Thursday, February 20, 2014

Bacaan Ikraq Bahasa Inggeris

Aktiviti Bacaan Ikraq Bahasa Inggeris pada hari ini (Khamis 20 Feb. 2014) telah dikendalikan oleh Pn. Vasuntha a/p Balakrishnan dan dibantu oleh Cikgu Azlina bt. Aziz @ Khalid. Murid-murid diminta membaca buku teks mengikut tahun masing-masing. Kemudian mereka diminta membaca di hadapan dewan. Sebarang kesalahan sebutan segera diperbetulkan oleh Pn. Vashuntha dan Pn. Azlina.

Program ini bermula pada jam 7.30 pagi dan berakhir pada jam 7.45 pagi. Kemudian guru bertugas mengambil kehadiran murid untuk direkodkan ke dalam sistem online. Aktiviti bersurai pada jam 7.50 pagi.




Guru Bertugas mengambil kehadiran murid.

Kenduri Kesyukuran

Alhamdulillah...

Pada hari Selasa yang lalu bersamaan 18 Februari 2014, pihak sekolah menerima sumbangan makanan tengahari  dan minuman (Nasi dan Gulai Daging) yang disampaikan oleh salah seorang waris dari Kampung Besar Padang Hang. Beliau telah memberikan makanan ini kepada semua murid dan warga sekolah pada hari tersebut.

Pihak sekolah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada penyampaian makanan tersebut. Hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya niat dan perbuatan baik ini. Semoga Allah akan sentiasa memurahkan rezeki dan memberi kesihatan yang baik kepada hamba-Nya yang sentiasa membuat kebaikan. Insyaallah....


Pemberi Sumbangan (Kenduri)


Cikgu Samsuddin membantu memberi makanan kepada murid-murid.

Cikgu-cikgu lain yang turut membantu.

Guru juga menerima makanan tersebut. Alhamdulillah...


Motivasi Jati Diri Murid Tahun 6 Bersama Waris 2014

Program Motivasi Jati Diri Murid Tahun 6 Bersama Waris 2014 telah diadakan pada 18 Februari 2014 baru-baru ini. Program motivasi ini bermula pada jam 11.00 pagi hingga 1.30 petang bertempat di Bilik Kemahiran Hidup. Program ini merupakan anjuran bersama antara Unit Bimbingan Kaunseling dan Jawatankuasa Peningkatan Tahun 6. Seramai 51 orang murid Tahun 6 dan yang terlibat dalam program ilmu ini.

Antara matlamat program ini adalah:
  • mampu melahirkan murid-murid yang berkeebolehan dan berdikari dalam apa jua situasi.
  • sebagai persediaan awal murid-murid tahun 6 bagi menghadapi Peperiksaan UPSR pada blan September nanti.
  • mengajar murid-murid supaya yakin dengan kebolehan yang dikurniakan Allah S.W.T. kepada hambanya.
  • Menyedarkan murid-murid betapa pentingnya ilmu yang dianugerahkan oleh Allah kepada mereka.
  • Membentuk sahsiah diri serta menjana kecemerlangan akademik selaras dengan hasrat kementerian untuk melahirkan modal insan yang berkualiti.
  • Mengeratkan hubungan siraturahim antara murid-murid dan ibu bapa.

Dalam program motivasi kali ini, Encik Shahrul Azhar bin Mohd Yunus (Penceramah Motivasi) telah dipertanggungjawabkan untuk menyampaikan motivasi pada hari tersebut. Banyak maklumat yang disampaikan kepada para pelajar dan waris untuk dikongsikan bersama.


Jawatankuasa Pendaftaran siap sedia untuk membuat pendaftaran peserta motivasi.
Cikgu Mohd Ehsan yang mengendalikan majlis pada hari tersebut

Encik Shahrul Azhar bin Mohd Yunus memulakan sesi motivasi

Para peserta motivasi sedang mendengar maklumat yang disampaikan

Ucapan penutup program motivasi oleh Cikgu Mohd Ehsan.



