Thursday, November 27, 2014

AKTIVITI SELEPAS UPSR

LAWATAN KE MUZIUM PADI

Sempena 10 dekat pembukaan Muzium Padi Kedah pada 27.10.2014, pelbagai acara telah diadakan kepada para pengunjung yang hadir. Murid-murid Tahun 6 SKST tidak melepaskan peluang ini bagi memenuhi aktiviti lawatan sambil belajar. Murid-murid yang menyertai aktiviti ini bertolak ke muzium tersebut pada jam 9.00 pagi. Semua murid Tahun 6 yang hadir pada hari tersebut dibawa ke lokasi dengan menaiki bas. Hanya beberapa orang murid sahaja tidak dapat mengikuti lawatan ini kerana tidak mendapat kebenaran waris. Murid-murid yang tidak terlibat ini melakukan aktiviti di dalam kelas. Seramai 4 orang guru mengiringi murid-murid untuk mengawasi keselamatan mereka. Murid-murid yang menyertai aktiviti ini pulang ke sekolah pada jam 1.00 tengah hari.











No comments:

Post a Comment