Friday, November 28, 2014

PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM

Alhamdulillah, selamat sudah aktiviti sebagai penutup untuk tahun 2014 iaitu aktiviti perkhemahan unit beruniform. Aktiviti ini telah dilaksanakan pada 13 hingga 14 November 2014. Aktiviti yang dilangsungkan ini tidaklah semeriah pada tahun sebelumnya kerana guru-guru dan para murid begitu sibuk sepanjang minggu ini kerana telah membuat persediaan sempena Hari Anugerah Cemerlang (12.11.2014) dan Hari Keusahawanan (13.11.2014). Walau bagaimanapun ia tetap meriah sepanjang 2 hari aktiviti berlangsung.

Sesi pendaftaran bermula pada jam 3.00 petang. Peserta melibatkan murid tahun 4, 5 dan 6. Pada mulanya setiap unit beruniform perlu menghantar 25 orang peserta. Namun begitu, setelah sesi pendaftaran dibuat hanya 69 orang sahaja yang dapat menghadirkan diri. Ramai dalam kalangan murid lain tidak dapaat menghadirkan diri kerana keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan,

Pengakap
Lelaki: 
Tahun 4 = 04 orang 
Tahun 5 = 03 orang
Tahun 6 = 15 orang 

Tunas Kadet Remaja Sekolah
Lelaki:
Tahun 4 = 10 orang 
Tahun 5 = 02 orang 
Tahun 6 = 07 orang 

Perempuan:
Tahun 4 = 03 orang 
Tahun 5 = 02 orang 
Tahun 6 = 04 orang 

Puteri Islam
Perempuan:
Tahun 4 = 04 orang 
Tahun 5 = 04 orang 
Tahun 6 = 11 orang 

Pada hari pertama, selepas pendaftaran, murid-murid telah diberi taklimat program. Kemudian, mereka menunaikan solat asar bersama-sama yang diimamkan oleh Ustaz Amir Helmi. Murid-murid kemudiannya mengemas tempat penginapan di kelas Prasekolah (Perempuan) dan Bilik SALS (Lelaki). Kemudian, murid-murid minum petang dan membuat membuat latihan kawat serta persedian untuk menunaikan solat maghrib.

Ustaz Amir Helmi telah mengimamkan solat maghrib dan insyak pada hari tersebut. Bagi memuliakan malam Jumaat aktiviti malam kebudayaan dibatalkan dan digantikan dengan bacaan yasin. Selesai sahaja majlis bacaan yasin, semua murid dikumpulkan di Dewan Seri Bayu. Mereka diberi taklimat membina gajet. Sebelum ini mereka telah dilatih dengan beberapa jenis ikatan. Oleh kerana tidak mempunyai buluh, sebagai ikhtiar hidup mereka menggunakan kayu hoki untuk membina gajet. Cikgu Ismail mengendalikan aktiviti ini dengan jayanya.


Menu Ikan Keli Bakar untuk makan malam.


Ikan keli yang dipancing dalam pertandingan memancing (Hari Keusahawanan).


Ice Breaking (mencari kumpulan mengikut bulan kelahiran dan nama kampung





Penerangan Cikgu Ismail tengtang aktiviti membina Gajet









Mi Rebus Istimewa menu Sir Abd Rani.


Aktiviti Berkawat selepas solat Subuh



Senam Aerobik








Minum Pagi





Penerangan Cikgu Ismail tentang cara melepaskan diri dari ikatan.






Pesanan  dan motivasi penutup program oleh PKKK kepada para peserta perkhemahan.









No comments:

Post a Comment