Monday, February 17, 2014

PERLAWANAN BOLA SEPAK 4 PENJURU

Perlawanan perhabatan yang dianjurkan oleh SK Simpang Tiga telah pun berlangsung pada 16 Februari 2014 yang lalu bertempat di padangHanya tiga buah sekolah yang dijemput untuk menyertai perlawanan persahabatan ini. Sekolah yang dimaksudkan ialah SK Seri Perdana, SK Kota Rentang dan SK Hj Abdullah Sadun. Perlawanan bola sepak pada hari tersebut bermula pada jam 4.00 petang.

Berikut adalah keputusan perlawanan bola sepak antara SKST dan sekolah yang dijemput:

1. SKST (1) vs SKHS (1)

2. SKST (1) vs SKKR (0)

3. SKSP (1) vs SKST (0)

Tahniah kepada pasukan bola sepak SKST yang telah menunjukkan peningkatan berbanding dengan perlawanan sebelunnya yang diadakan di SK Dato' Shari baru-baru ini.

PROGRAM IKRA' (BACAAN YASIN)

Program Bacaan Ikra' Bayaan Yasin telah diadakan pada setiap hari Khamis berselang-seli dengan bacaan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Program ini melibatkan semua murid dan guru. Guru yang bertugas menjalankan aktiviti ini diuruskan oleh Ketua Panitia Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Pendidikan Islam. Program ini bermula seawal jam 7.30 pagi dan berakhir pada pukul 7.45 pagi agar proses PdP dapat dijalankan seperti biasa.



Tuesday, February 11, 2014

KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG PERINGKAT PKG ALOR JANGGUS

Alhamdulillah, selesai sudah kejohanan yang dimaksudkan. Kejohanan tersebut telah berlangsung pada 6 dan 9 Februari yang lalu bertempat di SK Hj Mohd Sharif berdekatan dengan kompleks pendidikan negeri. Kejohanan bermula pada jam 8.30 pagi dan berakhir pada jam 4.30 petang pada hari pertama. Pada hari kedua, acara dapat diselesaikan lebih awal daripada yang dirancang. Acara-acara sukan yang dipertandingkan berakhir pada jam 11.45 pagi. Acara peyampaian hadiah diadakan pada jam 12.15 tengah hari dan berakhir jam 1.00 petang.

Pada tahun ini, pihak sekolah SKST telah menghantar 24 orang atlet yang meliputi kelas 4L dan 4P serta 5L dan 5P. Penyertaan pada kali kurang memberangsangkan jika dibandingkan pada tahun lalu. Hanya acara 4 x 100 5L yang layak menyertai peringkat akhir dan mendapat tempat ke-4. Hanya acara padang bagi kategori lontar peluru kelas 5P yang berjaya menggondol hadiah tempat ketiga yang disertai oleh adik Hauna Hanis bt. Ahmad (Tahun 4S). Tahniah! diucapkan walaupun mendapat tempat ketiga.

Atlet-atlet yang kurang berjaya diharap tidak berputus-asa dan cuba berusaha lagi pada masa-masa akan datang. Terima kasih atas sumbangan tenaga anda kepada pihak sekolah. Dirakamkan terima kasih juga kepada jurulatih pasukan sekolah iaitu Cikgu Ismail dan Mohd Nizar serta guru pengiring dan semua yang terlibat dalam membentuk pasukan atlet olahraga sekolah.


Huda bersiap sedia untuk acara saringan acara 100m kelas 4P

Cikgu Ismail memerhati Ku Nur Izati bersiap sedia untuk menyertai acara saringan 80m kelas 5P

Acara 80m yang akan dilepaskan.

Nur Izzati menerima hadiah tempat ke-3 menggantikan Hauna Hanis
yang tidak dapat hadir pada hari tersebut. 

