Thursday, June 18, 2015

Pertandingan Ko-Akademik Bahasa Melayu Peringkat PKG Alor Janggus

Pada 28 April 2015 yang lalu, telah diadakan Pertandingan Ko-Akademik Bahasa Melayu Peringkat PKG Alor Janggus. SK Kota Rentang menjadi tuan rumah dalam pertandingan ini. Pada tahun ini, sekolah kita (SK Simpang Tiga) hanya menghantar 4 orang peserta sahaha iaitu:

1. Nurul Khaisatul Anis bt. Kassim - Tahun 6S (Sajak Tahap 2)
2. Asma Hazirah bt Rusli - Tahun 3S (Bercerita Tahap 1)
3. Nurul Izzah bt. Subri - Tahun 4S (Bercerita Tahap 2)
4. Muhammad Irfan b. Kamaruzaman - Tahun 3S (Syair Tahap 1)

Pertandingan pada kati ini tidak memihak kepada mereka kerana peserta-peserta yang lain juga agak hebat. Hanya sijil pernyertaan yang mampu diperoleh. Walaubagaimanapun bersyukur kepada Allah kerana dapat memberi persaingan yang sengit kepada peserta lain walaupun ada dalam kalangan peseta SKST ada yang demam pada hari pertandingan. 

Semoga peseta-peserta ini, dapat menjadikan kekalahan dan penyertaan ini sebagai satu pengalaman untuk menyertai pertandingan pada tahun hadapan (2016). Terima kasih diucapkan kepada guru yang melatih peserta dan guru pengiring serta semua yang terlibat dalam memberi dorongan dan galakan kepada peserta yang mengambil bahagian.


Pendaftaran Peserta Pertandingan


Ucapan Guru Besar SK Kota Rentang



Ucapan Perasmian Oleh PPD Kota Setar


Peserta SK Simpang Tiga

No comments:

Post a Comment