PROFIL SEKOLAH

KOD SEKOLAH : KBA2018

TEL. PEJABAT    : 04-7312441
GURU BESAR     : 04-7312436

FAKS                   : 04-7312441
FAKS                   : 04-7312436
e-MAIL                : kba2018.ppdkotasetar@gmail.com



SEJARAH SEKOLAH

        Sekolah Kebangsaan Simpang Tiga adalah cantuman dari tiga buah sekolah rakyat dalam Mukim Padang Hang iaitu:

  • a) Sekolah Rakyat di Kampung Simpang Tiga
  • b) Sekolah Rakyat di Kampung Teluk Junus
  • c) Sekolah Rakyat di Kampung Huma
        Ketiga-tiga sekolah ini dicantum dan dibina sebuah sekolah baru yang diberi nama Sekolah Simpang Tiga di atas tanah bendang seluas enam relong kepunyaan Hajjah Teh Binti Haji Saad yang dibeli oleh Kementerian Pendidikan Malaysia pada Tahun 1955. Bagunan ini telah dirobohkan pada tahun 1966 dan digantikan dengan bangunan baru. Pada tahun 1966 bangunan ini telah dirasmikan oleh Menteri Pelajaran Malaysia iaitu YB Tun Abdul Razak bin Hussin.


        Pada Tahun 1985 dua blok bangunan dibina lagi secara pasang siap. Pembinaan ini adalah di bawah Jabatan Kerja Raya. Blok pertama adalah untuk kelas dan Blok kedua adalah untuk menampung kelas dan ruang pejabat.

        Pada tahun 2002 Kementerian Pelajaran Malaysia membina lagi satu blok yang mengandungi 3 tingkat.Blok baru ini mempunyai pelbagai kemudahan yang dibekalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Sehingga Tahun 2003 sekolah ini cukup lengkap dengan pelbagai prasarana antaranya Bilik Pra-sekolah, Makmal Komputer dan surau.







VISI SEKOLAH

Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang

MISI SEKOLAH

Membangun Potensi Individu Murid Melalui Pendidikan Berkualiti





"TAG LINE" SEKOLAH


                                     Sentiasa

                                     Ke hadapan

                                     Satu

                                     Tujuan






SENARAI NAMA GURU BESAR SKST










LENCANA / LOGO SEKOLAH



MOTO : 
USAHA BERJAYA

SLOGAN : 
BUDAYA KERJA CEMERLANG

WARNA ORGANISASI:
Merah : Usaha Berjaya
Kuning : Berbudaya Kerja Cemerlang
Hijau : Bersatu padu




BENDERA SEKOLAH


MERAH : 
USAHA BERJAYA

KUNING : 
BERBUDAYA KERJA CEMERLANG







LAGU SEKOLAH


Tajuk : Excellence Forever

Haste, Haste, Haste, Haste
Come fellas all
We are the PUPILS OF SIMPANG TIGA
Strive for success, to be the best
Forever and ever, always be on the top
Never let it down
And go for the vision
Let unity be all the strenght
Strive for success, to be the best
Hardship we conquer
With patience and strain
We arre all the pupils of excellence forever (3x)


Muzik oleh: Md. Zain b. Ariffin
Lirik oleh: Abdul Rani b Ahmad

Tahun : 03.03.2004



No comments:

Post a Comment