Saturday, August 16, 2014

KEM BESTARI SOLAT FASA 2

Tarikh : 11 Ogos 2014
Hari : Jumaat
Masa : 7.40 pagi - 12.30 tengah hari
Tempat : Dewan Seri Bayu SKST
Anjuran : Panitia Pendidikan Islam, Bahasa Arab & j-QAF 

Fasilitator : 
1.Ustaz Azmir Helmi b. Abd. Halim (K) 
2.Ustazah Amuzaida bt. Ahmad
3.Pn. Ku Asma bt. Ku Ahmad 
4.Pn. Munirah bt. Ab Rahim
5. Pn. Norazlina bt. Aziz
6.Cik Faatirah bt. Ibrahim
7.Pn. Rufaidah bt. Ahmad
8.Pn. Wan Marian bt Ab Rahmad 
9. Guru-guru KAFA SKST


Alhamdulillah, selesai sudah Kem Bestari Solat Fasa 2. Program yang telah berlangsung seperti tarikh yang dinyatakan di atas dapat dilaksanakan dengan jayanya. Program ini melibatkan murid-murid Tahun 1, 2, 3, 4 dan 5. Murid-murid tahun 6 tidak dapat mengikuti bersama kerana terlibat dengan program teknik menjawab soalan. Program Kem Bestari Solat Fasa 2 untuk murid-murid tahun 6 akan dilaksanakan selepas peperiksaan UPSR nanti.

Pendaftaran murid bermula pada jam 7.45 pagi. Murid-murid diagihkan mengikut kumpulan yang ditetapkan. Pada jam 8.30 pagi barulah taklimat disampaikan kepada para peserta. Taklimat disampaikan oleh Ustazah Amuzaida bt. Ahmad.

Slot pertama pada jam 9.00 pagi, para peserta ditayangkan dengan tayangan CD cara-cara berwuduk dan dan solat. Tayangan CD ini sehinggalah jam 10.00 pagi. Pada jam 10.00 pagi barulah para peserta diberi rehat dan minum pagi.

Selepas rehat, para peserta bergerak mengikut kumpulan yang ditetapkan ke stesen-stesen yang ditetapkan. 

10.30 pagi - 11.00 pagi : Stesen 1 : Niat dan doa wuduk
11.00 pagi - 11.30 pagi : Stesen 2 : Bacaan dalam solat
11.30 pagi - 12.30 tgh   : Stesen 3 : Amali Solat 



















No comments:

Post a Comment