Tuesday, October 6, 2015

Program Kemasyarakan SKST

Pada tahun ini, pasukan kompang sekolah telah mendapat undangan untuk memeriahkan majlis walimatulurus di rumah Encik Rusli bin Ibrahim yang juga merupakan suami kepada Puan Rosadah bt. Hashim iaitu PKHEK SKST. Majlis tersebut telah berlangsung pada 29 September 2015 yang lalu bertempat di Kampung Kubang Siam, Alor Janggus. Seawal jam 12.40 tengah hari lagi seramai 14 orang ahli kumpulan kompang sekolah ini mula bergerak dari sekolah dan tiba di rumah kenduri pada jam 1.00 tengah hari.

Para peserta menikmati jamuan terlebih dahulu sementara menunggu ketibaan rombongan pihak pengantin. Sebaik sahaja selesai menikmati makanan yang disediakan barulah kumpulan kompang ini di bawa menunggu rombongan pengantin di salah sebuah rumah jiran yang jaraknya dalam 100 meter dari rumah kenduri. Di rumah jiran, pasukan kompang ini sempat beramah mesra dengan tuan rumah tersebut sementara menunggu rombongan pengantin tiba.

Pada jam 1.40 tengah hari rombongan pengantin mula tiba dengan beberapa buah kenderaan. Pasukan kompang bersiap sedia untuk mengiringi pengantin. Adik Asma Hazirah dan Nurul Eira Eliyanie daripada Tahun 3 Sentosa yang memegang bunga manggar mengiring pengantin dan pasukan kompang beserta robongan pengantin.




Pasukan Kompang SKST bersiap-sedia menunggu ketibaan rombongan pengantin


Rombongan pengantin tiba pada jam 1.30 Tengah hari


Pasukan Kompang mula mengiringi pengantin ke rumah kenduri


Pengantin diiringi dengan bunga manggar


Pengantin bersalaman dengan ahli keluarga.



Pasukan kompang bertolak pulang ke sekolah pada jam 2.40 petang

No comments:

Post a Comment