LDP 1 dan Bengkel Sistem Pengurusan Sekolah (SPS)

Tarikh : 11 Februari 2014
Masa 1.15 - 4.30 petang
Tempat : Makmal ICT SKST

Penceramah : Mohamad Sofi b. Ahmad
Fasilitator :
1. Mohd Navawi b. Abd Hamid (PKKK)
2. Jasli b. Sudin (Penyelaras ICT)


Sir Abd Rani dan Cikgu Ehsan sedang mengemaskini maklumat peribadi secara online (SPS)

Maklumat penting kepada guru DG41 dan DG44 (lantikan 2009 dan 2010)
Kursus Pembangunan Kompetensi Guru mengikut gred Peg. Perkhid. Pendidikan (Guru).

-hanya gred DG41 dan DG44
-jangka masa kursus – 5 hari 4 malam
-pemilihan terhad

-siapa cepat dia dapat

¢Bagaimana kalau tidak pergi?
¢Terpulang kepada individu. (proses kenaikan pangkat)
¢Seramai 30 ribu org lebih
¢Guru yg tidak terlibat akan diblok
¢Tarikh permohonan : 1 – 28 februari 2014
¢Kursus bermula April - November
KETUA JABATAN PERLU MEMBUAT PENGESAHAN PADA 1 - 8 MAC 2014

Guru berumur 48 tahun ke bawah ditawar buat PJJ

Program Peningkatan DG42
KHAS KEPADA GURU YANG BERUMUR 48 TAHUN KE ATAS.

¢Jangkamasa 3 bulan

SYARAT2
¢Prestasi  80% ke atas
¢Tiada tindakan tatatertib
¢Sokongan guru besar

¢Selepas 3 bulan : guru yang terlibat perlu membuat Kajian Tindakan

DG42 (KUP)
¢Tarikh permohonan akan dibuka pertengahan bulan februari.
¢Awal bulan April 2014 – seramai 34,006 orang umur 48 tahun (data BPG)
¢Pengambilan tahun 2014 seramai 3000 lebih.
¢Pengambilan berperingkat.

TAWARAN SECARA ONE OFF (SEKALI SAHAJA DIBUKA)

Diharap guru yang terlibat dapat memanfaatkan peluang ini sepenuhnya.

Permohonan Melanjutkan Pelajaran Peringkat Ijazah Sarjana (Master)
¢Perlu mohon daripada PPD


Sunday, February 9, 2014

Penyampaian Bayaran Insurans Takaful

Tarikh : 9 Februari 2014
Masa : 7.45 pagi
Tempat : Dewan Seri Bayu

Penerima : Mohd Yusoh b. Othman

Bayaran kepada: Adik Muhammad Asraf bin Mohd Yusof
Sebab : Kemalangan dan kecederan patah tangan
Jumlah bayaran : RM775.00

Perhimpunan Minggu Ke-7


Ucapan Guru Besar

Penyampaian Insurans oleh Guru Besar kepada Encik Mohd Yusof

Tuesday, February 4, 2014

Pelancaran Program Mentor Mentee Tahun 6 Sesi 2014

Tarikh : 05 Februari 2014
Masa : 7.30 pagi
Tempat : Dewan Seri Bayu SKST
Perasmian oleh : En. Md. Daud b. Md Nor (Guru Besar)
Anjuran Bersama: Unit Bimbingan & Kaunseling dan JK Peningkatan UPSR

Pengacara Majlis
Ucapan Guru Besar dan Perasmian

Bacaan Ikrar Mentor yang diketua oleh Cikgu Mohamad Ehsan b. Saad


Ikrar Mentor

Ikrar Mentor

Ikrar Murid yang diketuai oleh adik Mohamad Amsyar b. Azizi

Gimik Perasmian Oleh Tn Guru Besar



Mentor bersama mentee

Mentor dan Mentee














Cuaca berkabus luar biasa