Thursday, March 20, 2014

Ceramah Motivasi Kepimpinan Pelajar


Ceramah Motivasi Kepimpinan Pelajar Sesi 2014 telah dilaksanakan dengan jayanya pada 18hb. Mac 2014 yang lalu. Program ini dianjurkan oleh Unit Bimbingan Kaunseling & Disiplin dan Pusat Sumber Sekolah. Ceramah bermula pada jam 11.00 pagi bertempat di Bilik Tayangan SKST. Penceramah Bebas iaitu Ustaz Sabudin b. Jaafar telah dijemput oleh Jawatankuasa Program unruk menyampaikan ceramah kepada murid-murid. Semua pengawas sekolah, pengawas pusat sumber, ketua darjah dan penolong ketua darjah terlibat dalam ceramah yang disampaikan ini.

Ceramah yang disampaikan berjalan dengan lancar. Beberapa aktiviti telah dijalankan. Melalui aktiviti yang dijalankan sikap dan sifat kepimpinan murid dapat dilihat dengan jelas. Pengajaran daripada aktiviti yang dijalankan juga telah diperjelaskan dengan baik oleh penceramah kepada murid-murid. Murid-murid yang berjaya dalam aktiviti yang dijalankan diberi hadiah oleh penceramah. 

Sebelum berakhirnya program ini, Penolong Kanan Pentadbiran iaitu Encik Aminudin b. Abidin telah menyampaikan ucapan penutup bagi pihak guru besar. Pihak sekolah dan Ahli Jawatankuasa Ceramah Motivasi Kepimpinan Pelajar serta guru-guru merakamkan berbanyak-banyak terima kasih kepada penceramah jemputan iaitu Ustaz Mohd Sabudin b. Jaafar atas kesudian menyampaikan ceramah pada hari tersebut.


Cikgu Mohamad Ehsan sebagai pengerusi majlis

Bacaan Doa yang diimpin oleh Ustaz Azmir Helmi

Penceramah Jemputan (Mohd Sabudin b. Jaafar - Penceramah Bebas)

Antara peserta yang hadir

Peserta mendengar ceramah dengan penuh perhatia

Peserta membuat catatan

Perserta ceramah memberi fokus terhadap ceramah yang disampaikan

Aktiviti membentuk kumpulan melalui kaedah wang (kaedah penyelesaian) 
Masih mencari ahli kumpulan

Berbincang untuk mencari ahli bagi mencukupi jumlah wang yang ditetapkan (RM3.00 - 5 orang)

Antara kumpulan terawal berjaya membentuk kumpulan (5 orang)


Nasyid "Perpisahan"

Ustazah Amuzaida turut membantu para peserta bernasyid

Ucapan Penutup oleh En. Amirudin b. Abidin (PK1)

Penyampaian cenderahati pihak sekolah kepada penceramah

Menandatangani Buku Pelawat Sekolah dan Penggunaan PSS


Berikut adalah ahli jawatankuasa Ceramah Motivasi Kepimpinan Pelajar:



Ahli Jawatankuasa program mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau pun tidak dalam menjayakan program ini. Terima kasih juga diucapkan kepada semua murid yang telah memberi komitmen yang baik sepanjang ceramah ini berlangsung. 

Semoga dengan ilmu yang diperoleh ini akan dapat diamalkan oleh semua murid untuk menjalani kehidupan seharian sebagai seorang pemimbin kecil di sekolah. Jadilah seorang pemimpin yang bertanggungjawab dan berdedikasi dalam menjalankan tugas yang telah diamanahkan. Insyaallah...








No comments:

Post a Comment