Tuesday, February 17, 2015

MAJLIS UKHWATUL HASANAH SKST

Tarikh : 22 Januari 2015
Tempat : Royal Kedah Club Restaurant
Masa : 3.30 petang
Anjuran : Kelab Guru dan Staf Sekolah

Majlis pada hari tersebut dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Azmir Helmi. Kemudian semua yang hadir dijemput untuk menikmati hidangan yang disediakan. Kemudian majlis diteruskan dengan ucapan En. Md Daud b. Md Nor selaku mantan Guru Besar yang lalu. Beliau menceritakan banyak pengalaman yang pernah beliau tempuhi sehinggalah pengalaman berada selama seminggu di sekolah baharu. Begitu juga dengan ucapan Cikgu Ismail. Beliau mengucapkan terima kasih kepada semua guru dan memohon kemaafan atas silap dan salah sepanjang beliau berkhidmat di SKST. Bagi beliau, di mana kita ditempatkan tugas yang dipertanggungjawabkan dan diamanahkan tetap sama dan perlu dilaksanakan dengan penuh berintegriti.

Ucapan terakhir disampaikan oleh Encik Kholib b. Abd Hamid selaku Guru Besar Baharu SKST bagi menggantikan En. Md Daud b. Md Nor. Beliau memaklumkan akan meneruskan program yang telah dirancang dan akan membuat penambahbaikan bagi meneruskan kesinambungan yang lebih cemerlang.

Tuan Pengurusi Kelab Guru dan Staf merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada En. Md Daud b. Md Nor selaku mantan Guru Besar SKST dan Cikgu Ismail b. Ibrahim atas sepanjang perkhidmatan di SKST dan memohon kemaafan bagi warga SKST sekiranya berlaku kekurangan dan keterlanjuran kata sepanjang berkhidmat di SKST. Ucapan selamat bertugas juga diucapkan kepada Guru Besar Baharu iaitu Encik Kholib b. Abd Hamid yang baru memulakan khidmat di SKST. Semoga dengan kehadiran beliau dapat meningkatkan dan melonjakkan lagi prestasi SKST.















No comments:

Post a Comment