Tuesday, February 24, 2015

KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG SKST KALI KE-40

Alhamdulillah dan syukur kehadrat Illahi kerana dipermudahkan segala usaha dalam melaksanakan Kejohanan Balapan dan Padang Peringkat Sekolah dengan jayanya. Kejohanan Balapan dan Padang SKST kali ini diadakan pada 17 Februari 2015 yang lalu. Atur cara kejohanan bermula pada jam 2.30 petang. Pada kali ini, perasmian Kejohanan Balapan dan Padang SKST telah dirasmikan oleh Encik Rozairi bin Abd. Rahman (AJK UMNO Bahagian Kuala Kedah / Pegawai JASA DUN Kubang Rotan). Beliau telah menggantikan Y.Bhg. Encik Shahron Nizan b. Mohamad Zain (Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kuala Kedah) yang tidak dapat hadir pada hari kejohanan kerana menghadapi masalah kesihatan. YDP PIBG iaitu Tuan Hj. Rodzi bin Ahmad turut hadir pada hari tersebut.




Acara dimulakan dengan perarakan masuk peserta perbarisan yang dimulakan dengan Pasukan pengakap diikuti oleh rumah Merah, Biru, Hijau dan Kuning. Peserta pebarisan diserikan lagi dengan beberapa maskot dan pembawa pelekat yang  berpakaian yang berwarna warni pada hari itu. Muzik berentak march yang dimainkan dapat menaikkan semangat peserta perbarisan dan memeriahkan suasa perarakan masuk para peserta perbarisan.







Kemudian acara diteruskan dengan bacaan doa yang dipimpin oleh Ustaz Azmir Helmi bin Abd Halim. Kemudian, Encik Rozairi bin Abd. Rahman (AJK UMNO Bahagian Kuala Kedah / Pegawai JASA DUN Kubang Rotan) merasmikan Kejohanan Balapan dan Padang SKST Kali Ke-40. Guru Besar menyampaikan cendehati kepada Encik Rozairi bin Abd. Rahman sebagai tanda penghargaan kerana sudi menghadirkan diri untuk merasmikan kejohanan sukan pada kali ini.




Seterusnya, Adik Muhammad Afnan bin Omar membacakan Ikrar Kejohanan sebagai tanda bermulanya Kejohanan Balapan dan Padang pada tahun ini. Beliau diiringi oleh pembawa bendera rumah Merah, Biru, Hijau dan Kuning. Sebaik sajaha tamat bacaan ikrar, peserta perbarisan bergerak keluar menuju ke khemah rumah sukan masing-masing.






Para peserta pertandingan acara padang menerima hadiah sebelum bermulanya acara 80m bagi kategori 5P dan 5L. Hadiah disampaikan oleh Encik Rozaimi bin Abd. Rahman dengan diiringi oleh Tuan Guru Besar dan YDP PIBG SKST.










No comments:

Post a Comment