Saturday, January 25, 2014

Pemilihan Pasukan Bola Sepak Sekolah

Sesi pemilihan pasukan bola sepak sekolah telah diadakan pada 22 Januari 2014 iaitu pada hari Rabu yang lalu. Sesi latihan dan pemilihan diadakan pada jam 5.30 petang. Semua murid Tahap 2 telah menyertai sesi pemilihan ini. Cikgu Ismail yang mengendalikan sesi pemilihan dengan dibantu oleh Cikgu Mohd Nizar. Cikgu Navawi (PKKK) turut hadir sebagai pemerhati pada hari tersebut. Seramai 16 orang murid telah terpilih untuk mewakili pasukan sekolah. Semoga, semua murid yang terpilihnya dapat bermain dan berlatih bersungguh-sungguh untuk mengharumkan nama sekolah pada perlawanan peringkat PKG Alor Janggus dan peringkat seterusnya. Insyaallah... SKST Boleh.....!!!



Cikgu Ismail mengendalikan perlawanan selepas menjalankan latihan asas.

PKKK turut memerhati bakat murid pada hari tersebut.

Tidak sabar menunggu perlawanan seterusnya.

No comments:

Post a Comment