Tuesday, February 11, 2014

KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG PERINGKAT PKG ALOR JANGGUS

Alhamdulillah, selesai sudah kejohanan yang dimaksudkan. Kejohanan tersebut telah berlangsung pada 6 dan 9 Februari yang lalu bertempat di SK Hj Mohd Sharif berdekatan dengan kompleks pendidikan negeri. Kejohanan bermula pada jam 8.30 pagi dan berakhir pada jam 4.30 petang pada hari pertama. Pada hari kedua, acara dapat diselesaikan lebih awal daripada yang dirancang. Acara-acara sukan yang dipertandingkan berakhir pada jam 11.45 pagi. Acara peyampaian hadiah diadakan pada jam 12.15 tengah hari dan berakhir jam 1.00 petang.

Pada tahun ini, pihak sekolah SKST telah menghantar 24 orang atlet yang meliputi kelas 4L dan 4P serta 5L dan 5P. Penyertaan pada kali kurang memberangsangkan jika dibandingkan pada tahun lalu. Hanya acara 4 x 100 5L yang layak menyertai peringkat akhir dan mendapat tempat ke-4. Hanya acara padang bagi kategori lontar peluru kelas 5P yang berjaya menggondol hadiah tempat ketiga yang disertai oleh adik Hauna Hanis bt. Ahmad (Tahun 4S). Tahniah! diucapkan walaupun mendapat tempat ketiga.

Atlet-atlet yang kurang berjaya diharap tidak berputus-asa dan cuba berusaha lagi pada masa-masa akan datang. Terima kasih atas sumbangan tenaga anda kepada pihak sekolah. Dirakamkan terima kasih juga kepada jurulatih pasukan sekolah iaitu Cikgu Ismail dan Mohd Nizar serta guru pengiring dan semua yang terlibat dalam membentuk pasukan atlet olahraga sekolah.


Huda bersiap sedia untuk acara saringan acara 100m kelas 4P

Cikgu Ismail memerhati Ku Nur Izati bersiap sedia untuk menyertai acara saringan 80m kelas 5P

Acara 80m yang akan dilepaskan.

Nur Izzati menerima hadiah tempat ke-3 menggantikan Hauna Hanis
yang tidak dapat hadir pada hari tersebut. 

No comments:

Post a Comment