Friday, August 8, 2014

SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI 2014

Majlis sambutan Hari Raya Adilfitri yang dinanti-nanti oleh anak-anak SKST telah diadakan pada 07 Ogos 2014 (Khamis) baru-baru ini. Majlis berlangsung pada jam 11.00 pagi bertempat di Dewan Seri Bayu SKST.  Majlis Sambutan Hari Raya pada tahun ini disambut dengan meriah sekali. Majlis tersebut diadakan Turut hadir dalam majlis ini ialah YDP PIBG iaitu Tn. Hj. Rodhi b. Ahmad.

Cikgu Munirah ditugaskan untuk mengacarakan majlis pada hari tersebut. Majlis pada tahun ini mempunyai sidikit pebezaan berbanding pada tahun-tahun lepas kerana pada tahun ini, murid-murid berentap menyanyikan lagu raya mengikut kelas masing-masing untuk mendapatkan hemper yang disediakan oleh pihak sekolah.

Persembahan dimulakan dengan nyanyian daripada murid-murid Tahun 2 diikuti Tahun 3, Tahun 4 Lelaki, Tahun 4 Perempuan dan Tahun 6. Murid-murid Tahun 5 S tidak menyertai pertandingan ini kerena beberapa orang murid tahun lima terlibat dengan majlis khatam Al-Quran di Sekolah Kebangsaan Hutan Kampung. Sebenarnya, murid-murid membuat latihan pada hari Isnin lagi dengan dibantu oleh guru-guru praktikum dan juga murid-murid itu sendiri.








Pada hari tersebut pihak sekolah menyediakan menu bihun, lemang dan rendang serta sirap. Murid-murid serta guru turut membawa kuih muih dari rumah masing-masing. Pelbagai jenih kuih penuh dihidang di atas meja yang disediakan.








Sebelum majlis berakhir, murid-murid berkumpul semula mengikut kelas di dalam dewan. Cikgu Munirah mengumumkan pemenang pertandingan lagu raya. Tun Guru iaitu Encik Md Daud b. Md Nor diminta menyampaikan hemper kepada para pemenang pertandingan. Majlis pada hari itu berakhir pada jam 1.15 petang.

Tahniah kepada murid-murid Tahun 3 S/T yang berjaya menjadi johan. Tidak lupa juga ucapan tahniah kepada murid-murid Tahun 6 dan 4 Perempuan yang berjaya mendapat tempat ke-2 dan ke-3 dalam pertandingan nyanyian lagu raya tersebut

Pihak sekolah merakamkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua jawatankuasa yang dilantik dan kepada semua murid yang memberi kerjasama yang baik sepanjang majlis berlangsung. Terima kasih juga diucapkan kepada semua pekerja sekolah yang turut membantu menjayakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri.


No comments:

Post a Comment