Sunday, October 20, 2013

Motivasi Waris Cemerlang Murid Gemilang Tahun 5

Alhamdulillah....
Hari ini, 20 Oktober 2013 satu lagi program tahun 5 berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Program bermula jam 11.00 pagi bertempat di Bilik Kemahiran Hidup SKST. Ceramah disampaikan oleh Dr. Haji Shuib b Mustaffa iaitu penceramah bebas. Beliau baharu sahaja bersara pada 3 bulan yang lalu. Sebelum ini beliau pernah bertugas di IPDA dan Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Darulaman.

Banyak cerita yang beliau kongsikan kepada para waris dan murid tentang sejarah awal kehidupannya sehinggalah beliau berjaya ke universiti. Beliau juga memaklumkan telah menghasilkan beberapa buah buku. Cerita awal yang disampaikan ini, sedikit sebanyak dapat meransang murid-murid untuk meningkatkan kemajuan diri.

Beliau juga memberi beberapa tip untuk diamalkan oleh para waris yang hadir. Antaranya :
1. Bina kasih sayang / cinta ibu bapa
2.Tidak pilih kasih terhadap anak-anak
3.Tunjukkan aura muka yang menyenangkan hati anak-anak.
4.Aura seronok dan sentiasa senang hati.
5.Memberi hadiah kepada guru contoh pada hari guru.

Tip untuk membentuk murid berjaya:
1.Amalkan had masa dan cukup rehat. (masa tidur anak-anak 10 jam)
2.Sediakan jadual harian murid (2 jam untuk belajar) dan pantau.
3.Masa menonton TV.
4.Menggalakan menyertai aktiviti sukan dan lawatan.
5.Menyertai aktiviti sukarela dan menggalakan anak ke masjid.
6.Memberi hadiah kepada anak yang berjaya.
7.Jangan terlalu mendenda anak-anak.
8.Beri kepercayaan kepada anak-anak.
9.Hormat anak-anak.
10.Beri keyakinan atau yakin kepada anak-anak.
11.Memastikan anak-anak pulang atau berada di rumah sebelum jam 7.00 petang.
12.Bagi harapan kepada anak-anak.
13.Jaga kesihatan anak-anak.
14.Kongsi masalah bersama anak-anak.
15.Mendidik anak-anak menghormati guru-guru dan orang yang lebih tua.
16.Mengenalpasti kawan-kawan anak.
17.Bercakap yang baik-baik dengan kawan-kawan.
18.Berdisiplin dan tunjukkan sikap yang baik-baik kepada anak-anak.
19.Banyak berdoa.
20.Bertawakal kepada Allah.

Majlis berakhir pada jam 1.00 Tengah hari. Terima kasih kepada penceramah, para waris, murid-murid tahun 5 dan semua guru yang terlibat dalam menjayakan program ini.
Kehadiran Penceramah

Pendaftaran Waris

Antara para waris dan murid yang hadir pada hari ini.

Para waris dan murid mendengar ceramah yang disampaikan oleh Dr. Shuib b Mustaffa.




No comments:

Post a Comment