Thursday, January 16, 2014

Perjumpaan Waris Tahun 6 Sesi 2014

Tarikh   : 16 Januari 2014
Hari      : Khamis
Masa    : 11.00 pagi
Tempat : Dewan Seri Bayu SKST

Antara objektif perjumpaan waris tahun 6 ini adalah untuk meningkatkan lagi kerjasama antara pihak sekolah dan waris selain merancang aktiviti-aktiviti yang perlu dan akan dilaksanakan bagi meningkatkan lagi prestasi pencapaian UPSR tahun 2014.

Pihak sekolah cuba memberi suntikan semangat dan dorongan kepada para waris untuk memberi fokus dan tumpuan kepada anak-anak yang akan mengambil peperiksaan.

"Ilmu merupakan segala-galanya dalam merencana dan mencorakkan kehidupan".

Berikut adalah foto perjalan majlis tersebut:




Pendaftaran waris

pengerusi majlis Cikgu Mohamad Ehsan Saad

Antara waris lelaki yang dapa hadir

Para waris perempuan

Bacaan doa oleh Ustaz Azmir Helmi b. Abd Halim

Para waris mengaminkan doa yang dibacakan


Ucapan Pn Rosadah Hasim PK HEM mewakili Guru Besar yang tidak dapat bersama
kerana menghadiri mesyuarat di luar sekolah.

Antara cadangan yang dikemukakan oleh para waris


Ucapan PK Ko-Ku yang meminta para waris tidak mengabaikan
bidang Ko-Ku kerana penting untuk memohon ke sekolah yang lebih baik
selain dapat meningkatkan tahap kesihatan murid. 


Menu bihun goreng dan teh 'O' disediakan kepada para waris yang hadir.

No comments:

Post a Comment