Sunday, November 10, 2013

Laporan Perlawanan Bola Sepak dan Bola Baling Antara Rumah

Tarikh     : 07 November 2013
Masa      : 3.00 Petang
Tempat   : Padang SKST

Perlawanan Bola Sepak dan Bola Baling ini dipertandingkan dalam dua kategori iaitu kelas 4L dan 3L bagi kategori Bola Sepak dan kelas 4P dan 3P bagi kategori Bola Baling. Kedua-dua kategori ini dipertandingkan secara liga iaitu dengan pengiraan jumlah mata tertinggi (Menang 3 mata, Seri 1 mata dan kalah 0 mata).

Bagi perlawanan bola sepak, seramai 5 orang pemain ditetapkan untuk bermain di dalam padang dan 4 orang pemain sebagai pemain simpanan. Manakala, permainan bola baling pula melibatkan 6 orang pemain di dalam padang dan 4 orang pemain simpanan. Masa yang diperuntukan 10 minit untuk masa penuh (5:1:5).

Tiang gol kedua-duapermainan ini telah diubahsuai supaya permainan ini menjadi lebih mencabar dan peraturan permainan juga tidaklah begitu ketat kerana murid-murid tahun 3 dan 4 masih belum memahami peraturan yang sebenarnya. Perlawanan pada hari tersebut sangat meriah.

Berikut adalah keputusan bagi kedua-dua perlawanan ini:

Bola Baling Kategori 4P
Johan           : Rumah Kuning
Naib Johan  : Rumah Hijau
Ketiga         : Rumah Merah
Keempat     : Rumah Biru

Bola Baling Kategori 3P
Johan           : Rumah Kuning
Naib Johan  : Rumah Hijau
Ketiga         : Rumah Biru
Keempat     : Rumah Merah

Bola Sepak Kategori 4L
Johan           : Rumah Kuning
Naib Johan  : Rumah Hijau
Ketiga         : Rumah Merah
Keempat     : Rumah Biru

Bola Sepak Kategori 3L
Johan           : Rumah Biru
Naib Johan  : Rumah Merah
Ketiga         : Rumah Hijau
Keempat     : Rumah Kuning

JOHAN KESELURUHAN:

Johan           : Rumah Kuning
Naib Johan    : Rumah Hijau
Ketiga           : Rumah Biru
Keempat       : Rumah Merah


Akhir sekali diucapkan ribuan terima kasih kepada semua murid dan jawatankuasa yang menjayakan aktiviti ini.

Aktiviti Regangan dan Memanaskan Badan.
Murid-murid Sudah Bersiap-sedia untuk memulakan
 pertandingan.


Cikgu Nizar dan Cikgu Ismail sibuk  menyusun
jadual perlawanan.
Sebahagian daripada murid yang menung giliran
perlawanan seterusnya.


Perlawanan Bola Baling Kelas 3P antara Rumah
Hijau dengan Rumah Merah.
Cikgu Rohaizam mengadili perlawanan Bola Sepak
antara Rumah Biru dengan Rumah Kuning.


Murid-murid keletihan dan berehat seketika
selepas perlawanan berlangsung.



No comments:

Post a Comment