Thursday, January 16, 2014

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah

PADANG HANG, 16 Januari 2014M bersamaa 14 Rabiul Awal 1435 H - Kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. iaitu Nabi Akhir Zaman pada bulan Rabiul Awal ini membawa rahmat kepada sekalian alam sentiasa terus dikenang dan diraikan dengan mengadakan majlis-majlis keagamaan.

SK Simpang Tiga, tidak ketinggalan dalam sama-sama menjayakan majlis seumpamanya dengan mengadakan sambutan atau perayaan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah bagi tahun ini. Tema sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini sama seperti tahun yang lalu iaitu "Wasatiyyah Tonggak Perpaduan Ummah". 

Sebelum bermulanya majlis ini, murid berkumpul seperti biasa di Dewan Seri Bayu untuk menjalankan perhimpunan pagi dan mengambil kehadiran murid. Jam 8.10 pagi semua murid diberi taklimat tentang aktiviti yang akan dijalankan oleh Ustaz Azmir Helmi. Murid diedarkan lembaran kertas selawat ke atas Nabi dan bersalawat bersama-sama Ustaz Azmir Helmi. Kemudian murid dibawa berbaris di luar dewan untuk memulakan perarakan.

Pada ketika ini Cikgu Ismail mengambil alih tugas Ustaz Azmir dengan mengetuai bacaan selawat ke atas Nabi. Tugas ini dilaksanakan secara bergilir-gilir bersama Ustaz Azmir Helmi. Perarakan bergerak menuju ke Surau Kampung Besar dengan diiringi oleh paluan kompang oleh 10 orang murid yang dilatih oleh Cikgu Ismail. Jam 8.30 pagi murid-murid dan guru sampai di Surau Kampung Besar dan bergerak pulang jam 8.40 pagi. 

Setibanya di sekolah, murid berehat seketika dan diberi minuman yang disediakan oleh pihak sekolah. Majlis diteruskan dengan persembahan mendeklamasikan sajak oleh adik Hauna Hanis (4S) dan Khaisatul (5S) diiukuti dengan persembahan nasyid oleh murid-murid Tahun 3,4,5,dan 6 yang dilatih oleh Ustazah Amuzaida dan Cikgu Ismail. Selain acara ini, diadakan juga pertandingan mewarna. Pertandingan ini berlangsung di dalam kelas. Selesai sahaja pertandingan mewarna, pengajaran dan pembelajadan (PdP) dijalankan seperti biasa.

Semoga program seperti ini dapat menyemarakkan lagi semangat cinta kapada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. oleh semua warga SKST dan seluruh umat islam. Insyallah.... Terima kasih kepada Panitia Pendidikan Islam dan semua warga kerja yang menjayakan program ini.




Perhimpunan Pagi (Doa, Ikrar Murid, Negaraku)

Mengambil kehadiran murid

Siap sedia memulakan perarakan

Antara pakaian cantik

Tiba di Surau Kampung Besar

Perarakan pulang

Ustaz Azmir mengetuai bacaan ikrar

Bacaan selawat diiringi dengan paluan kompang

Hampir tiba di hadapan sekolah

Minuman pembasah tekak yang disediakan oleh pihak sekolah



Pengacara Majlis Cikgu Munirah Ab. Rahim

Mendeklamasikan sajak (Hauna Hanis 4S dan Khaisatul -5S) 

Persembahan Nasyid

Murid-murid yang menghayati persembahan nasyid

Semua guru turut serta menjayakan program

Pertandingan mewarna - 3S

Tekun mewarna

Terima kasih kepada semua murid yang bersama-sama menjayakan program ini.




No comments:

Post a Comment