Tuesday, March 17, 2015

MAJLIS PERPISAHAN PEMBANTU TADBIR

TARIKH : 11 MAC 2015
TEMPAT : THE PUTERI RESTAURANT GUNUNG KERIANG
MASA : 3.30 PETANG

Pada tahun ini sehingga bulan Mac sudah tiga orang warga SKST telah berpindah tempat bertugas yang baharu. Mereka yang dimaksudkan ialan En. Md Daud bin Md Nor (GB), En. Ismail b. Ibrahim dan terkini En. Mohd Hafizuddin b. Yusuf iaitu Pembantu Tadbir Sekolah. Beliau diarahkan untuk bertugas di JPN Kedah pada awal Mac 2015. Pihak sekolah sekali lagi berasa kehilangan besar atas pertukaran ini terutamanya bagi pihak pentadbiran. Namun begitu, pihak sekolah terpaksa akur dengan apa yang berlaku demi memikul tanggungjawab yang diamanahkan.Walau bagaimanapun, semua warga SKST berasa bertuah dan beryukur kerana telah mendapat Guru Besar baharu dan seorang guru j-QAF bagi menggantikan guru yang bertukar keluar. 

Warga sekolah SKST merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada En. Mohd Hafizuddin bin Yusuf atas sepanjang perkhidmatan beliau di SKST selamanya. Sesungguhnya, pegala pengorbanan dan sumbangan tanaga dan masa anda di sini amat-amat dihargai. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas segala kebaikan yang anda taburkan. Kami warga SKST mendoakan agar anda akan terus berkhidmat dengan penuh dedikasi dan berintegriti walau di manapun anda di tempatkan. 


Aluan Pengerusi Kelab Guru dan Staf SKST


Bacaan Doa yang dipimpin oleh Ustaz Azmir Helmi bin Abd Halim


Ucapan yang diraikan iaitu En. Hafizuddin bin Yusuf


Ucapan Guru Besar 






Penyampaian Cenderahati daripada Pihak Sekolah 



No comments:

Post a Comment