahan.

Peperiksaan ini tidak akan mengubah keputusan dalam menentukan Band dan Tahap Penguasaan untuk murid-murid yang terlibat dalam sistem KSSR. Bagi murid-murid tahun 5 dan 6 yang masih berada dalam sistem KBSR menduduki peperiksaan ini seperti pada tahun-tahun yang sebelumnya. Ia tidak memberi satu kejutan kerana mereka telah biasa berada dalam situasi seperti ini berbanding dengan murid-murid yang terlibat dengan KSSR.

Pada minggu tersebut iaitu 21 Mei 2014, seluruh negara mendapat berita yang mengejutkan dan menyedihkan terutamanya bagi rakyat negeri Kedah dan warga SKST amnya. Berita yang dimaksudkan ialah berita kemangkatan Y.T.M Tunku Bendahara Kedah Almarhum Tan Sri Tunku Anuar Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Badlishah. Hari tersebut merupakan cuti umum bagi negeri Kedah dan peperiksaan pada hari tersebut ditangguhkan dan dibawa ke hari berikutnya.

Pihak sekolah telah menurunkan bendera separuh tiang sebagai berkabung. Majlis talil telah dijalankan pada hari tersebut yang melibatkan semua warga sekolah. Majlis tahlil tersebut dipimpin oleh Tuan Imam Kampung Simpang Tiga. Semua warga sekolah mendoakan agar Y.T.M Tunku Bendahara Kedah Almarhum Tan Sri Tunku Anuar Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Badlishah ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan soleh.



Murid-murid Tahun 3 Sentosa begitu tekun menjawab soalan Matematik Kertas 1




Majlis tahlil yang dipimpin oleh Tuan Imam Kampung Simpang Tiga. YDP PIBG turut serta 
dalam majlis ini.